Selamatkah Untuk Travel Ke Luar Negara Ketika Isu Coronavirus Disease (COVID-19) Semakin Menular? Langkah Tanganinya.

Minggu lepas Lisa ada dapat message melalui akaun instagram yang bertanyakan kepada Lisa “Selamat ke nak travel ke Dubai disebabkan isu corona virus ni?”. Bila soalan ini diajukan kepada Lisa yang hanya penduduk sementara di Dubai dan bukanlah pakar kesihatan, Lisa mula-mula rasa tergamam juga sebabnya Lisa tak dapat nak beri jaminan apa-apa tentang soalan tersebut cuma Lisa hanya mampu memberi gambaran apa yang sedang berlaku di Dubai dan bagaimana kerajaan negara UAE ini tangani isu corona virus (COVID-19).



Apa yang Lisa boleh katakan adalah isu mengenai corona virus ini sebenarnya agak berat dan pihak kerajaan UAE memang memandang serius berkenaan isu ini. Sebab itulah, minggu lepas sekolah anak Lisa, Fareeq dan kerajaan UAE telah mengeluarkan kenyataan bahawa semua sekolah termasuklah Nursery, Primary School, Secondary School dan University diarahkan tutup. Segala aktiviti yang melibatkan ramai orang seperti konsert, aktiviti senaman masyarakatan, dan sebagainya diminta untuk dibatalkan. Hal ini bagi mengelakkan kita berjumpa dengan orang ramai sebab kita dalam situasi tidak nampak di mana virus tersebut dan siapa yang sudah dijangkiti.

Aktiviti tambahan Fareeq juga terpaksa dibatalkan kerana isu corona virus ini. Walaupun negara UAE baru mencatat berbelas kes tapi pihak kerajaaan UAE terus mengambil tindakan drastik dan ini termasuklah tempat pelancongan juga akan ditutup awal berbanding yang telah dijadualkan dari awal lagi. Selain itu, pihak kerajaan telah mengeluarkan senarai negara yang tidak boleh dikunjungi dan kemasukan pelancong dari negara tersebut juga akan disekat.

Klook.com

Pendapat Lisa sendiri, lebih baik tangguhkan aktviti travel ke luar negara kerana isu corona virus ini. Mungkin ada sesetengah di kalangan kita berasa sedih dan kecewa kerana duit flight dan tempahan hotel sudah dibuat dan ada yang boleh refund dan tidak kurang juga tidak boleh dapat pulangan duit yang telah dibayar. Bagi Lisa, masa inilah kita perlu betul-betul redha dengan ketentuan yang ALLAh tetapkan walaupun pengorbanannya agak tinggi. Mungkin sekarang kita tidak nampak hikmah yang ALLAH nak tunjuk tetapi percayalah mungkin dengan pengorbanan ini ada hikmah besar yang ALLAH nak beri.

Sentiasa dan pegang kuat dengan kepercayaan kepada ALLAH. Dia tidak akan uji hambaNya jika Dia tahu hambaNya tidak mampu. Kita diuji mengikut kemampuan kita.

Sama-sama kita berdoa supaya isu corona virus ini cepat diselesaikan dan semakin berkurang masalah ini.

Lisa ada terbaca dalam facebook Kementerian kesihatan Malaysia tentang langkah-langkah melindungi diri daripada Corona Virus (COVID-19) iaitu antara langkah tersebut adalah

  • Amalkan tahap kebersihan secara maksimum antaranya seperti sentiasa membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer. Lisa lihat di Dubai ni, boleh dikatakan semua tempat termasuklah di dinding shopping mall semuanya ada kotak hand sanitizer.
  • Selalu bawa bersama penutup muka atau mask.
  • Elakkan berkunjung di tempat ramai orang terutamanya tempat pelancongan.
  • Elakkan makan makanan yang berasaskan haiwan yang tidak masak. Pastikan ia masak sepenuhnya.
  • Elakkan berunjung ke tempat haiwan dan menyentuhnya.
  • Dapatkan rawatan segera jika mengalami simptom demam, sukar bernafas)

InsyaALLAH sama-sama kita doa semoga dengan usaha kecil kita ini ALLAH lindungi kita semua dari penyakit ini.




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top