Baru-baru ini, Lisa dijemput oleh Astro Prima dan Majalah Pa&Ma untuk berkongsi tips travel bersama anak kecil kerana dalam blog Lisa ni, banyak berkongsi pengalaman travel ke luar negara bersama dengan anak iaitu Ameer Fareeq. Sebenarnya, Lisa bawa Fareeq travel sejak dia berumur setahun tiga bulan dan negara pertama yang kami bawa dia adalah Australia. Kami sebenarnya merancang untuk travel ke Bali, Indonesia tapi disebabkan atas beberapa nasihat yang diberikan oleh rakan-rakan yang pernah pergi ke sana dengan membawa anak kecil, mereka tidak menyarankan kami ke Bali. Dan kami lihat tiket flight ke Australia, harganya jauh lebih murah berbanding ke Bali. Maka kami terus decide untuk ke Australia pada awal tahun 2016. Kebetulan, Fareeq pun sudah pandai berinteraksi dengan environment baru.
Mungkin ada ibu bapa di sini, ada perasaan sedikit gementar untuk bawa anak kecil travel bersama tetapi percayalah cakap Lisa, jika kita sudah biasakan mereka travel dari kecil maka mereka pun akan mudah dan behave ketika travel. Paling penting ikut sahaja tips travel bersama anak kecil yang Lisa kongsikan di bawah sebagai panduan ibu bapa sekalian, InsyaALLAH perjalanan anda semasa travel bersama anak kecil akan dipermudahkan.
10 Tips Travel Bersama Anak Kecil
Pilih Masa Penerbangan Sesuai Dengan Anak
Ada yang tanya Lisa kenapa tak nak guna travel agent sahaja untuk pergi travel, jawapannya sebab bila Lisa guna cara backpackers, Lisa dengan suami dapat merancang waktu perjalanan kami sendiri supaya ia sesuai dengan anak. Jika ambil travel agent, kita terpaksa ikut masa mereka dan itu mungkin membuatkan anak kita tidak selesa dengan masa tersebut. Lisa dengan husband selalunya akan ambil tiket flight malam, sebab masa itu Fareeq memang akan tidur lena dan dia tidak akan merayau dalam flight.
Pastikan Cuaca Yang Sesuai Di Negara Yang Anda Pilih
Cuaca yang sesuai ni sangat penting untuk merancang travel bersama anak kecil. Pernah juga Lisa dengar pengalaman orang lain yang bawa anak kecil ketika musim salji dan bila sampai sana anak terlampau kesejukan dan akhirnya mereka duduk dalam hotel sahaja. Sebab itulah, Lisa dan suami akan pilih cuaca sama ada autumn atau spring bagi negara 4 musim. Jika negara 2 musim sahaja, kami akan pilih musim sejuk yang hanya 15 hingga 8 darjah. Supaya anak lebih selesa dengan cuaca di negara luar.
Penginapan Yang Selesa Dan Kids Friendly
Pemilihan penginapan ketika travel merupakan salah stau perkara yang perlu dititik beratkan oleh ibu bapa sebabnya kami pernah ada pengalaman mendapat penginapan yang tidak sesuai dengan kanak-kanak. Tapi mujurlah Fareeq boleh adapt dengan environment tersebut. Dan yang paling penting keselamatan anak. Kami juga pernah booking di Agoda.com dan kami tidak perasan ciri-ciri yang diberikan adalah kanak-kanak dilarang tidur di hotel tersebut atas faktor keselamatan. Setelah kami buat booking baru kami perasan perkara tersebut, dan nasib baik duit kami dapat refund.
Bawa Keperluan Anak Secukupnya
Ketika Lisa travel ke Australia, Lisa dan husband sangat terlupa nak bwa keperluan asas fareeq naik masuk flight seperti pampers, persalinan set baju dan makanan dia. Sampailah satu tahap dia sangat tak selesa dengan pampersnya dan dia start untuk mengamuk. Mujurlah ada sepasang suami isteri ni kasihan melihat kami dan dia memberi pampers kepada kami. Sejak itulah, Lisa rasakan membawa keperluan asas anak ke mana-mana sangat penting. Jangan ambil mudah untuk tips ini kerana bila anak sudah mengamuk kita juga akan stress sekali. Dan biarlah bawa lebih untuk keperluan asas anak ini sebagai contoh bawalah lebih kuantiti pampers dan kuantiti set baju persalinanannya.
Bawa Makanan Anak Dari Malaysia
Semasa sesi temu ramah yang dilakukan oleh astro kepada Lisa, mereka ada tanya dari segi makanan fareeq pula bagaimana, adakah kami akan membeli di negara destinasi kami atau siap-siap belikan sahaja dari Malaysia. Pendapat Lisa lebih suka bawa makanan anak dari Malaysia sebab kita dah tahu apa yang dia suka makan dan makanan tersebutlah yang kita akan bawa. Lisa tak nak ambil risiko bila sampai di sesebuah negara yang kita travel itu, baru nak beli atau sediakan makanan anak. Kadang-kadang kita tidak tahu penerimaan anak terhadap makanan tersebut. Kemungkinan juga susah utuk mendapatkan makanan halal apabila pergi ke negara bukan islam.
Bawa Ubat-ubatan
Apabila travel, Lisa nasihatkan supaya anda membawa ubat-ubatan sebagai langkah persediaan jika berlakunya sakit kepada anak mahupun diri kita sendiri. Antara ubat-ubatan yang sering kami bawa sekali adalah, ubat demam, ubat selsema dan batuk, ubat sapu/minyak gamat dan handyplast. Anda boleh juga beli first aid kit Lazada, terdapat banyak pilihan set ubat-ubatan di Lazada.
Bawa Stroller atau Baby Carrier
Anda perlu tahu mana satu memberi keselesaan kepada anak sama ada stroller atau pun baby carrier. ia sangatlah penting supaya anak boleh rehat dan tidur selesa. Contohnya, Fareeq dia memang akan suka tidur dan rehat dalam stroller berbanding baby carrier. Ke mana-mana kami travel, kami memang akan bawa stroller sebab ia antara tools yang memudahkan perjalanan kami sepanjang kami travel backpackers.
Bawa Permainan dan Gadjet Kesukaan Anak
Ibu bapa mesti tahu apa yang anak gemar bermain permainan apa, dan permainan itulah yang perlu dibawa. Jika anak anda biasa bermain gadjet, maka anda perlu install game yang memberi manfaat kepadanya. Ini perlu dilakukan kerana kadang-kadang semasa kita travel ada anak yang akan bosan dengan perjalanan jauh maka masa inilah permainan dan gadjet diperlukan.
Pesan Kepada Anak
Berdasarkan pengalaman dan pembacaan dari buku parenting, apa yang Lisa boleh kongsikan kepada anda adalah sebelum anda travel bersama anak kecil, anda perlu memesan dan memberi nasihat kepadanya seawal 2 minggu sebelum anda pergi travel. Supaya fikiran mereka akan terima apa yang bakal mereka tempuhi ketika travel dan mereka tidak akan mudah mengamuk. Cuba create excited kepada anak-anak. Bila mereka teruja dengan apa yang mereka lihat, mereka akan mudah memberi kerjasama kepada ibu bapa.
Masukkan Aktiviti untuk Anak-anak
Ini adalah bermaksud apabila anda travel di sesebuah tempat atau negara, jangan lupa untuk masukkan aktiviti yang sesuai dengan anak-anak. Mungkin anda perlu membuat sedikit research mengenai tempat tersebut. Sebagai contoh, anda mahu pergi ke hong kong, anda boleh selitkan aktiviti untuk melawat ke Disneyland Hong Kong dan mereka pasti teruja dan berasa seronok kerana ada aktiviti untuk mereka.
Setakat ini, itu sahaja perkongsian Lisa tentang 10 tips travel bersama anak kecil. Tips ini boleh diaplikasikan ketika travel di luar negara mahupun di dalam negara. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada ibu bapa di luar sana.
Selamat Bercuti!!