berhijrah ke singapore

Dari Kota Dubai Ke Kota Singapura

April 18, 2022

Banyak kenangan yang kami tinggalkan di Kota Dubai. Bandar yang terkenal di seluruh dunia yang mempunyai bangunan paling tinggi di dunia iaitu Burj Khalifah dan merupakan salah satu bandar yang paling kaya di dunia. Subhanallah, pengalaman ini memang tidak akan Lisa lupakan sampai bila-bila. Mana tidaknya, bandar ini juga merupakn tempat kelahiran anak ketiga Lisa, Ameer Fareeq. InsyaALLAH, ada rezeki kami akan datang lagi ke Kota Dubai ini, mungkin sebagai pelancong dan mungkin juga sebagai penduduk tetap. Who know’s right?



Kami berpindah ke Singapore ketika masih pandemik. Maka beberapa urusan untuk perpindahan memang ambil masa yang lama terutama sekali untuk dapatkan visa keluarga. Pelbagai dokumen yang perlu diisi dan perlu menunggu keputusan dari pihak Kementerian Kesihatan Singapore. Ia mengambil masa sebulan setengah untuk menyiapkan semua dokumen tersebut. Dan sepanjang itulah juga Lisa dan anak-anak berjauhan dengan suami kerana dia pergi ke Singapore dahulu untuk report duty di syarikat yang dia bekerja.

Sejujurnya untuk bina kehidupan semula di tempat baru bukanlah mudah. Kerana ia melibatkan emosi, tenaga, kewangan serta persekitaran sekeliling yang perlu diambil kira. Selain itu, budaya di Singapore juga jauh beza dengan di Kota Dubai.

Suka Lisa kongsikan dengan anda antara perbezaannya adalah dari segi makanan. Dubai merupakan kota Islam maka untuk dapatkan makanan halal sangat-sangat mudah. Tidak perlu untuk melihat logo halal walaupun makanan tersebut bukan makanan Arab, ia termasuklah makanan jepun, cina, Vietnam, Philipines dan sebagainya. Bagai langit dan bumi, di Singapore apa-apa barang yang kami ingin beli untuk buat masakan, itu pun perlu dilihat logo halalnya inikan pula untuk pergi ke restoran-restoran. Anak Lisa yang pertama, Ameer Fareeq mula-mula dia pun rasa janggal dengan cara tersebut tapi kini dia sendiri dah pandai, sebelum kami masuk ke sebuah restoran dia sendiri kata “Mama, restoran ni ada logo halal” , ” Mama candy ni ada logo halal”.

Perlu lihat logo halal seperti dalam gambar ini.

Alhamdulillah dari segi kebaikannya, anak Lisa dapat belajar tentang indahnya Islam di mana kita lebih perlu berhati-hati dalam pemilihan pemakanan.

Selain daripada itu, jika di Dubai kami mempunyai kenderaan sendiri, maka pergi ke mana-mana, suami Lisa akan drive kereta kami tetapi di Singapore mereka lebih menggalakkan penduduk naik kenderaan awam seperti bas, keretapi laju mahupun teksi. Mereka juga sangat menggalakkan supaya kami untuk berjalan kaki dan berbasikal. Hal ini kerana kemudahan pejalan kaki tersedia ada. Boleh dikatakan bandar Singapore ini merupakan bandar yang terancang. Kita tidak perlu drive jauh untuk membeli barang ataupun untuk mendapatkan keperluan asas hidup.

Cuaca juga merupakan perkara utama yang Lisa rasakan Dubai dan Singapore mempunyai keunikan tersendiri. Di Dubai 6 bulan musim sejuk dan 6 bulan musim panas yang amat sangat. Tetapi Singapore cuacanya sama sahaja seperti di Malaysia, maka pada bila-bila masa kami boleh keluar ke mana-mana jika tiada hujan ribut. Tetapi di Dubai, disebabkan cuaca panas sangat maka, kami terpaksa merancang perjalanan mungkin pada awal pagi atau waktu malam, kerana ketika itu suhu sedikit menurun berbanding waktu siang.

Sebenarnya banyak lagi Lisa nak kongsi dengan anda tentang pengalaman kami berpindah dari satu negara ke satu negara, insyaALLAH next post Lisa akan kongsikan topik yang berbeza. Terima kasih kerana sudi singgah di blog Lisa.

Ketika Lisa dan 3 orang anak naik flight untuk terbang ke Singapore berjumpa dengan ayah mereka ni.

Jangan lupa komen di bawah, apa tajuk atau perkara yang anda ingin tahu tentang Dubai mahupun Singapore.

Follow Lisa di instagram di mana Lisa kongsikan kehidupan sederhana kami di Kota Singa.




Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post