Kalau sebut tentang shopping baju raya atau busana sedondon keluarga di Johor Bahru, antara butik yang sering menjadi pilihan ramai ialah Butik Jamilah. Tahun 2026 ni, mereka tampil dengan beberapa design baru yang memang mencuri perhatian terutamanya koleksi sedondon ibu dan anak yang nampak eksklusif tetapi masih selesa dipakai.

Ini tahun ketiga saya dapatkan baju raya dari Butik Jamilah. Kenapa masih setia dengan butik Jmilah ni? Jawapannya sebab kualiti kainnya. Dan kali ini saya sempat singgah lagi ke butik mereka di Johor Bahru dan suasananya memang selesa untuk shopping. Ruang butik tersusun kemas, koleksi disusun mengikut warna dan design, jadi mudah untuk kita nampak pilihan yang sesuai. Staff pun sangat membantu, terutama bila kita datang dengan anak-anak dan perlukan saiz yang matching.
1. Kurung Moden Lace Eksklusif
Design pertama yang menarik perhatian saya ialah kurung moden lace eksklusif dan didatangkan dengan kain lembut yang selesa. Untuk ibu, potongannya flowy dan jatuh cantik, sesuai untuk pelbagai bentuk badan. Versi kanak-kanak pula direka lebih ringkas tetapi masih mengekalkan elemen lace minimalis yang sama.

Material yang digunakan lembut dan tidak panas, sesuai untuk cuaca Malaysia. Warna yang ditawarkan pula lembut seperti dusty pink, sage green dan baby blue memang cantik untuk gambar raya nanti. Design ini sesuai untuk ibu yang sukakan gaya sopan tetapi tetap moden.
2. Kurung Moden Sulaman
Design kedua pula lebih elegan kebaya moden dengan sulaman. Untuk ibu, baju ini hadir dengan lining yang selesa dan potongan yang lebih fitted tetapi masih sopan. Anak perempuan pula memakai versi mini kurung moden dengan skirt duyung lembut yang comel.

Apa yang saya suka, jahitan sulaman ini kemas, jadi nampak classy dan tidak berlebihan. Warna seperti kuning, sage green dan soft pink menjadikan koleksi ini sesuai bukan sahaja untuk Hari Raya, malah untuk majlis rumah terbuka atau kenduri.
3. Kurung Moden Leher Sentuhan Baju Cina
Ini antara baju kegemaran saya sebabnya dari atas nampak kemas dengan sentuhan design ala-ala cheongsam. ditambah pula dengan sentuhan sulaman kain membuatkan baju kurung moden ni nampak classic Melayu tapi pada masa yang sama dikemaskan dengan sentuhan design Cina.


Kenapa Pilih Butik Jamilah?
Antara kelebihan butik ini ialah pilihan saiz yang agak lengkap dari saiz kanak-kanak kecil hingga saiz dewasa plus size. Harga pula pada saya masih berpatutan dengan kualiti kain dan jahitan yang kemas. Yang paling penting, design ibu dan anak benar-benar nampak sepadan, bukan sekadar warna sama tetapi design berbeza.


Saiz yang ditawarkan untuk dewasa adalah size 1(S-L) DAN Size 2(XL-2XL)
Saiz kanak-kanak 0-12 tahun.

Secara keseluruhannya, koleksi terbaru 2026 di Butik Jamilah memang sesuai untuk ibu yang ingin tampil sedondon dengan anak tanpa nampak terlalu ‘over’. Gabungan rekaan moden, material selesa dan pilihan warna yang cantik menjadikan butik ini antara destinasi wajib singgah jika anda mencari baju raya atau busana sedondon di Johor Bahru.

Kalau anda jenis yang suka gambar raya nampak aesthetic dan harmoni, koleksi ibu & anak di Butik Jamilah memang patut masuk dalam wishlist tahun ini.
*Butik JAMILAH ANGSANA*
Level 3 & 4 Angsana Jb Mall
*Butik JAMILAH UBC*
Jalan Padi Emas 1/5 ,Bandar Baru Uda
*Booth JAMILAH level 2 Angsana*
Berhadapan kedai kasut C&Y & Kedai Jam