Tidak lama lagi Tahun Baru Cina akan diraikan oleh semua kaum Cina di seluruh dunia. Inilah masa yang terbaik untuk berkumpul bersama seluruh keluarga dan rakan-rakan merayakan tradisi dan menikmati kepelbagaian makanan yang lazat. Untuk memeriahkan lagi suasana Tahun Baru Cina, Makan Kitchen Double Tree by Hilton Johor Bahru mengalu-alukan kepada semua untuk meraikan dan menyambut Tahun Ular dengan ‘Feast of Fortune’ dengan Buffet Dinner yang menawarkan pelbagai menu serta harga yang berbaloi.
Bukan sahaja anda dapat berkumpul bersama rakan-rakan dan saudara di Makan Kitchen malah anda juga berpeluang untuk membawa pulang Yee Sang untuk dinikmati bersama. Double Tree by Hilton Johor Bahru juga membawa penampilan istimewa ‘God of Fortune’ dan Double Tree Cookie Mascot untuk memberi pengalaman yang menarik kepada anda yang bakal hadir ke buffet dinner ini.
Feast of Fortune kempen ini akan bermula dari 1 Januari 2025 sehingga 13 Februari 2025,terdapat pelbagai aktiviti yang menarik dan tawaran yang hebat akan berlangsung sepanjang tarikh tersebut.
Saya rasa berbesar hati bila dijemput sebagai pihak media untuk menyertai Buffet Dinner ini kerana terdapat pelbagai menu yang menarik antaranya adalah Chill Prawns With Apple Orange Mayo, Marinated Octopus, Szechuan and Scallion-custed, Salmon Gravlax, Hong Kong style Egg Tart dan pelbagai lagi menu yang sedang bakal dihidangkan kepada anda.
Di bawah adalah beberapa senarai pakej buffet dinner sempena Tahun Baru Cina dan bukan itu sahaja terdapat juga Lunar High Tea buffet di Makan Kitchen.
Untuk info yang lebih lanjut anda boleh hubungi pihak Double Tree by Hilton Johor Bahru, +07-268 6868 atau email kepada JohorBahrtu.FB@hilton.com. Layari laman web EatDrinkHilton.com