5 Cara Mulakan Minimalist Dalam Berfesyen

Bermula dengan terinspirasi daripada TV Show Nextflix yang bertajuk Tidying Up with Marie Kondo dan seterusnya The Home Edit, mengajar Lisa cara mulakana minimalist dalam berfesyen dengan menyusun pakaian di almari. Ini disebabkan ketika Lisa berpindah dari Dubai ke Malaysia, suami Lisa sangat terkejut apabila Lisa maklumkan kepada dia bahawa ada 10 kotak yang berisi pakaian Lisa sahaja. Sedangkan kami sudah tetapkan hanya beberapa kotak sahaja untuk dimasukkan dalam kontena, itu belum lagi termasuk pakaian anak-anak, barangan rumah dan sebagainya.



Sejak itu, Lisa mula mencari panduan dan tips untuk menjadi minialist, tidak kisahlah dari segi berpakaian sehingga barangan keperluan rumah. Hari demi hari Lisa belajar untuk mengawal nafsu membeli barang. Lisa belajar cara menguruskan penyusunan barang dan sehinggalah kepada pengurusan kewangan. Sampai satu tahap Lisa pernah terfikir adakah aku sedang mengalami Hoarding Disorder, bermaksud orang yang suka menyimpan barang dan tambah lagi membeli barang sehingga penuh rumah dengan barangan yang sudah tidak digunakan lagi.

Baiklah untuk posting artikel kali ini Lisa nak kongsikan kepada anda 5 Cara Mulakan Minimalist Dalam Berfesyen. Lisa percaya dengan 5 cara di bawah, jika anda mulakan dengan langkah pertama anda akan jatuh cinta perjalanan untuk menjadi seorang minimalist. Kehidupan yang sederhana dan tidak fikir untuk berlumba-lumba malah hati ini lebih rasa tenang.

1) Kumpulkan semua pakaian yang kita ada. Dan kelaskan kepada 4 kategori:-

  • Buang( pakaian yang dah tak elok)
  • Derma( pakaian yang masih elok dan cantik)
  • Jual ( pakaian yang anda rasa sayang dan perlu bertukar tuan)
  • Simpan ( pakaian yang memang anda nak pakai)

2) Simpan pakaian yang saiz anda pakai sahaja.

Jika ada saiz yang dah tidak muat atau size yang terlebih muat,maka boleh derma atau jual atau pun buang sekiranya ia sudah tidak sesuai dipakai lagi. Jika anda mahu simpan 1-2 pakaian saiz yang lebih kecil dari sekarang sebagai motivasi anda untuk turun berat badan, maka dibolehkan tetapi bukanlah lebih daripada 10 helai. Kerana anda tidak pasti bila akan dapat pakai saiz tersebut kecuali mempunyai tekad yang kuat untuk berubah.

Artikel Berkaitan: 10 Perkara Asas Kemas Rumah Menggunakan Teknik Marie Kondo

3) Amalkan konsep “One in, one out. Two in two out”.

Means kalau nak beli 1 baju make sure da 1 baju yang akan dikeluarkan dari wardrobe kita. So tak akan berlaku lambakan. Sebab selalunya apa yang berlaku adalah beli 5 baju, tapi tak da baju yang dikeluarkan. Begitu juga dengan tudung, handbag, aksesori wanita dan sebagainya. Barulah wardrobe/almari pakaian anda akan sentiasa nampak kemas dan tersusun tanpa nampak lambakan pakaian atau barangan.

4) My favourite apps untuk jual preloved is carousell.

Bila da baju yang lisa nak beli, I’ll make sure da baju juga yang lisa akan jual kat carousell. Yang bestnya app tu, hari ni kita masuk list, esok lusa dah da pembeli. Lisa buat benda yang sama untuk baju anak-anak, my handbags, shawl and etc. Jika di Dubai Lisa menggunakan apps Dubizzle untuk menjual barangan preloved. Benefit dengan cara begini adalah, kita akan dapat fund untuk membeli barangan yang baru. Tidaklah perlu mengeluarkan duit lagi untuk beli yang lain.

5) Konsisten

Untuk menjadi Minimalist, perkara ini perlu konsisten untuk diamalkan. Ia tidak akan berlaku overnight. Perlu ada kesabaran dalam mengamalkannya. Cuba mulakan dengan 3 bulan pertama, anda akan lihat hasilnya, kemudian teruskan lagi untuk 3 bulan seterusnya. Lama-kelamaan anda akan biasa dengan kehidupan minimalist ini terutama sekali dalam berfesyen, kerana itu adalah perkara yang kita lakukan setiap hari.

Semoga dengan perkongsian tentang 5 cara mulakan minimalist dlam berfesyen ini dapat memberi sedikit sebanyak idea untuk anda menjadi minimalist secara konsisten. Jika anda suka dengan artikel ini, silakan share di media sosial anda supaya lebih ramai sahabat kita mengamalkan hidup konsep yang lebih bersederhana ini.




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top