Raya ketiga Lisa dan Fareeq terbang ke Qatar untuk mulakan our new journey of life. Waktu husband nak booking tiket flight kami, ada beberapa pilihan syarikat penerbangan yang menawarkan perjalanan dari Malaysia ke Doha, Qatar. Disebabkan husband dah fly 2 bulan sebelum kami ke Qatar dan dia telah menggunakan Qatar Airways untuk ke Qatar. Husband Lisa kata guna Qatar Airways memang selesa dan seronok. So, dia terus booking tiket flight Qatar Airways. Sebelum tu, kami ingat nak booking menggunakan Sri Lanka Airlines tapi penerbangan tersebut ada satu henti di Sri Lanka. Husband kasihan tengok Lisa sebab macam susah pulak nak berhenti-henti dekat Sri Lanka dengan bawa Fareeq lagi.
Seminggu sebelum Lisa fly ke Qatar, Lisa tengok di Facebook Qatar Airways telah dapat tempat pertama dalam The World’s Top 100 Airlines 2017. Rasa berdebar pulak dapat naik penerbangan First Top 100 Airlines in the World. Dalam hati macam mana la rasanya kan naik penerbangan tersebut.
Alhamdulillah hari yang dinantikan telah tiba. Fareeq tak sabar nak jumpa papa. Mama pun sama. Dalam masa yang sama Lisa berdebar juga sebab first time dengan Fareeq naik kapal terbang tanpa husband. Perjalanan agak lama dalm 7 jam.
Waktu nak check in baggage, staff Qatar Airways sangat ramah. Mereka banyak membantu Lisa dalam pengurusan beg dan memudahkan urusan check in. Ada lebih beberapa kg untuk baggage tapi mereka bantu untuk masukkan juga, kalau tak kena bayar every excess 1kg.
Semasa Lisa nak naik flight Qatar Airways, ada beberapa check point untuk check luggage mungkin sebab krisis yang berlaku di Qatar maka, pengawalan agak ketat.
Bila masuk dalam flight, memang rasa world class punya flight. Sangat selesa dari segi tempat duduk dan cabin crew. Mereka bantu Lisa untuk uruskan Fareeq dan beg.
Semasa dalam flight, Fareeq kata lapar dan Lisa terus request untuk serve makanan Fareeq lebih awal. Dan mereka melayan karenah Fareeq. Dan paling Fareeq seronok sebab dapat 1 beg permainan.
Makanan pula sangat sedap dan mempunyai pelbagai jenis juadah.
Sepanjang 7 jam perjalanan, sempat Lisa khatamkan 2 movie dan Fareeq pulak 1 movie. Lepas tu dia terus tertidur.
Waktu nak terbang dan mendarat, alhamdulillah tak rasa pun kapal terbang bergegar. Tau-tau je kita dah terbang dan waktu mendarat pun, kita tak sedar yang kapal terbang dah landing.
Bila tiba di tempat imigresen, perjalanan sangat mudah sebab menggunakan Qatar Airways. Jika guna penerbangan dari syarikat lain, banyak pegawai imigresen tanya. Mungkin Qatar Airways trusted company di Qatar.
Lisa sangat recommend destinasi yang lebih 5 jam lebih baik ambil Qatar Airways. Dan jika anda mempunyai anak-anak, penerbangan Qatar Airways adalah salah satu penerbangan kids friendly.
Untuk booking flight, boleh klik di link ini: Qatar Airways
Saya baru naik kapal terbang sekali, KTM 🙂
Nanti boleh try naik qatar airways. bes jugak…sy pun first time naik.
Qatar air macam kids friendly ya. Boleh juga lain kali try Cuba nie
Wah bestnya. Qatar Airways memang favorite ruby. Ada dalam bucket list. Doakan ruby dapat naik tau. Ruby dah cuba Emirates, AirAsia, MAS, Malindo, Garuda Indonesia. Alhamdulillah pengalaman luar biasa tiap penerbangan. Syukur dapat tengok langit. Rasa dekat dengan sang pencipta kan kak.
Saya suka naik Qatar Airways..dulu KL samapi ke Jeddah..dapat seat business class.memang awesome. Seat dia mcm first class malaysia airlines. Tapi sekarang saya dapat tahu Qatar Airways dah tak masuk Malaysia.? ? Any comment?
Tak pernah pagi naik Qatar ni. Tak tahu lah bilanya dpt merasa naik..
Waaah bestnya travel guna Qatar Airlines. I tak cuba lagi. Tapi teringin hehe.
Bestnya travel jejauh. Tak pernah lagi guna qatar airways, maybe 1 day nanti insyaALLAH 🙂
Best lar Qatar Airways. I nak bawa anak I duduk the airways nanti.
behavenya anak.. saya tak pernah lagi travel ke luar negara bersama anak.. in sya allah jika diizinkan saya akan bawa anak2 tgk dunia luar..
Best lah fareeq dapat mainan. Bagus dia dok diam yer mamalisa ☺
wah besstnya…tak pernah lagi naik qaatar airways ni…
Ramai membar tahun ini pindah dok Qatar… Tak tahu bila nak menyusul nie. Menyesal masa habis study dulu tak continue study macam member lain (sebab time tue dah kerja masa belajar), kalau tak dah ke sana 10 tahun dulu…
Pingback: Part 1: Tempat Menarik di Qatar - Blog Mama Lisa