Homestay Villa Seri Iskandar, Perak

Adakah anda mempunyai anak yang belajar di Uitm Seri Iskandar atau UTP seri Iskandar mahupun Kolej Vokasional Seri Iskandar, Perak? Jika ya, anda mungkin sedang mencari penginapan yang selesa dan tidak jauh dari tempat mereka belajar. Di sini, Lisa ingin kongsikan sebuah homestay yang sangat selesa dan mempunyai positif review dari penyewa homestay sebelum ini. Homestay ini dinamakan Homestay Villa Seri Iskandar, Perak.



homestay sri iskandar

Apa Keistimewaan Homestay Villa Seri Iskandar?

Homestay Seri Iskandar ini terletak 3 minit sahaja dari Uitm Seri Iskandar dan 5 minit dari Bandar Seri Iskandar. Jika anda ada urusan di kawasan sekitar tersebut maka ia sangat mudah kerana berhampiran sahaja dengan kawasan bandar seri iskandar.

Selain itu, homestay villa seri iskandar ini terletak di corner lot maka ia tiada masalah untuk ruangan parking kereta dan easy access dari jalan utama ipoh-manjung.

Homestay ini terletak berhampiran dengan deretan kedai makan, dobi, kedai runcit, kedai buku dan sebagainya lagi. Jika anda tiada masa untuk masak, maka anda boleh beli makanan di kedai makan yang berhampiran dan harganya sangat berbaloi dan sedap. Hanya berjalan kaki sahaja dari homestay ke deretan kedai tersebut. Dan pada waktu pagi terdapat pondok kecil yang dibuka untuk dijual sarapan pagi.

Kejiranan homestay ini sangat baik dan berita baiknya tuan rumah juga tinggal di sebelah homestay ini maka jika anda ada masalah berkaitan homestay, tuan rumah insyaALLAH akan segera membantu anda.

Antara kemudahan yang diberikan adalah

2 bilik dan 1 ruang tamu

1 aircond dan 1 kipas

Iron dan Jug Masak air Panas

Ruang parking disediakan

Ruang meja makan

1 bilik solat serta keperluan solat disediakan

Tv juga disediakan

Mineral water dan 3 in 1 minuman disediakan

 

 

 

 

 

 

Untuk tempahan boleh Hubungi:

Hj Nazri 018-8719554 
Hanani 010-4001472.

Boleh like Fb Page Homestay Villa Seri Iskandar 

Terima kasih.

 




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top