Sejak musim PKP(Perintah Kawalan Pergerakan) yang diumumkan oleh Perdana Menteri malaysia sejak bulan April, di mana beliau meminta agar semua rakyat duduk di dalam rumah sahaja jika tiada keperluan untuk keluar rumah. Sebenarnya ini bukanlah isu di Malaysia sahaja tetapi ia adalah pandemik dunia. Bermaksud seluruh negara di atas muka bumi ini juga terkesan dengan masalah isu Covid-19 yang melanda pada tahun 2020. Disebabkan isu tersebut didapati pengguna youtube meningkat 70%-100% kerana mereka jadikan youtube sebagai salah satu hiburan atau platform untuk mengelakkan rasa kebosanan di rumah. Tidak dinafikan Lisa juga salah seorang pengguna youtube yang tegar untuk menonton video masakan, video hiburan serta video berunsurkan nasihat dan ceramah. Selain menjadi pengguna tegar youtube Lisa juga ada menerbitkan channel youtube yang bernama ‘Khalisah Hazrina’ di mana Lisa berkongsi tentang pengalaman Lisa travel ke luar negara serta tips motherhood dan parenting. Bagi Lisa dengan adanya platform youtube ini Lisa dapat kongsikan manfaat kepada penonton. Apabila sudah ada channel youtube sudah tentu kita akan mencari jalan bagaimana untuk naikkan views youtube supaya lebih ramai lagi mendapat manfaat hasil daripada perkongsian kita. Lebih ramai mengamalkan ilmu yang kita sampaikan lebih banyak pahala yang kita akan dapat. Selain itu, youtube juga menawarkan ‘money reward’ kepada mereka yang melepasi beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak Youtube itu sendiri. Lisa suka menonton dan mencari jawapan bagaimana untuk menaikkan view youtube di channel kita. Di entry post ini Lisa simpulkan hasil pembacaan dan carian tentang 5 cara berkesan bagaimana untuk naikkan view youtube channel anda.
Thumbnail Yang Menarik Pehatian
Apakah maksud thumbnail dalam platform youtube? Thumbnail adalah bermaksud gambar utama yang diletakkan di video-video dalam channel youtube kita. Sebagai contoh di bawah anda membuat carian resepi nasi ayam dan anda akan temui thumbnail berikut:
Gambar-gambar tersebut dinamakan thumbnail. Senang cerita thumbnail seperti first impression yang anda ingin tunjukkan kepada penonton atau si pencari mengenai sesuatu tajuk. Thumbnail yang menarik sudah tentu ramai yang akan klik di video channel anda. Ia bergantung kepada kekreatifan anda dalam edit thumbnail.
Pilih Headline Yang Memukau
Apabila bercakap tentang headline yang memukau ia berkait rapat dengan ilmu copywriting terhadap sesuatu video yang anda terbitkan di channel youtube anda. Berdasarkan pemerhatian Lisa sendiri, headline yang memukau boleh jadi faktor yang sangat berkesan untuk naikkan view youtube. Sebagai contoh headline bagi channel kesihatan yang membuat tajuk A ‘Cara Kurus dengan Cepat’ dan tajuk B pula ‘Laki ini hilang berat 20kg dalam sebulan’ . Jika anda mahu kurus antara 2 tajuk ini yang mana anda akan pilih headline untuk di klik, sama ada A atau B? Tentulah jawapannya B berbanding dengan tajuk B. Walaupun tajuk A lebih pendek dari tajuk B tetapi si pencari lebih suka headline yang dapat beri gambaran jelas tentang apa yang bakal dia lihat berbanding dengan headline yang mendatar sahaja.
Bagi anda yang masih baru dalam dunia youtube dan google, untuk mendapat view yang banyak di platform youtube anda perlu membuat sedikit kajian tentang bagaimana headline boleh memberi kesan kepada si pencari untuk mereka view youtube channel anda. Pastikan ia mudah difaham dan kena dengan apa yang dicari. Dengan kata lebih mudah, anda cuba bayangkan anda adalah si pencari video dan apa yang anda akan taip di ruangan ‘search’. Jika konsep mudah ini anda mula faham maka tidak susah untuk anda mulakan menulis headline yang memukau.
Artikel Berkaitan: 10 Cara Menjana Pendapatan Dari Rumah
Description yang jelas dan mudah difahami
Ramai youtuber terlepas pandang mengenai description di bawah video. Sebenarnya itu merupakan salah satu cara juga bagaimana youtube boleh bantu anda untuk menyenaraikan channel youtube anda di laman search pada page yang pertama. Sebagai contoh anda membuat video tentang pergi bercuti ke Pulau Redang. Pastikan description anda meneragkan sedikit sebanyak kesimpulan video yang bakal anda tunjukkan kepada penonton. Mungkin anda boleh selitkan tips travel ke pulau Redang atau bagaimana mendapat percutian murah di Pulau Redang. Dengan adanya description yang membantu si penonton untuk memahami apa video yang bakal anda sampaikan ini sedikit sebanyak dapat membantu view youtube channel anda makin meningkat.
Menggunakan Tag Yang Sesuai
Bukan setakat instagram sahaja mementingkan tag dalam penerangan gambar, malah youtube juga sangat pentingkan tag supaya youtube dapat jumpa video anda dan berkesempatan untuk disenaraikan dalam page search. Antara contoh yang boleh diberikan adalah, jika anda membuat channel youtube memasak dan video yang anda tunjukkan tentang resepi gula melaka maka jangan lupa letakkan #resepikekgulamelaka di ruangan tag. Mudah sahaja cara ini untuk naikkan view youtube anda tetapi ada juga yang tidak buat perkara asas ini.
Video Yang Menarik
Akhir sekali dan yang paling utama adalah menghasilkan video yang menarik dan menghiburkan atau memberi banyak maklumat kepada penonton. Jika si pencari video sudah klik video anda kerana tertarik dengan thumnail anda dan kemudian mereka tengok pula video anda yang menarik,ini membuatkan mereka mudah untuk menekan button subscribe dan secara tidak langsung anda telah membina follower yang setia. Mereka ini akan kembali melihat video anda yang seterusnya kerana mereka tahu anda akan menghasilkan video yang menarik seperti sebelum ini. Sebab itulah pastikan video yang anda terbitkan dalam channel youtube anda perlu menarik dan supaya si penonton ingin datang kembali untuk melihat video anda yang lain.
Sebenarnya ilmu dan pengetahuan yang Lisa kongsikan lebih detail dan lebih banyak bakal dikongsikan oleh si penulis ebook di bawah iaitu Rahsia Youtuber Naikkan View Dengan Headline. Selain anda belajar tentang headline, anda juga akan diberi bonus Teknikk tarik viewer, Cara menghasilkan thumbnail yang memukau dan banyak lagi bonus yang bakal anda terima. Boleh KLIK DI LINK ini.
Antara pencapaian youtube channel lisa adalah 1 video mendapat lebih 8800 view bagi video tutorial memasak.
Semoga dengan perkongsian Lisa ini dapat membantu anda dan diri Lisa sendiri untuk dapat manfaat darinya. Jika anda rasa perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak idea dan manfaat, jangan lupa kongsikan post ini dengan klik button share di bawah.