Baru-baru ini, suami Lisa teringin sangat nak makan steamboat dan selalunya pilihan restoran steamboat yang kami pergi adalah di kawasan Shah Alam kerana dulu kami tinggal di sana. Tetapi disebabkan Lisa sudah menetap di rumah mak mertua pada bulan lepas di kawasan Banting, maka Putrajaya menjadi pilihan kami untuk berjalan-jalan di shopping mall mahupun untuk jalan-jalan cari makan. Kali ni, Lisa nak kongsikan dengan pembaca tentang tempat baru yang Lisa sangat recommend untuk peminat steamboat iaitu Restoran Pak John yang terletak di Ioi City Mall Putrajaya.
Jika dari Banting, perjalanan mengambil masa kira-kira setengah jam untuk tiba di sana. Waktu Lisa dan suami serta anak sampai di Restoran Pak John ini, kami disambut mesra dengan pelayan di situ. Mereka sangat ramah dan willing untuk membantu kami menunjukkan meja yang telah ditempah awal.
Bagi anda peminat steamboat, Lisa pasti anda sukakan pelbagai pilihan makanan dan bahan mentah untuk di masak seperti udang, daging lembu,daging kambing, sotong, sayuran dan sebagainya. Jangan risau, bila anda ke Restoran Steamboat Pak John ini, anda mempunyai banyak pilihan di samping makanan yang bergoreng juga disediakan di mana ia sesuai untuk anak-anak kecil makan. Antaranya seperti bihun goreng,nasi goreng, nugget, sosej dan sebagainya.
Makanan pencuci mulut juga disediakan seperti ais krim, waffle yang pelbagai perisa serta pastry yang mempunyai pelbagai pilihan. Gambar di bawah Lisa sertakan bersama supaya anda dapat gambaran awal sebelum datang ke Restoran Steamboat Pak John di Putrajaya. Setakat ini, Lisa rasa restoran ini adalah restoran steamboat sedap di Putrajaya yang pernah Lisa cuba.
Untuk pengetahuan anda, di Restoran Steamboat Pak john ini boleh ditempah untuk special event anataranya Sambutan hari jadi, sambutan jamuan perpisahan mahupun jamuan untuk rakan-rakan serta keluarga. Ia ada kawasan khas dan tertutup untuk sambutan tersebut. Semasa Lisa datang ke sini, ada sebuah keluarga besar sedang meraikan sambutan hari jadi anak mereka. Meriah betul suasananya di sini.
Pada hujung minggu, pengunjung di restoran steamboat yang sedap ini memang ramai orang maka Lisa sarankan supaya anda tempah terlebih dahulu sebelum datang supaya meja anda dapat di reserved oleh pihak restoran.
Semoga perkongsian ini memberi sedikit panduan buat anda peminat steamboat di Putrajaya dan jangan lupa rasai semua makanan yang ada di sini.