4 Bisnes Yang Perlukan Modal Rendah Tapi Pulangan Tinggi

Pada zaman ini, kita akan rasa sangat pelik jika seseorang itu hanya ada satu sahaja pekerjaannya kerana rata-rata orang disekeliling kita kebanyakannya mempunyai 2 hingga 4 pekerjaan termasuklah berniaga siang dan malam. Hal ini disebabkan kerana, ekonomi di Malaysia yang semakin meruncing dan kos hidup juga makin meningkat maka terjadilah multi-tasking di kalangan lelaki mahupun wanita. Jika anda masih ragu-ragu atau sedang mencari peluang pendapatan sampingan, di sini Lisa ingin kongsikan 4 bisnes modal rendah pulangan tinggi di mana anda boleh mulakan setelah mendapat ilmu yang dikongsikan ini.



Penulisan ini berdasarkan pengalaman orang terdekat dengan Lisa yang telah lakukannya dan ia terbukti berkesan. Yang penting niat anda perlu betul iaitu demi mencari rezki yang halal serta mendapat redha Tuhan.

4 Bisnes Yang Perlukan Modal Rendah Tapi Pulangan Tinggi

Bisnes Air Balang

Mungkin ada dikalangan kita tidak pernah terfikir untuk buat bisnes air balang dan merasakan bisnes ini sangat mudah dilakukan dan pulangannya nampak rendah. Tapi tahukah anda bisnes air balang merupakan salah satu bisnes yang memerlukan modal yang rendah tetapi pulangannya yang agak tinggi.

Tapi sebelum ingin memulakan perniagaan bisnes air balang ini, anda perlu ada sedikit ilmu untuk memulakannya. Antaranya ialah strategi pemasaran untuk menarik pelanggan, bagaimana menjimatkan kos modal, tips pengurusan operasi bisnes balang air dan bagaimana menggandakan keuntungan serta memilih lokasi yang menarik.

Semua ini anda boleh dapatkan dari ebook bisnes air balang di mana penulisnya adalah Mizan Sulaiman yang mempunyai pengalaman menjalankan bisnes air balang ini sejak tahun 2008 dengan memulakan 3 balang air sahaja.

 

Bisnes Ais Krim

Bila bercerita tentang bisnes ais krim teringat waktu 5 tahun yang lepas di mana suami lisa cerita bagaimana dia kumpul duit untuk kami berkahwin. Antaranya, dia melakukan bisnes ais krim dan kemudian duit tersebut dimasukkan ke dalam ASB supaya ia berkembang dengan pesatnya.

Siapa kata bisnes ais krim tidak boleh buat duit dengan banyak? Kami merupakan salah satu testimoni yang boleh dikatakan dengan bisnes ais krim boleh buat duit kahwin dan belanja harian.

Bagi anda yang ingin mencuba untuk buat bisnes ais krim anda boleh dapatkan panduannya di sini. Di mana anda boleh belajar asas perniagaan ais krim dan cara pengurusan yang betul.

Bisnes Bakeri

Sebut sahaja bisnes bakeri sudah tentu tergambar dalam fikiran kita tentang bisnes tersebut boleh dilakukan hanya dari rumah sahaja. Bisnes ini sangat sesuai untuk surirumah yang inginkan pendapatan sampingan dan sambil itu boleh jaga anak di sisi.

Tahukah anda bisnes bakeri ini merupakan salah satu bisnes yang menjadi trending di kalangan wanita kerana permintaan yang tinggi di pasaran. Maklumlah, di Malaysia pelbagai jenis majlis akan disambut seperti majlis hari jadi, majlis perpisahan, majlis meraikan kejaayaan, majlis perkahwinan dan sebagainya. Majlis ini kebanyakannya suka akan hidangan bakeri dan pastry. Jika tiada bakeri,terasa tidak lengkap juadah tersebut di atas meja.

Kepada yang anda ingin belajar membuat bisnes bakeri, anda boleh belajar di sini dan dapatkan tips-tips menarik dari tuan empunya buku tersebut.

Bisnes Tudung

Nampaknya bisnes tudung menjadi semakin mendapat tempat di kalangan wanita muslimah di Malaysia. Kerana apa? Kerana semakin ramai wanita islam yang mempunyai kesedaran untuk bertudung dan mereka sukakan pelbagai gaya dan jenis tudung di pasaran.

Ini adalah berita baik buat anda yang ingin memulakan bisnes tudung. Selain itu, bisnes tudung ini tidak memerlukan modal yang tinggi untuk memulakannya tapi perlukan semangat yang tinggi. Bisnes tudung antara bisnes modal rendah tetapi pulangan tinggi. Anda boleh klik di sini.

 

 

Sekian sahaja perkongsian Lisa tentang bisnes modal rendah pulangan tinggi. Semoga memberi manfaat kepada anda.

Thanks for reading.




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top