6 Tempat Menarik Wajib Dilawati Ketika Transit Di Doha

Bila Lisa sudah berpindah di Doha, Qatar, ramai yang tanya apa menariknya doha ni. Selalunya mereka yang bertanyakan soalan ini ketika mereka ada europe trip dan transit di doha qatar. Tambahan pula mereka yang naik Qatar Airways, pasti penerbangan akan transit sebentar di Doha. Kalau nak diikutkan, banyak juga tempat menarik boleh dilawati di Doha, tapi entry post kali ni Lisa lebih fokuskan kepada mereka yang transit sebentar di Doha. At least, tak lah anda membazir masa sahaja dalam airport dan cuba explore di negara yang terkenal penduduknya yang kaya raya disebabkan pemimpinnya yang bijak. Di sini Lisa nak kongsikan dengan anda tentang 6 tempat menarik wajib dilawati ketika transit di doha, Qatar lebih 4 jam



5 Tempat menarik Wajib Dilawati Ketika Transit Di Doha, Qatar Lebih 4 jam

Souq Waqif

Untuk pengetahuan anda, souq waqif ini adalah tempat utama tumpuan pelancong dan penduduk di negara Qatar. Kerana ia mempunyai bangunan dan hasil seni Arab lama dan terdapat lebih 300 kedai dan restoran di sini. Anda yang ingin merasai suasana di negara Arab pada zaman dahulu kala, maka anda boleh datang ke sini. Setibanya anda di souq waqif, anda akan dihidangkan dengan bau-bauan herba serta terdapat barisan kedai yang menawarkan cenderamata Qatar serta makanan Arab. Bila datang di sini, jangan lupa makan makanan Arab seperti nasi briyani dan nasi Arab, portion untuk setiap hidangan boleh dikongsi dengan beberapa orang. Souq waqif ini terletak 15 hingga 17 minit sahaja dari Hamad Airport Doha.

souq waqif doha

souq waqif

Bila datang ke souq waqif, boleh cuba makanan di sini. Sedap dan unik rasanya. Oh ya, pesan sekali humus.

 

Baca: Top 10 Things To Do in Qatar

Souq Asiri

Jika anda adalah peminat abaya, di sini merupakan syurga abaya yang terkenal di Kota Doha. Lisa pasti anda akan rambang mata melihat kecantikan abaya di sini. Pelbagai jenis design dan kain yang boleh anda pilih. Terdapat lebih 50 kedai abaya yang menawarkan abaya serta shayla(shawl). Serendah Rm60 harga abaya yang boleh anda miliki. Jangan risau, anda boleh tawar harga jika anda beli lebih dari dua helai abaya dan penjual di sini sangat baik hati. Anda juga akan dihidangkan tea atau karak tea ketika membeli belah di sini. Souq asiri ini terletak berhadapan dengan Souq waqif, anda boleh berjalan kaki sahaja menyeberang jalan raya.

 

Museum Islamic Art

Sebelum anda masuk ke Museum Islamic Art ini, anda boleh mengambil gambar di luar kawasan tersebut kerana pemandangannya sangat cantik dan dikelilingi laut yang jernih serta kapal-kapal lama di sana. Reka bentuk bangunan MIA yang unik ini, pasti menambat hati anda untuk menjadikan gambar kenangan di Doha. Jika anda datang ketika musim sejuk iaitu dari bulan Oktober hingga Mac, terdapat pasar malam di hadapan MIA dan anda boleh merasai makanan dari lebih 10 buah negara yang terlibat antaranya Arab, Pakistan, India, Jepun, China, Turki, Indonesia dan sebagainya.

 

Corniche Park

Bila transit di Doha, jangan lupa singgah di Corniche untuk melihat kecantikan dan keunikan bangunan di Kota Doha serta anda berpeluang untuk menaiki kapal lama melayari pantai gulf country. Semasa hujung minggu, anda akan dapat lihat ramai penduduk Qatar akan berkelah di sini sambil menikmati makanan yang di bawa dari rumah.

 

Baca: 5 Cara Bagaimana Airbnb Boleh Menjimatkan Kos Percutian Anda

 

Menunggang Unta Serta ATV di Padang Pasir

Untuk aktiviti ini, Lisa lebih sarankan untuk mereka yang transit di Doha agak lama, sebabnya padang pasir ini terletak agak jauh dari Hamad Airport Doha, dan aktiviti ini juga mengambil masa yang lama. Tapi pengalaman ini, Lisa pasti anda tak akan boleh lupakan. Yang lebih menyeronokkan apabila anda boleh dengar bunyi angin pasir seolah olah menyanyi di telinga anda. Bagi Lisa ia adalah pengalaman yang sangat unik di mana anda perlu merasainya sendiri. Untuk aktiviti ini, Lisa lebih sarankan anda mengambil pakej dari trusted agency supaya urusan lebih lancar berbanding anda merancang secara persendirian.

padang pasir doha

Al Hazm Mall

Untuk anda yang ingin melihat kaya itu bagaimana di kota Doha, Lisa sarankan singgah sebentar di Hazm Mall. Ia terletak 30 minit dari Hamad Airport. Anda akan dapat lihat kereta mewah bersidai di tepi mall ini dan penduduk Arab yang kaya raya kebanyakannya akan habiskan masa di sini. Selalunya anda shopping barang di sesebuah kedai, anda akan pergi satu rak ke satu rak untuk melihat barangan tersebut tetapi di sini, anda akan masuk ke kedai tersebut dan duduk sahaja. Akan ada promoter atau pelayan melayani karenah anda. Tunjuk sahaja yang mana anda mahu cuba, mereka yang akan bawakan barangan tersebut kepada anda. Wah mudahkan untuk shopping. Tetapi Al Hazm Mall ini dikira agak baru di bina maka, masih tak banyak lagi kedai mewah di sini, kebanyakannya adalah restoran mewah dan boutique baju serta accesories wanita seperti handbag dan perfume.

al hazm mall

 

Sekian sahaja perkongsian Lisa untuk anda yang ingin datang ke Doha untuk transit, semoga ia dapat memberi manfaat kepada anda. Sila kongsikan entry ini jika anda rasa ia memberi manfaat juga kepada rakan yang lain.

 




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top