Pengalaman Travel Cara Backpacker di Amsterdam: Part 1

Mengikut perancangan awal, sebenarnya kami ingin pergi ke Kashmir sebab India dan Qatar terletak tidak jauh dan tambang flite pun lebih rendah. Tapi memandangkan suami Lisa, pernah berjanji bahawa dia nak datang lagi ke Amsterdam dengan bawa anak dan isteri kerana sebelum ini dia datang ke Amsterdam seorang sahaja atas urusan Business Trip dan masa itu Lisa tengah pregnant kan Fareeq. Bila kami berdua berbincang dan cuba survey untuk harga return flite, rupanya sama sahaja Qatar ke Indian dan Qatar ke Amsterdam. Pada masa yang sama, Lisa survey lagi jika buat route Qatar-Amsterdam-Brussel-London-Qatar, harga flite jauh lebih rendah dan paling mengejutkan bila kami lihat harga flite dari London ke Qatar dalam 300-400 riyal seorang. Maka, decision akhir kami untuk tiket flite adalah Qatar ke Amsterdam dan London ke Qatar. Untuk jumlah tiket flite dan budget perjalanan kami sepanjang travel cara backpacker di Amsterdam ditulis di sini. Post kali ni Lisa nak kongsikan pengalaman travel cara backpacker di Amsterdam bersama anak dan suami.



Trip kami ke Eropah pada kali ini, kami memilih penerbangan tambang murah seperti AirAsia iaitu Pegasus Airlines, milik syarikat oleh Turki maka akan ada transit di istanbul. Kami membuat survey dengan membandingkan beberapa website dan antaranya adalah Skyscanner, Kiwi.com dan Cheapflight. Alhamdulillah,akhirnya kami dapat harga tiket flite return yang menepati budget kami ke eropah.

Seawal 1 pagi kami bergerak menaiki teksi ke Hamad Airport kerana flite boarding kami pada pukul 3.40 pagi. Syukur sangat sebab masa inilah, Fareeq akan tidur lena. Bila kita bawa anak kecil bersama ketika travel, ia bukanlah mudah kerana terpaksa melayan karenah mereka sepanjang travel dan tambahan pula, kita tidak biasa dengan keadaan di sana. Fareeq tidur dari kami gerak ke Airport sampailah kami transit di Istanbul. Disebabkan, sekarang ni musim Fareeq kuat makan maka Lisa perlu sediakan stok makan yang banyak supaya bila dia lapar, Lisa dah boleh hulur makanan. Jika tidak Fareeq akan resah gelisah.

pegasus airline

Kami transit di Istanbul selama 3 jam dan sempat makan breakfast di sana.

Rindu nak makan Turkish Breakfast ni. Kiranya breakfast ni agak healthy sebab ada vegetables, cheese, roti, honey dan telur. Cukup piramid makanan.

Baca: Pengalaman Travel Backpacker di Amsterdam: Part 2

Kami tiba di Aiport Amsterdam pada pukul 3 petang dan beli tiket train direct ke Amsterdam Central. Di Amsterdam Central terdapat Kaunter Ticket Information dan di sana, kita boleh tanya untuk tiket public transport.

Airport amsterdam

Airport Amsterdam. Dari Airport ke Amsterdam Central mengambil masa setengah jam untuk tiba.

Di Amsterdam terdapat beberapa tiket yang boleh anda beli antaranya tiket Iamsterdam, Holland Pass dan Amsterdan & Region. Tiket ini bergantung kepada destinasi yang anda ingin pergi. Untuk kami pada hari pertama di sini, kami hanya beli single tiket sahaja sebabnya kami akan pergi ke Amsterdam Central dan kemudian naik train ke Zaanse Schaan. Jika beli tiket daily pass, maka ia tidak berbaloi dengan itinerary kami.

Tiba sahaja di Amsterdam Central, kami letak bag di locker yang disediakan. Untuk rate nya adalah 7euro bagi locker kecil dan 10 euro untuk locker yang besar. Bagi Lisa, untuk mudahkan segala urusan bayaran di sini, anda dinasihatkan membawa credit card kerana kebanyakan kaunter di sini lebih prefer menggunakan credit card.

Setelah selesai urusan meletakkan beg, kami terus mengambil train. Di Amsterdam Central, anda perlu peka dengan platform A dan B. Contohnya untuk destinasi Zaanse Chaan perlu ke platform 7a, maka anda perlu pergi ke bahagian pintu A dan kemudian baru cari nombor platform. Di situ, akan ada tulis arah platform.

Keluar sahaja dari perut keretapi, bau koko terus menyambar ke hidung kami. Rupanya kilang koko terletak di hadapan stesen tersebut. Kami berjalan kaki kira-kira 5minit dan tiba di Windmill. Subhanallah terus jatuh hati dengan tempat Zaanse Schaan ni. Sangat damai dan tenang. Jika anda masih ingat lagi label susu krimer dutch lady yang dulu-dulu, ha macam tu la pemandangannya di sini. Cantik dan memukau.

Ini adalah laluan yang perlu anda lalu untuk menuju ke Zaanse Schaan.

zaanse schaans

Ini adalah ladang ternakan yang terletak berhadapan dengan Zaanse Schaan.

Anda akan dapat lihat beberapa windmill di sini dan setiap windmill berbeza pemprosesan di dalamnya dan berbeza sejarahnya. Ada mill yang menghasilkan spices, oil , paint, diesel engine dan sebagainya. Windmill ini dibuka dari pukul 10pagi sehingga 5 petang. Boleh lihat di sini untuk detail Zaanse Schaan.

Unfortunately, kami tidak dapat masuk untuk setiap windmill tersebut kerana kami tiba lebih dari pukul 5 petang. Tapi kedai souvenir dan cafe masih dibuka cumanya kami lebih excited untuk menikmati pemandangan sekitar berbanding menikmati coffee di sana.

Di Zaanse Schaans, anda juga berpeluang untuk merasa pelbagai jenis cheese secara percuma. Yang mana berkenan boleh dibeli.

Kasut terompah ni antara menjadi signature di Zaanse Schaan. Anda boleh beli sebagai kenangan. Ada yang dibuat bentuk keychain, fridgemagnet, dan sebgainya lagi.

Di sini juga anda akan dapat lihat rata-rata penduduk di sini hanya menggunakan basikal sebagai kenderaan utama, mungkin sebab itulah udara di sini sangat nyaman dan tiada pencemaran udara.

Setelah beberapa jam di sini, kami pulang ke Amsterdam Central untuk mengambil bag di locker dan check in di hotel kami yang terletak tidak jauh dari Amsterdam Central, hanya berjalan kaki kira-kira 7 hingga 10 minit. Hotel yang kami tinggal ini di booking melalui Agoda.com.

Ini adalah tangga paling curam yang Lisa pernah tengok. Bila tiba di hotel, kami sangat terkejut bila staff yang duduk di kaunter kata, bilik kami adalah tingkat 4 dan perlu menaiki tangga seperti ini. Ya Allah, mula-mula memang rasa gayat dan risau sebab anak ank kecil ni tapi kami naik dan turun secara perlahan-lahan. Alhamdulillah Allah permudahkan.

Disebabkan kami buat booking last minute makanya, kami dapat bilik yang akhir dan inilah bilik kami yang terletak di loteng. Nak masuk bilik ni kena tunduk sedikit kalau tak memang akan terhantuk di dinding tepi.

Malamnya, kami berjalan kaki ke Red light District. Kebanykan blog yang Lisa baca, ramai yang kata Red Light District is a must place to visit. So, kami dengan hati sucinya pergi ke sana. Rupanya red Light District ni adalah lorong tempat pelacuran dan bar minum arak. Adeh… Istighfar jap… Bila anda jalan di sini, kiri kanan anda dapat lihat wanita separuh naked duduk di dindang cermin dan display kan tubuh mereka. Untuk pengetahuan anda, di Amsterdam Pelacuran dan Hisap ganja adalah dibenarkan. Dan mereka ini dilindungi oleh pihak berkuasa. Kami hanya lalu 2 buah shoplot dan terus masuk kedai beli shawarma makanan halal kemudian pulang kembali ke hotel.

Sebenarnya, Lisa panas juga hati ni bila tengok wanita mudah sahaja diperdagangkan dan seolah-olah harga wanita itu sangat murah. Islam itu cantik. Sebab itu dalam al-quran menyuruh wanita menutup aurat seperti hadiah yang dibalut cantik dan ia lebih kelihatan mahal berbanding hadiah yang tidak dibalut apa-apa.

Bila kita travel ke luar negara ni, bukan sahaja untuk tangkap gambar cantik-cantik dan bina kenangan indah tetapi ia lebih dari itu, kerana kita akan belajar banyak perkara tentang kehidupan, agama, dan mengenali diri sendiri.

Summary & Sources

Ticket flight: Skyscanner

Ticket train: Buy through the machine

Accommodation: Agoda.com




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top