Fungsi TC Formula Herbalife

Sebenarnya TC Formula herbalife baru sahaja diperkenalkan pada 3 tahun yang lepas dalam pasaran herbalife malaysia. Tc formula ini adalah berbentuk pil dan mudah dibawa ke mana-mana. Fungsi tc formula herbalife adalah berbeza dengan fungsi shake herbalife mahupun fungsi teh herbalife. Kerana Tc formula juga mempunyai manfaatnya tersendiri dan ia juga membantu dalam program turun berat badan.



Kelebihan Tc formula adalah ia dibuat daripada 3 jenis teh yang baik untuk kesihatan badan antaranya adalah teh hijau, oolong tea dan black tea. Ia diformualasikan daripada teh yang mempunyai kualiti tinggi dan telah dikaji oleh pakar nutrisi dalam syarikat herbalife.

Fungsi TC Formula

Meningkatkan metabolisma badan. Apabila umur anda makin meningkat dan perbezaan jantina juga merupakan faktor perbezaan metabolisme. Sebagai contoh, metabolisme lelaki lebih tinggi berbanding metabolisma badan wanita. Sebab itulah wanita perlukan lebih usaha bagi menurunkan berat badan. Dengan adanya tc formula herbalife, ia dapat membantu anda dalam meningkatkan metabolisma badan.

Tingkatkan tenaga dan kepekaan. Tc formula herbalife dapat membantu anda meningkatkan tenaga serta kepekaan anda. Selalunya, mereka yang sedang menjalani program turun berat badan mereka mempunyai masalah kurang tenaga maka dengan adanya tc formula dapat membantu meningkatkan tenaga serta alertness anda.

Anda juga mungkin meminati: Fungsi shake herbalife 

Membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan. Tc formula juga berfungsi untuk membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan maka masa anda untuk turun berat badan dapat disingkatkan dengan adanya amalan diet yang sihat dan gaya hidup yang sihat.

Anda mungkin juga meminati: Program Turun Berat Badan

Pastikan sebelum anda menggunakan tc formula, anda sudah membiasakan diri minum air sekurang-kurangnya 2 liter air kosong sehari supaya tc formula ini dapat menyerap dengan baik dalam badan anda. Dan ia juga dapat berfungsi dengan lebih baik.

Cara makan untuk tc formula adalah bergantung kepada nasihat coach anda tetapi jika anda masih tiada coach dan ingin memulakan program pengurusan berat badan dengan herbalife, saya sedia untuk membantu anda dalam perjalanan penurunan berat badan anda. Boleh hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut.

 




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top