Sebenarnya Lisa memang tengah mencari satu buku yang boleh mengupas perihal kerjaya suri rumah tangga dan bagaimana ia boleh membantu dalam institusi keluarga dan masyarakat. Bila Lisa ternampak ada seorang sahabat dalam Facebook menjual tajuk buku Suri Rumah Profesional Jutawan Di Rumah, Lisa terus contact beliau untuk membeli buku tersebut. Apa yang membuatkan Lisa terus nak membeli buku ini kerana mungkin masa ini Lisa sedang melalui fasa atau sedang menyandang jawatan suri rumah dan Lisa tertarik dengan tajuk dan perkataan suri rumah. Bagi Lisa, I need some motivation and inspiration supaya membulatkan lagi hati ini untuk decision yang telah Lisa buat sebelum ini.
Credit foto: Eko salina
Bila Lisa baca buku ini, Ummi(penulis buku) banyak memberi kata-kata semangat dan memberi insirasi kepada pembaca. Paling mengkagumkan bila Ummi bercakap berdasarkan pengalamannya sendiri di mana membesarkan anak dari kecil hingga dewasa dan mereka berjaya dalam bidang masing-masing. Tambahan pula, anak-anak ummi bukan sahaja berjaya dalam dunia akademik tetapi berjaya dalam bidang ilmu agama.
Di sini Lisa nak highlight 7 perkara penting untuk kita sama-sama hayati dan boleh dijadikan panduan sebagai seorang wanita.
- Dalam buku ini, ummi ada kategorikan beberapa suri rumah iaitu Ibu Suri Rumah, Ibu Bekerjaya Di Rumah dan Ibu Bekerjaya Sepenuh Masa. Buku ini bukan hanya ditujukan kepada suri rumah tetapi sebenarnya semua wanita harus baca buku ini supaya jelas tanggungjawab seorang ibu dan seorang wanita dalam sesebuah institusi keluarga.
- Anak adalah pelaburan akhirat yang amat berharga. Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w besabda, apabila matinya anak adam, terputuslah pahala amalannya kecuali 3 perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan untuknya. Sayang jika Allah sudah pilih kita untuk menjadi ibu bapa tetapi kita tidak dapat melahirkan anak yang soleh dan solehah. Tetapi jika kita sudah berusaha namun hasilnya tidak kelihatan, Allah melihat usaha kita bukan pada hasilnya.
- Tuntutan atau kemahuan? Seorang wanita diberi kelonggaran untuk bekerja apabila berada dalam dua keadaan.
- Ummi berkongsi tentang pengurusan masa,tugas dan pengurusan kewangan bagi setiap kategori wanita di atas. Apabila kita faham apa yang penting dan apa yang lebih penting maka kita sudah boleh membuat aturan yang tersusun demi keluarga,kerjaya dan masyarakat.
- Suami isteri perlu berbincang dan faham tentang tanggungjawab masing-masing. Supaya masalah kepincangan dalam keluarga dapat diatasi.
- Al-quran adalah panduan hidup. Pegang kepada al-quran as-sunnah. Faham, hayati dan hafal. Tidak semua ibu bapa hafal dan hayati al-quran tetapi jika kita mulakannya dari sekarang maka tiada istilah ‘sudah terlambat’. Wujudkan keluarga pecinta AL-quran.
- Bila kita sedang hadapi ujian, ingat kembali matlamat hidup. Syurga itu indah dan ia sangat mahal. Tanpa ujian, siapa kita untuk mendambakan syurga. Sujud kepada Maha Pencipta.
Wanita mempunyai pilihan dalam menentukan corak kehidupannya tetapi dalam perjalanan itu, ada tanggungjawab yang perlu diutamakan dan perbincangan dengan pasangan amat penting supaya sama-sama dapat masuk syurga. Anak itu amanah dari Allah dan tak semua mendapat hak istimewa tersebut maka hargailah anak kita dan didiklah ia jalan menuju syurga. Tiada istilah ‘Quality time’ dengan anak, yang ada hanyalah ‘Quantity time’.
Jika anda ingin lebih menyelami isi kandungan dalam buku ini dan ingin menjadikan ia sebagai motivasi serta inspirasi, Lisa sarankan supaya anda dapatkan buku ini dan baca dari kulit ke kulit. Lisa pasti anda akan rasa ia sangat berbaloi.
Facebook Page : Profazz
Facebook Page Ummi: Ummi ProFazz
Website: Profesional Huffaz