Pengalaman Travel Ke Jepun Pada Musim Sejuk

Menimba pengalaman travel ke Jepun pada musim sejuk sebenarnya impian saya sejak kecil lagi. Tengok orang lain bercuti ke Jepun macam bestnya. Dan orang selalu sebut travel ke negara matahari terbit. Waktu itu, macam tak faham lagi maksud negara matahari terbit itu apa. Rupanya, ia membawa erti Jepun adalah negara yang terletak di Timur China maka ia adalah negara pertama yang menampakkan kehadiran matahari. Dan dahulunya Jepun dipanggil sebagai Nihon kepada Nippon yang bermasud ‘Tanah matahari terbit’.



Apa dokumen yang diperlukan untuk bercuti ke Jepun?

Antara dokumen penting yang diperlukan adalah passport dan tiket pergi balik ke Jepun. Tiada visa yang diperlukan.

Disebabkan sepanjang saya hidup tak pernah lagi merasai salji, maka saya dan suami merancang untuk travel ke Jepun pada musim sejuk dan ketika suhu yang sangat rendah iaitu di antara bulan Disember sehingga bulan Februari. Semasa kami sampai di Osaka, suhu dalam lingkungan 9-10darjah celcius. Tapi boleh tahan menggigil sebab udara sejuk dan berangin.

Baca: Kos bajet di Jepun selama 10 hari dan 9 malam

Anak kedua kami diserang batuk dan demam sehari sebelum kami travel ke Jepun. Sarah ni memang tak boleh kena batuk mahupun demam sebabnya bila sakit ini mula datang, ia akan terus jadi teruk kerana dia ada sakit eczema. Doktor kata jika seseorang itu ada sakit eczema, maka dia mudah untuk dapat sakit dan sekali dapat terus dalam keadaan teruk. Nasiblah memang saya dah bersedia dari awal untuk bawa ubat-ubatan anak-anak ni. Kalau tak memang perlu mencari farmasi di Jepun ni. Suhu yang sejuk di Jepun lebih membuatkan dia berasa tak selesa.

Saya ingat lagi sampai sahaja di imigresen Osaka kami satu keluarga kena tahan sebabnya mereka dapat detect suhu badan Sarah agak tinggi. Merasa juga lah masuk dalam ahagianmedical di imigresen. Antara soalan yang ditanya, berapa lama sitom anak demam, ada selsema, sakit tekak mahupun sakit badan. Mereka juga ambil details tentang tempat tinggal kami dan apa ubatan yang saya berikan kepada anak. Mujurlah anak saya ni demam biasa saja bukan covid, kalau tak hancur punah harapan kami nak bercuti di Jepun.

Itu merupakan pengalaman berharga buat kami sekeluarga.

Semasa isi borang untuk ‘on arrival’, boleh pula anak bongsu bergaduh dengan si kakak. Sampai menangis, satu imigresen tegok kami. Tiba-tiba ada datang staff Jeun ni agak berusia dan mendekati anak-anak saya. Dia bercakap Jepun dengan anak-anak saya, walaupun mereka ni saling tak faham apa yang dicakapkan tapi saya tengok anak-anak sangat gembira apabila dapat layanan seperti itu. Saya dan suami yang tengah sibuk isi borang pun terhibur dengan telatah makcik Jepun tu.

Sejujurnya untuk persediaan bercuti ke Jepun pada musim sejuk adalah pemakaian. Itu adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan. Lagi la nak bawa anak kecil ni. Perlu tahu secara detail apa yang perlu dipakai dan apa yang perlu dibawa.

Disebabkan ini pengalaman pertama kami untuk musim sejuk, maka banyak saya ambil ilmu dari mereka yang banyak pengalaman tinggal di Jepun.

Berikut adalah keperluan pakaian ketika musim sejuk di Jepun

  • Baju sejuk tebal(ketika nak beli baju sejuk ini pastikan ia ada tulis berapa suhu yang dicadangkan atau ada tulis winter jacket, kerana ada juga baju sejuk hanya sesuai pada suhu 15 degree dan ke atas tetapi tidak sesuai untuk dipakai bawah 10)
  • Baju inner atau lebih dikenali sebagai heattech(tidak boleh terlalu nipis, pastikan penerangan tentang baju ini ada dimasukkan tentang heattech ataupun ultra warm)
  • Stokin tebal
  • Sarung tangan kalis air
  • Set seluar heattech
  • Seluar jeans atau seluar jenis tebal
  • Jika ada yang mahu pakai skirt, pastikan pakai seluar panjang di dalam jenis heattech.
  • Kasut kalis air

Lihat senarai penuh keperluan barang perlu dibawa musim sejuk

Semasa kami di Osaka, dikhabarkan ada salji turun di Tokyo dan kami menanti juga bila la ada salji di kawasan kami tetapi di kawasan Osaka atau daerah kansai tidak selalu salji akan turun, hanya ada beberapa ketika sahaja.

Jika mahu bermain salji di Osaka, kami perlu pergi ke ski resort seperti Hakodetayama Ski Resort ataupun di Biwako Valley. Ia terletak tidak jauh dengan bandar Osaka. Tetapi kami tidak pergi ke kawasan situ sebabnya kami sudah ada rancangan untuk pergi tempat salji yang lebih tebal yang terletak di Sapporo. Senarai ski resort di Osaka.

Perancangan kami adalah 3 hari di Kyoto, 4 hari di Sapporo dan 4 hari di Osaka.

Baca: Itinerary ke Jepun 10 hari dan 9 malam.

Untuk pengetahuan anda, Sapporo merupakan antara bandar yang mempunya salji tebal di dunia. Itu juga merupakan salah satu sebab kami mahu pergi ke Saporo.

Sampai sahaja kami di Sapporo, nak-anak sangat teruja melihat salji depan mata sampai lupa mereka nak pakai sarung tangan. Saya yang sedang uruskan bawa bag turun dari bas terkejut melihat kejadian tersebut. Anak bongsu saya menangis sebab tangan dia terlalu sejuk. Nasib baik kami bawa hot pack dan terus letakkan tangannya di atas hot pack tersebut. Barulah dia diam.

main salji di jepun, sapporo

Dan antara kenangan yang paling saya tidak boleh lupakan ketika bercuti ke Jepun pada musim sejuk, kami sesat mencari Airbnb di Osaka. Ketika itu sudah masuk jam 1 pagi tetapi masih tidak jumpa. Mujurlah ada seorang pak cik Jepun ni yang boleh berbahasa Inggeris membantu kami sepanjang pencarian Airbnb tersebut.

Itulah serba sedikit perkongsian pengalaman kami bercuti di Jepun ketika musim sejuk. Jika anda mahukan lebih banyak perkongsian ips travel ke Jepun boleh ikuti media sosial saya di bawah ini.




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top