Tahun ini, saya berpeluang menikmati Buffet Ramadan bertemakan Citarasa Pulau Pinang di GoodHope Hotel Skudai, dan honestly tema kali ini memang lain daripada yang lain. Jika sebelum ini kita biasa dengan konsep lauk kampung atau hidangan Timur Tengah, kali ini mereka tampil dengan sentuhan utara yang cukup menggamit selera.

Suasana & Pengalaman Berbuka
Suasana dewan makan sangat selesa dan mesra keluarga. Susun atur buffet tersusun rapi, memudahkan tetamu bergerak tanpa bersesak. Staf juga mesra dan cekap memastikan makanan sentiasa ditambah.
Tema “Citarasa Pulau Pinang” benar-benar terasa apabila melihat deretan menu yang sinonim dengan negeri tersebut.

Menu Menarik Wajib Cuba
Antara menu yang paling mencuri perhatian saya ialah:
🌟 Lok-Lok Penang – Pelbagai pilihan bebola, sayur dan makanan laut yang boleh dicicah dengan sos pilihan.
🌟 Laksa Penang – Kuahnya pekat, masam pedas seimbang dan cukup rasa. Memang rasa autentik!
🌟 Rojak Penang – Gabungan buah, timun, tauhu dan kuah rojak yang manis pedas – sangat membuka selera.



Selain menu bertemakan Pulau Pinang, terdapat juga hidangan kegemaran ramai seperti:
✔️ Nasi Ayam
✔️ Kambing Bakar yang lembut dan juicy
✔️ Satay lengkap dengan kuah kacang pekat
✔️ Aneka lauk-pauk tradisional
✔️ Sup dan bubur.

Pilihan makanan memang banyak dan sesuai untuk semua peringkat umur dari anak kecil hingga warga emas.
Dessert Warna-Warni Jadi Tarikan
Bahagian pencuci mulut pula memang meriah! Terdapat barisan dessert warna-warni seperti kek, puding, kuih-muih tradisional dan buah-buahan segar yang menjadi pemanis mulut selepas menikmati hidangan utama. Anak-anak pasti paling seronok di bahagian ini!

Minuman panas dan sejuk juga tersedia untuk melengkapkan pengalaman berbuka.

Maklumat Buffet Ramadan 2026
📅 Tarikh Buffet:
21 Februari – 18 Mac 2026
💰 Harga Buffet:
✨ Dewasa: RM88 seorang
✨ Warga Emas (65+): RM78 seorang
✨ Kanak-kanak (4–12 tahun): RM58 seorang
‼️ PROMOSI ISTIMEWA ‼️
✅ Beli 10 voucher, PERCUMA 1 voucher
✅ Bayaran ansuran untuk pembelian 10 voucher dan ke atas
📞 Tempahan:
018-779 8437
019-779 9467
019-779 9574
📍 Alamat:
No 1, Jalan Ronggeng 5,
Taman Skudai Baru,
81300 Skudai, Johor Darul Takzim
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, Buffet Ramadan “Citarasa Pulau Pinang” di GoodHope Hotel Skudai memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Variasi makanan banyak, rasa memuaskan, suasana selesa dan sesuai untuk keluarga serta majlis berbuka puasa berkumpulan.
Jika anda peminat makanan utara atau ingin cuba sesuatu yang berbeza Ramadan ini, buffet ini memang patut masuk dalam senarai pilihan anda.
