7 Tips Memilih Tempat Penginapan Budget Ketika Bercuti

Tempat penginapan ketika bercuti adalah salah satu elemen penting yang perlu diambil kira ketika anda ingin merancang untuk bercuti sama ada di dalam atau pun di luar negara. Perancangan tersebut mestilah agak rapi dan tidak boleh main redah sahaja kecuali anda adalah seorang backpackers tegar dan tidak kisah untuk pilih penginapan di mana. Untuk entry post kali ni, Lisa nak kongsikan dengan anda tentang 10 tips memilih tempat penginapan budget ketika bercuti supaya anda dapat jimatkan masa percutian anda serta dapat menjimatkan wang ringgit, pada masa yang sama anda boleh menikmati percutian anda dengan gembiranya.



Bila Lisa baca dalam group traveller Malaysia, rupanya masih ramai yang tidak tahu bagaimana untuk memilih tempat penginapan ketika bercuti. Mengikut pengalaman Lisa, ada beberapa perkara yang wajib anda tahu ketika memilih penginapan. Jika tersalah pilih, Lisa pasti percutian anda akan sedikit terganggu.

Semasa awal dahulu, ketika Lisa baru ingin menceburi dalam bidang percutian secara backpackers, banyak sangat kesilapan Lisa buat dan menyebabkan banyak kos digunakan dan masa juga membazir sahaja. Oleh itu, Lisa sarankan anda yang baru berjinak-jinak untuk membuat percutian secara backpackers mahupun secara DIY, anda boleh ikuti tips dan langkah berikut.

7 Tips Memilih Tempat Penginapan Budget Ketika Bercuti

Ketahui Jenis Percutian Anda

Anda perlu tahu jenis percutian yang anda rancang dan ini adalah perkara utama yang perlu anda titik beratkan. Boleh klik di sini untuk ketahui jenis percutian anda secara terperinci. Sebagai contoh anda ingin bercuti di Turki secara backpackers bersama isteri/suami dengan anak sekali. Dan percutian tersebut adalah secara budget backpackers. Maka anda perlu memilih tempat penginapan yang agak murah tetapi selesa untuk keluarga kecil anda. Selalunya budget backpackers ini, tidak akan keluarkan duit banyak untuk penginapan kerana mereka ini lebih suka membelanjakan duit tersebut ke arah transportation untuk menerokai banyak tempat-tempat menarik di sesuatu negara atau pun di tempat yang ingin mereka lawati.

Pilih Tarikh Yang Bukan Cuti Sekolah atau Cuti Umum

Pemilihan tarikh juga sangat penting bagi Lisa untuk tentukan harga sesuatu penginapan tersebut. Sebagai contoh kita sedia maklum bahawa jika cuti sekolah maka, banyak keluarga akan pergi bercuti tambahan pula mereka yang ada anak yang masih bersekolah. Maka, pihak tempat penginapan ini akan naikkan harga secara double dan ada juga sehinga 200% dari harga asal. Dan jika anda yang ingin bercuti di luar negara seperti negara 4 musim, anda perlu tahu bahawa cuti sekolah mereka adalah musim panas dan pelancong akan ramai datang ketika musim bunga dan musim sejuk maka anda perlu buat sedikit research mengenai negara yang bakal anda lawati. Contohnya di Netherland, harga penginapan akan naik berganda ketika musim bunga sebabnya pelancong akan ramai datang ketika itu, maka anda perlu membuat perancangan tarikh yang bijak.

Booking Tempat Penginapan Lebih awal

Lisa cadangkan lebih baik anda merancang 3 hingga 5 bulan sebelum tarikh percutian anda supaya anda dapat grab harga yang lebih rendah berbanding membuat booking penginapan secara last minute atau beberapa hari sebelum tarikh percutian. Mengikut pengalaman Lisa, kami pernah booking last minute dan harga sangat jauh beza berbanding harga asal. Waktu itu, kita tiada pilihan maka kita terpaksa juga beli. Bak kata pepatah ‘If you fail to plan, you plan to fail’. Eh tapi tak la sampai fail, cumanya kita dapat harga lebih tinggi sedangkan kita boleh jimat jika kita meranncang secara bijak.

Grab Harga Promosi

Siapa di sini suka subscribe untuk website travel contohnya website airlines, hotel, pakej pelancongan dan sebagainya. Bagi Lisa, tak rugi pun anda subscribe atau isi email anda untuk dapatkan latest news dari pihak mereka. Yang paling best, anda antara orang pertama yang akan tahu harga promosi yang mereka sedang jalankan. Contohnya Lisa dan keluarga pernah grab harga promo ketika MATTA FAIR, dan bila ditanya dengan orang lain yang mempunyai pakej sama dengan kami, mereka dapat harga agak tinggi berbanding harga kami.

Bandingkan Dengan Beberapa Website

Zaman sekarang banyak website untuk booking tempat penginapan bercambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan, maka anda ada banyak sangat pilihan untuk membandingkan harga tempat penginapan yang jauh lebih murah. Tapi jika anda tanya Lisa, apa pilihan website yang Lisa dan suami selalu guna adalah Booking.com ,  Trivago dan Airbnb. Trivago memang akan membandingkan harga lebih 100 website tentang harga hotel dan airbnb pula lebih kepada untuk tumang rumah orang dan harga juga agak lebih rendah. Pendapat Lisa, jika anda bercuti dengan keluarga besar contohnya dalam 5 hingga 6 orang, Lisa sarankan anda menggunakan Airbnb kerana ia seperti konsep sewa rumah. Tetapi jika hotel, ia agak terhad.

Sertai Group Traveller Di Facebook atau Media Social Yang Lain

Selalunya dalam group traveller, mereka akan berkongsi cerita dan pengalaman ketika mereka bercuti dan anda boleh baca perbincangan mereka. Ada juga mereka kongsikan tentang rakan mereka yang tinggal di luar negara membuat service tumpang rumah mereka kepada rakyat malaysia. Tentunya, harga akan lebih murah dan komunikasi antara kita dan pihak owner rumah juga akan mudah. Sebab itulah, luaskan perkenalan ini tak rugi malah memberi manfaat kepada kita.

Pilih Tempat Penginapan Berhampiran Dengan Pengangkutan dan kemudahan Awam

Oh ya!! Ini juga elemen yang penting sebabnya ia menentukan penjimatan duit yang banyak. Ini antara tips yang terpenting untuk pilih tempat penginapan budget ketika bercuti. Selalunya tempat penginapan bercuti yang murah terletak  jauh sedikit dari bandar atau tempat tarikan pelancong yang utama. Jika anda pilih tempat penginapan yang jauh maka pastikan ia berdekatan dengan pengangkutan awam supaya mudah untuk anda bergerak. Sebagi contoh dan tips yang boleh lisa kongsikan adalah jika anda ingin bercuti di Krabi, pastikan anda pilih tempat penginapan di Ao Nang beach, jika anda bercuti di Istanbul,Turki pastikan anda pilih penginapan di Sultanahehmet, jika ke Dubai pastikan anda pilih penginapan di downtown. Tempat berikut sangat dekat dengan kemudahan awam dan harganya sangat berpatutan.

 

Lisa rasa itu sahaja perkongsian untuk 7 tips memilih tempat penginapan budget ketika bercuti. Jika anda yang ingin benar-benar jimat untuk budget percutian, anda perlu buat research secara terperinci dan rahmahlah untuk bertanya dengan traveller yang lain untuk dapatkan tips dari mereka. I believe they glad if you ask them about the tips and tricks when travel abroad.

Have Fun!!

 

 

 

 

 

 




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top