7 Tempat Menarik di Singapore Tahun 2022

Alhamdulillah dah nak masuk bulan ke 6 Lisa pindah ke Singapore dari Dubai. Anda boleh baca artikel ‘Dari Kota Dubai ke Kota Singapore’ pengalaman Lisa berpindah dari Dubai ke Singapore. Walaupun baru sahaja 6 bulan kami di sini, tapi disebabkan Lisa dan suami jenis suka explore dan berjalan-jalan di Singapore ni, so Lisa nak kongsikan 7 tempat menarik di Singapore Tahun 2022. Dan sebenarnya Singapore ni tidak asing buat kami kerana Lisa selalu juga datang ke sini ketika masih student sebab attend event Herbalife. Mungkin anda yang baru nak melancong ke Singapore, artikel ini sangat sesuai untuk anda sebebanya inilah tempat wajib yang perlu dilawati dan di mana ia tidak sama seperti di negara lain. Itulah uniknya Singapore ini.



Mungkin ada yang tertanya mengapa nak datang Singapore? Apa bestnya Singapore ni? Bukan Singapore ni negara kecil dan mahal pula tu? Sebenarnya, mula-mula Lisa datang ke sini, Lisa pun ada mindset dan pertanyaan seperti itu tapi bila dah duduk sini beberapa bulan, Lisa mula rasa banyak perkara menarik tentang Singapore ni. Walaupun mata wangnya agak tinggi tetapi percayalah bila anda datang ke tempat menarik di Singapore ini, anda akan faham mengapa ianya unik dan sangat berbaloi untuk dilawati dan ada keseronokannya tersendiri di sini.

Universal Studio Singapore

Tahukah anda bahawa Universal Studio Singapore merupakan satu-satunya cawangan Universal Studio di Asia Tenggara, selain di Korea, Jepun, Florida dan Hollywood. Boleh dikatakan ramai pengunjung datang ke Singapore, hanya ingin merasai keriangan di USS kerana terdapat 6 zon antaranya adalah Sci-Fi City, Hollywood, The Lost World, Ancient Egypt, Far Far Away dan New York. Lisa pasti apabila anda bawa anak-anak datang ke Universal Studio Singapore, mereka pasti seronok dan seolah-olah tidak cukup sehari di dalam USS.

Klook.com
Sumber dari: https://www.rwsentosa.com/en/attractions/universal-studios-singapore/park-map

Setiap zon mempunyai keunikannya yang tersendiri, antara aktiviti yang paling digemari oleh ibu bapa dan anak-anak adalah Transformers The Ride, seolah-olah Transformers berada di depan mata anda dan ia memang pengalaman tidak boleh dilupakan.

Selain itu, Shrek 4D Adventure, Jurassic Park serta Minion Show juga merupakan tarikan utama buat para pengunjung.

Waktu operasi Universal Studio Singapore Tahun 2022 : Isnin dan Selasa- Tutup | Rabu- Ahad: 12PM-7PM atau anda boleh klik link di sini untuk mengetahui update yang terkini.

Bagi pembelian tiket dengan harga yang berbaloi anda boleh beli di sini. Terdapat juga harga tiket Unversal Studio Singapore Express ada dijual di website KLOOK.

Gardens By The Bay

Untuk pengetahuan anda Gardens By The Bay terdapat beberapa bahagian iaitu Flower Dome, Cloud Forest, OCBC Skyway dan Supertree Observatory. Kawasannya sangat luas. Flower Dome dan Cloud Forest hanya bersebelahan sahaja tetapi OCBC Skyway dan beberapa tempat yang lain anda perlu berjalan kaki sekitar 500m hingga 1.5km. Namun begitu, mata anda akan dijamu dengan keindahan kehijauan di sekeliling dan keunikan landskap yang mengkagumkan anda.

Di Flower Dome terdapat pelbagai jenis bunga dan tumbuhan yang boleh anda lihat. Berwarna warni di sekitar dalam dome tersebut. Perjalanan untuk menikmati sekitarnya mengambil masa 1 jam dan begitu juga Cloud Forest. Masuk sahaja di Could Forest mata anda akan terpegun melihat air terjun buatan betul-betul di hadapan pintu masuk tersebut.

Sangat cantik dan unik.

Pembelian tiket dengan harga yang berbaloi, anda boleh klik di link ini. Website Klook ini merupakan website yang Lisa dan suami beli untuk setiap tempat tarikan pelancong di Singapore.

Waktu Operasi: Outdoor Gardens : 5am-2am(Setiap hari) | Berbeza waktu operasi mengikut setiap tempat tarikan pelancong. Anda boleh rujuk di sini.

Singapore Flyer

Singapore Flyer adalah ferris wheel yang terbesar di Asia. Dengan ketinggian 165metre dari bawah, anda boleh lihat bandar Singapore dan jika bernasib baik anda juga akan berpeluang untuk melihat negara jiran iaitu Malaysia dan Indonesia.

Ia terletak di downtown Marina Bay. Dan mempunyai 28 kapsul di mana boleh menempatkan 28 orang pengunjung dalam setiap kapsul.

Setiap sesi mengambil masa 30 minit, untuk menikmati keindahan bandar Singapore ini ketika waktu siang atau pun malam dari ferris wheel ini.

Waktu operasi Singapore Flyer adalah : 3 petang hingga 10 malam (Khamis-Ahad)

Pembelian tiket klik di link ini.

Merlion Park

Tak lengkap percutian di Singapore jika anda tidak melawat ke Merlion Park di mana terletaknya patung arca berkepala Singa dan berbadan seperti ikan. Ia merupakan tarikan utama di Singapore.

Dulu setiap kali Lisa melawat Singapore, mesti akan datang ke sini walaupun untuk berapa banyak kali pun. Sama jga dengan sekarang, walaupun Lisa dah duduk di Singapore, tetapi hati ni nak juga datang ke sini sekali sekala. Sebab pemandangan di sekeliling Merlion Park ini sangat cantik dan kita berasa tenang untuk menikmatinya.

Di kawasan Merlion Park ini terdapat beberapa restoran cumanya tiada logo halal yang dipamerkan. Jika anda datang ke sini, anda boleh bawa bekalan makanan sendiri atau jika mahu minum coffee, terdapat Starbuck di sederet restoran tersebut.

Arab Street

Jika anda datang ke Arab Street anda akan melihat satu masjid yang tersergam indah yang dinamakan sebagai Sultan Mosque. Ia terletak dihujung Arab Street. Anda dibenarkan untuk solat di dalam dengan syarat membawa sejadah sendiri.

Di Arab Street terdapat barisan kedai yang menjual barangan dari Timur Tengah dan tidak ketinggalan juga terdapat barangan muslim seperti baju muslimah, barang kelengkapan solat, umrah, haji dan sebagainya. Di sini juga terkenal dengan makanan halal seperti Arabic Food, Mamak, Makanan Melayu dan pastry.

Di sini, anda akan melihat ramai orang Islam di Singapore berkumpul untuk shopping dan makan.

First time, Lisa datang sini baru Lisa rasa ‘Oh!! Ramai juga orang Islam di Singapore rupanya.” Sebelum ini, Lisa rasa susah sikit nak jumpa orang Melayu atau orang Islam di sini. Dan Lisa rasakan seolah-olah berada di pasar Melayu.

Sangat menarik untuk dilawati di sini. Anda boleh cuba merasai makanan yang terkenal di sini antaranya Murtabak Singapore, kek dan pastry(ondeh-ondeh kek/ durian cake), teh tarik in box dan sebagainya.

Jewel Changi Airport

Air terjun buatan yang paling tinggi di Dunia terdapat di dalam Jewel Changi Airport. Ia bersambung dengan Changi Airport. Masuk sahaja di ruangan tengah Jewel Mall ini, telinga anda akan menangkap bunyi air terjun yang menenangkan dan mata anda akan terpegun melihat kehijauan yang disajikan di sekeliling air terjun tersebut.

Sampai sahaja di Changi Airport, Lisa rasa teruja melihat keindahan air terjun ini dan tiba-tiba rasa kesejukannya.

Anda perlu datang ke sini ketika waktu siang dan malam kerana kecantikannya berbeza. Waktu malam, lampu warna warni menghiasi sekeliling mall tersebut. Sangat cantik dan ketika siang anda dapat melihat kehijauan pokok di situ.

Tiada bayaran yang diperlukan untuk masuk ke sini. Kerana ia adalah tempat terbuka.

Sentosa Island

Sentosa Island ini terletak di selatan Singapore. Terdapat banyak tarikan pelancong yang utama di sini. Antaranya adalah Adventure Cove Waterpark, Dolphin Island, SEA Aquarium dan termasuklah Universal Studio Singapore. Anda juga boleh booking hotel 1 malam di Sentosa Island untuk merasai pengalaman sepanjang hari dengan melakukan aktiviti di sini sahaja. Boleh klik di link ini.

Berikut antara aktiviti yang boleh anda lakukan di Sentosa Island:

  • Singapore Cable Car
  • Madame Tussand Singapore
  • Sentosa Nature Discovery
  • Siloso Beach
  • Dan banyak lagi aktviti yang boleh dilakukan di sini.

Sekian sahaja perkongsian Lisa tentang 7 tempat menarik di Singapore yang wajib anda lawati apabila datang ke sini. InsyaALLAH banyak lagi yang Lisa nak kongsikan kepada para pembaca tentang menariknya Singapore, tempat makanan halal, tempat ootd Singapore dan lain-lain lagi.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak idea dan cadangan yang boleh anda ambil untuk dimasukkan dalam itinerary Singapore.




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top