Sambut Anniversary di Krabi

Sebulan sebelum anniversary kami, husband dah siap-siap pesan tolong kosongkan tarikh 20-23 january sebab ada urusan. Mula-mula pelik juga kenapa perlu kosongkan that day. Sedangkan anniversary kami adalah pada 18 januari. Kami dah tetapkan dari awal perkahwinan, bila sambut anniversary kena dianjurkan oleh kedua-dua belah pihak. Contohnya, our first anniversary kami on the 18th of jan, Lisa yang akan buat celebration anniversary dan husband is my guest. If next week or next day, husband nak celebrate pun boleh tapi tiada paksaan. That’s our rules in my small family.



Second of our anniversary pula adalah husband yang jadi penganjur and me as his guest.

For this year, is my turn to become sponsor. So from A to Z, i need to organize for our anniversary celebration. Sempena menjadi organizer, dengan kuasa veto Lisa minta husband ambil cuti on that day. Kami celebrate our anniversary di KL Tower. ambil yang buffet tea time dan Lisa booking dari website FAVE. Siapa suka makan, Lisa sangat recommend korang beli coupon di website tersebut, sebab banyak dapat diskaun dan promotion.

Celebrate Anniversary at KL TOWER

Waktu tengah makan di restoran 360 atas KL Tower, husband hulurkan satu sampul surat. Husband kata hadiah sempena anniversary. So, Lisa pun buka sampul surat tersebut. Saja buat-buat muka terkejut even sebenarnya Lisa dah tahu apa kandungan isi sampul surat tu. Hahaha…

Husband tanya “Kenapa muka you macam tak terkejut je?”

“Isk terkejut la…speechless jap” Hahah…

Lisa masih simpankan rahsia yang sebenarnya Lisa dah tahu rahsia tersebut.

Ha nak tau tak macam mana Lisa tau dan terkantoi pasal ni?

Actually, waktu husband Lisa tengah online dan buat booking tiket flight, dia akan simpan dalam satu file dropbox di mana kami boleh access. Tak sangka pula waktu husband tengah save, Lisa pun tengah online so nampak notification. Dia di office dan Lisa di rumah. Waktu tu, malas nak happy sangat sebab husband tak bagitau apa-apa pun. Selalunya, dia akan berbincang tambahan pula melibatkan ke luar negara.

Alhamdulillah, happy sangat bila husband hulurkan sampul surat yang berisi tiket flight ke Krabi…Yahooo…. Tapi cakap dengan husband bukan bucket list kita adalah Lombok ke?

Dia kata, tak pe yang tu next time.

Tak sangka pula husband nak buat surprise sampai bawa kami ke Krabi. Hari ni bagitau, lusa dah fly ke sana. Memang kelam kabut sangat. Macam-macam urusan kena settle sebelum fly.

Mana taknya, masa kami celebrate anniversary di KL Tower, sempat lagi Lisa request kat husband untuk pergi HQ Herbalife di Jalan see Hoy chan untuk ambil barang customer. Nasib baik la husband jenis yang ok je. Heheh… melayan isteri personal coach herbalife ni.

Ini adalah hotel yang kami menginap. Memang best. Cumanya kami dapat tingkat atas sekali, view cantik tapi kena naik tangga. Tiada lift. Husband booking hotel ini menggunakan Agoda.com.

[adinserter name=”Block 8″]

 

Restoran ni di tepi jalan dan sebaris dengan hotel kami. Masuk dalam tripadvisor cuma harganya agak mahal sikit berbanding restoran yang lain. Ini first day kami sampai, so nampak restoran ni sahaja yang halal sebab tu kami masuk di sini, tak sangka pula rupanya banyak restoran halal di krabi ni.

Daftar AirBnB di sini dan dapatkan RM106 diskaun penginapan anda 

 

Kononnya berada di dalam hutan. Sebenarnya, tepi-tepi ni bandar yang sibuk.

 

Kawasan masjid ni banyak jual makanan halal dan kami sempat solat di sini sebelum berangkat balik ke Malaysia.

 

Datang krabi atau thailand jangan lupa try pulut mangga. Memang sedap. Setiap hari kami makan pulut mangga ni. Ada di jual di tepi-tepi jalan di krabi.

 

Hari kedua, kami ambil pakej island hopping. Memang best sebab dapat cover 3 pulau termasuk phi phi island. Tempat shooting orang putih dan hindustan di sini. Kami pun ambil feel ala-ala hero and heroin hindustan.

 

Bila sampai pulau ni, jangan terkejut macam korang berada di Madagascar. Ala cerita cartoon tu. I like to move it. Move it….. Cantik sangat.

 

Puas ambil gambar tepi pantai.

 

Tengok husband aku, kemain happy dia.

 

Pakej island hopping yang kami ambil dah termasuk dengan lunch buffet di sebuah pulau. So, jangan risau korang insyaALLAH tak akan kelaparan.

Bila dah penat, kami sempat pergi massage. Di Thailand terkenal dengan massage. Yang bestnya, urut satu badan dalam Rm20-25 sahaja.

Malam tu, kami pergi ke pasar Krabi. Dapat lihat persembahan kanak-kanak ini buat tarian tradisional Thailand. Memang menghiburkan.

Bermulalah perjalanan kami untuk hari ketiga.

Aktiviti bagi gajah makan. Pengalaman baru buat Lisa sebab belalai gajah tu macam nak sedut tangan masuk sekali dalam lubang hidung dia. Adehh…

Naik gajah banyak syok.  Tak sangka pula gajah ni bawa kami masuk dalam gaung sekali. Nasib baik tak jatuh. Fareeq buat muka takut ya amat.

Turun sahaja dari gajah, kami dihidangkan dengan kemanisan nenas. Yummy…

Mandi manda di Hot stream. Best layan air panas di sini. Rasa segar badan. Tapi kena datang sini awal, kalau tak korang akan bersempit dengan minah saleh yang sexy…hahaha

Sebelum masuk kolam hijau, sempat lagi beli makanan di hadapan pintu masuk.

Nampak tak air dia warna hijau. Cantikkan.

Akhirnya dapat pun ambil gambar dalam air. Almaklum kami tiada go pro so terpaksa ambil banyak kali nak bagi gambar cantik.

Wajib try makanan dalam telur ni. Unik betul rasa dia.

Nasi goreng nenas pun kena wajib rasa. Sebab sedap ya amat.

Sebelum balik, sempat anak beranak ni bersembang. Rasa sayang pula nak tinggalkan krabi. This is one of our the best vacation ever. Sampai husband kata next time nak datang lagi sebab best sangat.

 

 




1 thought on “Sambut Anniversary di Krabi”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top