Itinerari Percutian ke Jepun Tahun 2024

Setiap percutian kami ke luar negara adalah dengan cara DIY(Do It Yourself) tanpa menggunakan sebarang perkhidmatan daripada travel agency. Alasannya adalah kami mempunyai anak kecil dan tahulah setiap perangai anak kecil ini bagaimana, kerisauan kami bila ikut travel agency apabila kami perlu tepati masa sedangkan anak kecil ni kadang-kadang situasi mereka bila travel tak boleh nak dijangka. Dan kami lebih selesa ikut masa kami sendiri apabila travel ke luar negara. Percutian ke Jepun pada awal tahun 2024 ini saya rasakan pembukaan tahun baru yang sangat bermakna buat kami sekeluarga. Kami mula beli tiket penerbangan ke Jepun pada bulan Jun tahun 2023, bermasuk 7 bulan yang lepas kami sudah mula merancang percutian ini.



Orang kata bila kita beli tiker penerbangan lebih awal ni, harga tiket lebih murah tetapi bagi saya tidaklah murah sangat daripada harga biasa hanya kurang Rm100-200, dan jika nak betul-betul murah perlu tunggu promosi daripada website third party seperti Traveloka, Klook, Trip.com ataupun Skyscanner.

Kami beli tiket pergi balik dari KLIA ke Kansai Airport( Osaka) di Trip.com dan manakala tiket penerbangan dari Kansai Airport ke New Chitose Airport( Sapporo) menggunakan Trip.com. Ketika itu, kedua-dua website ini sedang buat promosi.

Bagi anda yang mula merancang untuk bercuti ke Jepun, saya yakin blog post ini sangat sesuai untuk anda. Saya akan kongsikan itinerari ringkas kami sepanjang berada di Jepun dan lebih spesifik lagi adalah di Osaka, Kyoto dan Sapporo, Hokkaido. Saya juga akan kongsikan kepada anda berapa bajet yang kami belanjakan sepanjang berada di sana supaya dapat memberi gambaran kasar untuk anda merangka bajet keperluan di sana.

Itinerari Percutian ke Jepun Tahun 2024 Selama 10 Hari

Hari Pertama- Flight kami ke Kansai Airport(Osaka) pada 2.30 pagi dan transit di Manila selama 3 jam. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Osaka, tiba di sana pada 3.30 petang pada hari yang sama.

Kami tukar tiket train yang telah kami beli lebih awal di Klook Website (Beli di sini) iaitu JR Haruka Hello Kitty untuk meneruskan perjalanan ke Kyoto Station.

Disebabkan anak-anak dah lapar, daripada Kyoto Station kami jalan kaki dengan bawa semua bag luggage ke restoran Halal Ramen iaitu Ayam Ya yang terletak 11 minit dari Kyoto Station.

Kemudian, kami ambil taxi( Dowload Taxi Go) untuk sampai ke Airbnb kami yang terletak 10 minit sahaja dari Kyoto Station.

Hari Kedua

  • Arashiyama Bamboo Forest
  • Tenryu-ji Temple
  • Fushimi Inari
  • Gion
  • Nishiki Market ( Dalam itinerari asal kami ada, tapi kami tak sempat nak pergi sebab musim sejuk malam sangat cepat, maghrib masuk dalam pukul 5.15 petang)

Hari Ketiga

  • Ninenzaka
  • Sanen-Zaka
  • Kami ke Kansai Airport untuk naik flight ke Sapporo, Hokkaido.

Hari Keempat

Kami ambil pakej daripada Klook ( Boleh beli di sini) untuk buat day trip ke sebelah utara Sapporo

  • Asahiyama Zoo
  • Snowland ( untuk bermain jet ski dan sled)
  • Christmas Tree Celebrity
  • Ningle Terrace

Bagi saya sangat berbaloi beli pakej day trip ini daripada KLOOK sebabnya dari satu tempat ke tempat yang lain agak susah untuk dapatkan public transport memandangkan kami ada anak kecil ni, makanya dengan day trip naik bas ini lebih selesa untuk kami sekeluarga.

Hari Kelima – kami seharian menghabiskan masa di Otaru. Tedapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di Otaru. Ia terletak sejam dari bandar Sapporo.

Bandar Otaru

Hari Keenam- Sebelum kami naik flight untuk kembali ke Kansai Airport, kami sempat melawat Shiroi Kobito Park, terletak 15 minit dari bandar Sapporo. Sangat sesuai untuk anda yang ada anak kecil. Mereka pasti suka, sebabnya seperti masuk dalam movie Willy Wonka. kebetulan masa kami datang sini, salji sedang turun lebat. anak-anak sangat enjoy main salji.

Hari Ketujuh – Kami menghabiskan masa seharian di Universal Studio Japan. Kami beli tiket USJ di KLOOK website.(Beli di sini)Dan ada masa yang berbaki waktu petang, kami sempat early dinner di Dotonburi. Jalan-jalan sekitar di sana sehingga malam dan terus membeli souvenir untuk saudara mara dan sahabat rapat.

Hari Kelapan- Itinerari asal kami ke Nara Park tapi disebabkan ada anak yang tak sihat, kami tukar ke Shinsekai Market, jalan-jalan sekitar di sana dan pergi ke Osaka Castle. Kami juga sempat beli cheesecake Halal yang terkenal di Osaka dan berkelah di Tennoji Park.

Hari Kesembilan – Kami bertolak ke Kansai Airport dan transit di Manila selama 14 jam. Sempat book hotel di bandar Manila dan makan ayam penyet Halal di sana.

Hari Kesepuluh – Tiba di Malaysia pada 11 pagi.

Saya akan kongsikan lebih terperinci untuk blog post akan datang. Terima kasih kerana sudi membaca itinerari budget Jepun kami pada tahun 2024.




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top