Kami sampai di London dalam pukul 5.30 pagi dari Paris. Pengalaman kami travel backpacker di Paris boleh baca di sini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Dari Paris ke London ambil masa 7 hingga 8 jam untuk sampai dengan menaiki bas. Kami beli tiket bas sebulan sebelum travel dan beli di website Go euro.
Sementara tunggu luggage locker dibuka dan public transport mula beroperasi, kami solat subuh di tepi tempat duduk dan masa itu Fareeq masih tidur lena. Suami Lisa beli air kopi untuk segarkan mata, almaklum bila kita tidur dalam bas ni kadang-kadang tak lena sangat dan badan akan jadi sedikit letih. Di London dan di negara belah Eropah ini, coffeeshop memang berada di merata-rata tempat. Setiap coffeshop ini mempunyai keistimewaan masing-masing. Ada yang sedap pada caffe latte, ada yang sedapnya pada hot chocolate dan ada juga sedapnya pada cappucino. Ikut citarasa anda untuk pilih coffeeshop yang mana. Harga untuk secawan coffee boleh dapat serendah 1 pound atau 1 euro.
Travel backpacker di London ini agak lebih santai berbanding kami travel backpacker di Amsterdam, Brussel dan Paris. Sebabnya kami ada masa 3 hari di sini dan tempat kami menginap untuk 2 malam adalah rumah host Airbnb yang sama. Jika sebelum ini, setiap malam kami menginap di rumah dan hotel yang berlainan. Kalau nak cerita tentang penat, fuh memang sangat penat sebabnya sentiasa berpindah randah dan setiap pagi kena bangun awal untuk kejarkan bas/train yang telah di booking dari awal. Tapi bagi Lisa penat ini sangat berbaloi dan ia pengalaman yang sangat berharga.
Setelah urusan peninggalan bag backpack dan luggage di kaunter, kami meneruskan misi pengembaraan di kota London mengikut itinerary yang telah kami buat sebelum travel ke sini. Tempat pertama yang bakal kami jejak adalah London bridge, ia terletak di sungai Thames.
Ini adalah tiket yang kami guna sepanjang di London. Ia seperti touch and go cuma bezanya, setiap hari ada capping iaitu hadnya contoh pada hari tersebut capping adalah 6 pound. Jika anda sudah menggunakan public transport lebih 6 pound maka, kad yang ditolah 6 pound sahaja. Ia takkan suruh anda top up lagi.
Yahooo!!! Alhamdulillah, lagi satu impian Lisa akhirnya tercapai. Selalu tengok orang datang ke sini je tapi kali ni kaki comelku dah jejak. Syukur sangat. Husband Lisa bila tiba di sini, dia tak se excited macam Lisa sebab ini adalah kali kedua dia datang ke London. So, ada setengah tempat di London dia masih ingat jalan.
Cantik bangunan di London bridge ni. Bangunan lama.
Semasa kami lalu di sini, ada filem hindustan tengah buat shooting. So, jangan terkejut ada muka kami dalam filem hindustan tersebut. Hahah..
Ni dorang tengah menari hindustan. Gelek jangan tak gelek.
Orang kata, datang London wajib posing depan pondok telephone merah ni sebab hanya di London sahaja benda ni ada. So, Lisa pun minta my personal photographer @ my husband ambilkan gambar. Thank you my husband.
Sempat singgah di Big Ben walaupun tengah construction. Husband Lisa kata, tak pe ambil je gambar walaupun tengah construction, mana tahu ada rezeki datang lagi sini dan mungkin waktu tu jam ni lagi cantik. Heheh…
Bila dah berjalan sakan, perut pun lapar. Waktu kami di Amsterdam, ada berjumpa dengan student Malaysia, dorang kata jika nak makan makanan Halal boleh pergi di Harrods. Ada foodcourt di level bawah. Bila kami tanya mr.google, dari lokasi kami ke Harrods tak jauh pun dalam 5 minit naik train. Maka kami decide untuk makan di Harrods kebetulan memang Lisa dah pasang niat nak shopping di Harrods. It is one of my favourite brand.
Fareeq seronok dapat jumpa kawan baru.
Lisa suka masuk dalam harrods ni. Ia adalah bangunan besar yang mengandungi 4 hingga 5 tingkat. Setiap tingkat dan bahagian ada jualan tertentu. Barangan mewah untuk keperluan wanita lelaki serta rumah juga dijual.
Sampai di foodcourt Harrods, kami jadi rambang mata sebab banyak sangat makanan halal dijual dan pelbagai jenis hidangan. Design dalam harrods ni sangat mewah dan cantik.
Kami dapat capai nasi ayam masak pedas dan kuih muih. Di foodcourt ni tiada tempat duduk maka terpaksalah kami makan di luar Harrods ni, nasib baik ada banyak kerusi kosong. Fareeq pun laju makan. Sedap sangat tu.
Rupanya, Harrods ni telah dibeli oleh orang Qatar patut la ramai staff di sini terdiri daripada mak-mak Arab.
Bila dah kenyang baru syok nak shopping. Jangan ceritalah, memang boleh juling tengok barangan harrods ni. Lisa ingat Lisa je yang juling mata, rupanya Fareeq pun rambang mata masuk sini sebabnya banyak toys yang comel-comel dijual di dalam ni.
Kenapa la Lisa suka sangat kat brand harrods ni? Antara sebab utamanya adalah material dia, bila ada anak kecil ni handbag pun kena consider juga. Fareeq kadang-kadang suka conteng handbag Lisa, ada handbag yang tak boleh nak padam langsung maka tinggalah kesan art di handbag mama ni. Bila Lisa start guna brand harrods ni, Fareeq conteng atau cucuk-cucuk handbag ni memang tiada kesan pun dan ia siap boleh lap lagi kalau tertumpah air. Brand harrods ni sangat tahan lama. Sebelum ni Lisa pakai lebih 2 tahun handbag yang lama tu. Lagi satu harganya juga masih berpatutan.
Jika anda tidak berkesempatan ke London tetapi ingin membeli barangan harrods, anda boleh beli website ini Harrods.com.
Kalau tak silap, mereka buat penghantaran ke seluruh dunia.
Petang tu, Kami kembali ambil bag dan luggage di Station bus dan check in di rumah host Airbnb kami yang terletak tidak jauh dari Hyde Park.
Rumah host Airbnb kami ni sangat eksklusif dan cantik dekorasinya. Boleh lihat gambar di bawah.
Rumah ini ada 4 tingkat dan kami tinggal di tingkat 2 yang berkogsi sekali ruang tamu. Tingkat di bawah adalah dapur dan meja makan. Lagi 3 bilik, disewa oleh keluarga dari Itali, Korea dan Eropah.
Kawasan perumahan yang kami tinggal ini adalah kawasan muslim maka mudah nak dapatkan makanan halal di sini dan ada pasar muslim.
Esoknya, kami meneruskan perjalanan ke kedai kek yang Lisa teringin nak pergi iaitu Peggy Porchen. Orang kata keknya sedap dan dekorasi kedainya juga sangat cantik. Ramai tengok muslim instafamous datang ke sini untuk merasai kelazatan cupcake nya.
Kemudian, kami pergi ke upacara penyerahan tugas yang dilakukan oleh kerabat diraja London. Majlis tersebut dilakukan pada setiap hari dan pelancong boleh berkesempatan untuk melihat majlis tersebut secara dekat. Majlis itu bermula pada pukul 10.45 dan berakhir 11.30. Alhamdulillah sempat kami lihat upacara tersebut. Kami hanya berjalan kaki sahaja dari cafe tersebut ke Buckingham Palace.
Kemudian, kami menuju ke Camden Town di mana terdapat banyak souvenir yang dijual harganya berpatutan dan pelbagai barangan aksesori wanita dan lelaki. Bila kami sampai di sini, lautan manusia baru memenuhi ruang Camden Town. Semasa kami nak masuk Camden Market, ada orang panggil
“kakak abang mari la rasa ayam goreng ni. sedap.percuma sahaja” Rupanya di tepi Camden Market, ada stall yang jual makanan halal. Rupanya mereka ni asal dari johor dan berhijrah ke London. Sedap juga ayam gorengnya, kami makan tengahari di tepi stall ini. Harganya juga berpatutan. Semasa kami makan, makin ramai mat salleh dan minah salleh beli dari penjual ini dan tak putus-putus. Lisa ada terbaca satu artikel yang bercerita tentang, jika kita nampak ada kedai yang sangat ramai orang dan ada kedai yang berhampirannya tiada atau kurang pelanggan maka pergilah kedai yang tiada pelanggan tersebut. Mungkin dengan kedatangan kita, membawa rezeki kepada si penjual. Alhamdulillah, ramai orang yang datang membeli di stall yang kami beli tadi. Jika tidak, tiada siapa pun yang singgah di gerai beliau.
Kami jalan sekitar Camden Town ini dan beli beberapa souvenir untuk dibawa pulang. Kami meneruskan perjalanan ke Notting Hill di mana ia terkenal dengan bangunan warna warni.
Pada sebelah malamnya, kami berjalan-jalan di sekitar London Eye untuk melihat kecantikan malam di sini. Alhamdulillah dah 9 hari kami mengembara di bumi Eropah. Jika ditanya mahu datang ke sini lagi atau tidak, insyaALLAH Lisa nak datang ke sini lagi tapi setelah mengembara di negara dream list lisa yang lain dahulu.
Terima kasih kepada pembaca semua yang setia baca entry post Pengalaman Travel Backpacker kami sekeluarga di bumi Eropah. InsyaALLAH dengan perkongsian Lisa dalam blog ini memberi panduan kepada anda yang ingin mengembara seperti kami. Semoga ia memberi manfaat kepada anda.