Percutian 2 Hari 1 Malam di Kuantan,Pahang

Sebenarnya percutian singkat ini tidak dirancang dan dijangka pun oleh Lisa sendiri. Waktu pagi tu, kami rancang untuk memenuhi jemputan open house abang long Lisa di Sri Rampai, Kuala lumpur dan nak bawa Fareeq jumpa sepupu dia main di swimming pool yang terletak di kediaman kakak Lisa yang tinggal tidak jauh dari Gombak. Tiba-tiba pagi tu, suami Lisa kata dia rindu dengan universiti lamanya iaitu UMP dan nak ambil hadiah cabutan bertuah dari alumni UMP. Dah alang-alang, baik kita pergi bercuti di Kuantan,Pahang.



Pagi tu juga, husband terus buat booking menggunakan website agoda.com. Website ini adalah our most favourite to book hotel sebabnya husband Lisa ni suka kumpul point, so dengan point yang ada boleh dapat harga lebih rendah dari harga biasa. Bila kami lihat review dan komen yang diberikan oleh pelanggan Mega View Hotel, kami terus decide untuk menginap di hotel tersebut untuk 1 malam sahaja.

Selepas Fareeq main dengan sepupunya di swimming pool, kami terus bertolak ke Kuantan Pahang. Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam. Setibanya di sana, kami terus pekena makanan laut di Ana Ikan Bakar.

 

Sebenarnya, Ana Ikan Bakar ni dah terdapat banyak cawangan di semenanjung malaysia termasuklah di Shah Alam. First time, Lisa jejak kaki di restoran ni, rasa kagum betul dengan owner atau pemilik restoran ini sebabnya restoran ini sangat terkenal di kalangan peminat makanan laut dan ia mempunyai banyak cawangan. Berdasarkan nama restoran ini, Lisa percaya pemiliknya adalah golongan kita Melayu.

Disebabkan husband memang selalu makan di sini semasa dia belajar UMP, maka dia bawa Lisa dan Fareeq untuk cuba makanan di sini. Antara makanan yang kami order adalah Ikan Siakap 3 rasa, Ikan Pari masak sambal petai, sotong udang tepung dan tomyam seafood.

Makanan yang paling Lisa suka adalah ikan pari masak sambal petai dan sotong udang tepung. Ia sangat sedap dan rasa seperti mahu order lagi. Namun disebabkan perut dah kenyang, terpaksa berhenti makan. Heheh… Dan di Ana Ikan Bakar tak sempat Lisa nak ambil gambar sebabnya perut lapar sangat sampai lupa pula nak take photo.

Semasa kami tengah menjamu selera, ada seorang budak lelaki dalam usia 6-7 tahun datang ke meja kami menjual mangga potong dengan serbuk asam. Dia sangat peramah dan membuatkan, Lisa sangat kagum dengan kanak-kanak ini. Sekecil ini, anak ini dah pandai cari duit dan pandai berniaga. Mula-mula, kami beli 1 peket je tapi disebabkan kanak-kanak ini kata dia tiada duit tukar maka kami tambah lagi 1 peket. Nak ikutkan, 1 peket kecil mangga ini agak mahal juga dijual tetapi disebabkan sikap mesra kanak-kanak ini, membuatkan kami tak berkira untuk bayar lebih. Benarlah orang kata, jika kita peramah dan baik insyaALLAH rezeki tu mudah je masuk. Tapi jika kita sombong dan sangat berkira maka rezeki juga akan susah nak masuk dalam poket.

Bila dah kenyang, kami pun beransur untuk menuju ke rumah kawan suami Lisa yang terletak di bandar Kuantan, Pahang.

 

Dalam pukul 10 malam, kami tiba di Mega View Hotel, Kuantan Pahang. Rekaan dan dekorasi hotel ini sangat simple tapi tampak cantik dan kemas. Di pintu masuk hotel ni, kami disambut dengan ruangan kecil dekorasi ala-ala negara Arab. Sudah tentu, suami Lisa jadi mangsa sebagai photographer tidak rasmi untuk mama dan Fareeq.

Kami check in di bilik dan lihat suasana bilik sangat cantik dan kemas. Bilik kami menghadap sungai pahang. Jarang sangat jumpa bilik hotel dekorasinya bertemakan warna hijau,hitam dan putih. Bagi Lisa ia seperti nafas baru untuk hotel ini.

 

 

mega view hotel

 

Sebelum tidur, di bibir Fareeq tak habis-habis berkata “Mama, Fareeq happy la stay kat hotel ni”.

Alhamdulillah, Fareeq happy, mama and papa also happy.

Sudah menjadi kebiasaan kami jika booking hotel, kami akan pilih hotel yang menyediakan sarapan pagi supaya kami tidak susah untuk mencari breakfast di awal pagi nanti. Alhamdulillah, Mega View Hotel menyeddiakan sarapan pagi dan Lisa tertarik dengan dekorasi tempat sarapan pagi ini. Cantik sangat. Macam berada di Garden pula.

 

 

 

 

Makanan sarapan pagi juga sangat sedap dan layanan yang diberikan amatlah baik.

Pada pukul 10 pagi, kami menuju ke Teluk Cempedak untuk menikmati udara tepi pantai yang menenangkan. Subhanallah lama tak hirup udara segar pantai dan dihiasi dengan kehijauan pokok-pokok di pantai Teluk Cempedak.

teluk cempedak

 

 

 

 

Fareeq excited because he saw many monkeys in everywhere. Tapi mama yang takut tengok monyet.

Teluk Cempedak sebenarnya sangat cantik dan mempunyai banyak kemudahan serta kedai-kedai di tepinya tapi bau dan kebersihan di sana agak sedikit kurang menyenangkan. I hope pihak tertentu boleh ambil tindakan supaya kecantikan dan kebersihan di Teluk Cempedak dipelihara dengan baik.

Bila matahari dah mula naik atas kepala, kami decide untuk makan tengahari di Restoran Mee Kari Cendawan yang terletak tidak jauh dari tol Gambang. Memang terbaik mee kari cendwan tersebut. Big portion and it is so delicious. I love to eat this food.

 

Sebelum kami pulang ke Banting, suami Lisa sempat singgah UMP untuk ambil hadiah dia.

Singkat betul percutian kami di Kuantan,Pahang ni. Walaupun 2 hari 1 malam tapi ia sangat menyeronokkan buat kami.

 




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top