Pengalaman Travel Backpacker di Paris 2 Hari

Tak sangka impian yang Lisa impikan selama ini bakal menjadi realiti. Sebab itu, jangan berhenti berimpian walaupun ia memakan masa 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun malah 20 tahun. Yang penting percaya bahawa ALLAH akan mengotakan impian kita walau apa jua cara. Paris merupakan destinasi pelancongan yang menjadi top 5 dream list lisa sejak 5 tahun yang lepas. Tapi husband Lisa kata Eiffel Tower adalah bangunan buruk je, kenapa beria nak pergi ke situ. Lisa kata, kadang-kadang orang lain nampak impian kita tu biasa-biasa sahaja, tapi bagi diri kita ia adalah luar biasa.



Kami gerak dari Brussel menaiki Bas menuju ke Paris. Ia mengambil masa 4 jam ke sana. Kami dah siap-siap beli tiket di website ini. Yang best nya website Go euro ini, dia beri beberapa pilihan sama ada anda ingin memilih bas, kapal terbang mahupun train. Anda boleh pilih ikut kesesuai budget, masa dan keadaan anda. Kami pilih bas iaitu Euroline Bus. Sangat puas hati menggunakan service bas ni, tempat duduk yang selesa dan ada wifi 24 jam.

Kasihan tengok anak mama ni, keletihan travel backpack dengan mama papa. Semoga suatu hari nanti Fareeq pun akan suka mengembara macam mama papa. Lihat kebesaran ALLAH.

Bila dah masuk sempadan negara France, Bas berhenti di sebuah station untuk pemeriksaan kastam. Mereka hanya melihat pasport kita sahaja. Tiada cop atau pun kamera untuk mengenali identiti kita. Yang penting muka di pasport kena sama dengan realiti.

Baca: Travel Backpacker di Amsterdam

Kami tiba di Paris pada pukul 1 petang dan terus menuju ke hotel di mana kami telah membuat booking secara online di Booking.com. Pada mulanya, kami ingin menggunakan Airbnb untuk booking penginapan tetapi Airbnb di Paris kebanyakannya terletak jauh dari bandar maka kami decide untuk ambil hotel yang terletak berdekatan dengan kemudahan awam seperti train station.

Bila tengok dekorasi lobi hotel kami ni, terus fall in love.

Sampai sahaja di hotel, receptionist kata ada parcel untuk Lisa. Wah best sangat. Alhamdulillah sampai juga shake dan tea herbalife Paris ke tangan Lisa. Tapi ada budak lebih teruja dari mama.

Ada perisa caramel cinnamon dan rasberry. Anda yang ada akaun herbalife dan travel ke luar negara, jangan lupa beli shake di negara tersebut.

Selepas check in hotel, kami siap-siap untuk menuju ke La valle Village yang terletak 1 jam setengah dari kota Paris. Orang kata jika nak beli barangan branded atau high end product, boleh beli di sini dan harga lebih rendah berbanding di champs Elysee, Paris.

la vallee village

 

Kami turun di station Val D europe dan perlu berjalan memasuki mall Val d europe, dan barulah anda akan jumpa pintu masuk La Vallee Village. Untuk pengetahuan anda, design dan suasana La Vallee Village ni seperti di MPO  dan JPO di Malaysia. Sama sahaja cuma brand di sini lebih banyak pilihan.

Kenangan kami yang paling lucu di sini apabila husband Lisa tersalah beli tiket train. Ketika kami check out di machine, kami tak dapat nak keluar dan kami tekan button bantuan. Malangnya, arahan yang diberikan adalah kami perlu beli tiket yang harga 7 euro tetapi di situ tiada kaunter tiket jualan. Kami perlu keluar dari pintu keluar dahulu barulah boleh beli tiket. Jadinya, kami tersekat di dalam station tersebut. Subhanallah sangat buntu. Depan mata, sudah tersergam indah mall Val D europe, tapi kami tak boleh pulak keluar.

Tiba-tiba, Lisa dapat idea suruh orang yang dari mall tersebut buka pintu machine tersebut. Jika dia masuk maka kami boleh lah keluar. Itu sahaja jalan yang kami ada untuk selamatkan diri. Subhanallah, Allah hantar seorang hamba Allah ni untuk bantu kami. Maka beliau sentuh kadnya, dan semasa dia masuk kami pun keluar menggunakan pintu yang sama. Tindakan tersebut kena sangat cepat jika lambat, maka antara kami akan tersepit. Alhamdulillah, smeuanya selamat. kami ucapkan ribuan terima kasih kepada beliau.

 

Di La Valle Village, sempat Lisa beli macroon yang famous di Paris iaitu Laduree. Memang sedap tapi disebabkan Lisa bukan penggemar makanan yang terlalu manis ini, maka kami hanya beli 3 pieces sahaja. Hanya sekadar merasa.

Ramai yang beratur panjang di Gucci dan Michael Kors. Rupanya ramai juga peminat 2 brand ini. Kami jalan sepanjang lorong La Vallee Village ini dan mana yang berkenan sempat juga dicapai. Tapi ikut mana yang mampu sahaja.

Kami juga sempat singgah di Primark iaitu jenama yang terkenal di Eropah di mana ia terkenal dengan harga yang berpatutan. Jika baju kanak-kanak, serendah 1.5 euro anda boleh dapat. Kebetulan memang kami nak beli baju untuk Fareeq, kasihan juga kat dia banyak pakai baju semasa dia umur setahun je tapi disebabkan masih muat Lisa still pakaikan kat dia. Kali ni baru beli beberapa helai untuk saiz 3 hingga 4 tahun. Jenama primark ni sebenarnya agak setanding dengan H&M dan beberapa jenama yang terkemuka yang lain. Kualiti bajunya pun bagus.

Jam di tangan menunjukkan pukul 7 petang tetapi di luar sana masih cerah seperti pukul 5 petang. Bila musim spring, siang lebih lama dari malam dan maghrib pada pukul 8 malam. Semasa perjalanan pulang menuju ke station train, kami sempat singgah makanan halal Turki yang terletak berhadapan dengan pintu masuk train station.

Bila sampai di hotel, sudah agak lewat dan kami ingat nak keluar lagi untuk lihat Eiffel Tower ketika malam tapi kaki ni sangat penat dan kami tak berani nak keluar malam untuk naik public transport kerana ia agak tidak selamat.

Baca: Pengalaman Travel Backpacker di Brussel 

 

Keeseokan harinya, tempat pertama kami jejak adalah Eiffel Tower.

Ini adalah tiket daily pass di mana kita boleh naik bas, train dan tram tanpa had. Harganya adalah 19 euro untuk 2 hari. Kami beli tiket ini di kaunter tiket dan tourist information.

 

Alhamdulillah tercapai sudah salah satu dream list Lisa. Syukur sangat kat Allah. Sepanjang perjalanan menuju ke Paris, menitik juga air mata ni sebab tak sangka impian kita akan tercapai.

 

 

Lama juga kami spend time di Eiffel Tower ni. Walaupun husband Lisa kata ia hanyalah besi buruk, tapi Lisa tengok dia yang macam lebih beria je ambil gambar di Eiffel Tower ni. Heheh…. kalah Lisa. Anyway, Lisa still nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada husband Lisa yang merealisasikan impian Lisa ni. Allah hantar dia kepada Lisa untuk kami bina dan capai impian bersama-sama.

Orang kata di Eiffel Tower banyak ke pick pocket dan jenayah, tapi alhamdulillah ketika kami datang sini tiada apa-apa berlaku. Lisa lihat ramai polis dan askar jaga keliling kawasan tersebut. Tidak dinafikan terdapat segelintir wanita yang meminta anda untuk sign atas kertas dan mereka akan tanya” Can you speak english?” . Untuk mengelakkan panjang lebar perbualan tersebut, just say ” Gapo dio? Mu ghoyak gapo?” InsyaALLAH dorang akan cepat pergi dari anda. Hehehe… ini tips rahsia tau antara kita. Kalau tak, anda kena bayar certain amount sebab dah sign atas kertas tu.

Ha lagi satu, anda akan nampak ramai mat-mat afrika jual key chain eiffel tower. Nasihat Lisa, belilah dari mereka , sebab mereka jual memang murah berbanding di kedai-kedai souvenir. 1 euro, anda boleh dapat 5 atau 6 biji key chain.

Taman yang terletak di hadapan Eiffel Tower sangat cantik dan di sini, anda boleh ambil gambar.

 

 

Kemudian, kami ambil bas menuju ke Arc De Triomphe. Ia terletak tidak jauh dari Eiffel Tower. Cantik juga pintu gerbang ini tapi ada ukiran yang kurang sopan. Heheh… Ramai sangat orang di sini. Dan kami jalan sepanjang Champs ELysees ini. Kiri kanan ada boutique high end product termasuklah LV, Zara dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, Champs Elysees ini adalah nama jalan untuk sepanjang jalan yang mengandungi kiri kanannya boutique-boutique mewah. Kalau anda followers artis malaysia, mereka ramai juga ambil gambar di hadapan jenama kesukaan mereka di sini.

Antara brand yang menjadi kegilaan segelintir wanita.

Kereta Lamborghini ni, elok je parking berhdapan dengan boutique LV. Canggih betul, pintu kereta naik atas pulak. Heheh..

Ini adalah kawasan pejalan kaki sepanjang jalan di Champs Elysee.

 

Terdapat restoran halal di kawasan ini iaitu pemiliknya adalah orang Turki. Sempat kami makan tengahari di sini.

 

Destinasi terakhir kami sebelum pulang adalah Museum de Louvre. Musuem inilah yang menempatkan lukisan Mona Lisa.

musee de louvre

 

musee de louvre

 

Alhamdulillah berakhir sudah pengembaraan kami di kota Paris iaitu terkenal dengan kota cinta. Kenangan di sini InsyaALLAH kami akan ingat sehingga bila-bila.

Sepanjang di Paris kami menggunakan 100% public transport. Untuk services public transport di sini sangat bagus tapi sayangnya ia tidak stroller/OKU friendly. Tangga agak curam dan tiada lift disediakan. Lisa dan husband akan bergilir-gilir angkat stroller Fareeq. Dan keadaan di station train agak kotor dan berbau hancing. Sedih pula bila lihat kemudahan awam di situ tidak dijaga dengan baik sedangkan Paris merupakan tempat tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

Pengalaman yang paling kami tidak boleh lupa apabila kami hampir kena tinggal bas ketika dari Paris menuju ke London. Flixbus kami pada pukul 9 malam. Pada pukul 7 lebih kami sudah gerak dari hotel yang kami menginap dan ambil train menuju ke station bus. Dengan barang yang banyak perlu dibawa dan kami perlu berjalan kaki agak jauh serta perlu mengangkat stroller sepanjang tangga di sana. Subhanallah, mencabar juga tu. Kebetulan, tangan Fareeq tersepit di stroller dan dia menangis meraung. Entah macam mana pintu automatik di station train tersebut tidak dapat berfungsi untuk bahagian stroller/OKU. Pada waktu itu, tinggal lagi setengah jam sahaja untuk kami ke station bus. Laluan yang ada sangat sempit, dan husband Lisa terpaksa lipatkan stroller tersebut. Dalam kalut tersebut, Allah hantar seorang hamba Allah ni bantu kami dan memberi kata-kata semangat. Masa itu Fareeq masih meraung lagi. Lisa seriously sangat panic. Sampaikan Fareeq sekecil umur 3 tahun lebih boleh kata ” Siapa nak jaga ayeeq? Siapa nak jaga Ayeeq?”. Sebab Lisa memang tak berkesempatan nak pujuk dia, sebab dok kalut transfer bag dari pintu luar ke pintu dalam. Aduh luluh jantung ni bila anak cakap macam tu. Lisa terus peluk dia kuat-kuat. Allah hantar lagi seorang hamba ALLAH ini di mana penampilannya agak mencurigakan tapi kan ada pepatah kata don’t judge a book by its cover. Di telinga dan hidungnya bertindik sana sini dan seluarnya koyak rabak. Tapi insan inilah yang bantu kami bawa bag dan kadang-kadang angkat stroller hingga ke station bus. Walaupun kami tak faham bahasa beliau, tapi beliau tetap mahu menolong kami dan kami ucapkan terima kasih dalam bahasa france. Dia senyum dan berlalu pergi.

Sampai sahaja di station bus, driver hampir nak tutup pintu bus. Alhamdulillah sempat kami naik bus.




1 thought on “Pengalaman Travel Backpacker di Paris 2 Hari”

  1. Pingback: Pengalaman Travel Backpacker di London 2 Hari - Ladylisaa.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top