Part 1: Tempat Menarik di Qatar

Minggu depan genaplah sebulan Lisa dan Fareeq tinggal di Qatar. Subhanallah pengalaman yang tidak boleh dijual beli apabila tinggal di negara orang tambahan pula negara Qatar sedang mengalami krisis yang agak dasyat pada masa ini. Apabila sebut doha qatar, ramai akan tergambar bahawa airport untuk transit sahaja tetapi tahukah anda bahawa ia mempunyai tempat menarik di qatar di mana anda boleh spend masa 2 atau 3 hari di qatar.



Entry kali ni Lisa nak share dengan anda beberapa tempat yang boleh anda lawati apabila tiba di Qatar. Sebenarnya Qatar tidaklah mempunyai tempat yang terlalu cantik dan menarik jika ingin dibandingkan dengan negara seperti Paris, Japan. Korea, Switzerland dan negara-negara yang menjadi Top 20 must visit before you die. Tapi negara Qatar mempunyai keunikannya tersendiri dan untuk pengetahuan anda negara Qatar merupakan antara negara terkaya di dunia dan mempunyai populasi jutawan yang agak tinggi dalam penduduknya. Tidak hairanlah kalau anda lihat cara mereka berbelanja memang agak mewah, kereta mewah serta kehidupan yang sungguh luar biasa kemewahan mereka.

Mungkin anda boleh pergi ke negara Amerika mahupun negara yang kaya yang lain tetapi seronoknya di sini anda dapat melihat bagaimana cara orang islam hidup dalam kemewahan dan kekayaan.

Kembali kepada topik kita, Ini adalah tempat yang Lisa pernah pergi dan ia agak menarik bagi saya untuk anda lawati apabila datang ke Qatar.

Anda mungkin juga meminati: Pengalaman menggunakan Qatar Airways

VILLAGIO, DOHA QATAR

Villagio ni adalah tempat membeli belah. Ia mempunyai banyak barangan luar negara serta barang branded. Keunikan Villagio adalah dekorasinya yang seperti ala-ala Itali. Saya pernah pergi ke Macau dan dekorasinya seperti di sana juga. Jika di Malaysia anda boleh rasai pengalamannya seperti di The Mines, Serdang. Cuma bezanya, air di sini lebih jernih dan kawasannya yang tenang. Bila anda masuk ke Villagio ini seperti anda berada di dunia yang lain dan keliling anda di penuhi dengan outlet barangan yang berjenama dan mewah. Jika anda lihat bagaimana Mak Arab berbelanja dengan bahagianya, anda boleh lalu kawasan outlet handbag antaranya Chanel, Ferragamo, Burberry, Lv dan sebagainya. Mereka beli handbag tersebut macam beli ikan di pasar. Hehehe… Best juga tengok lifestyle macam tu, insyaALLAh one day kita pun boleh jadi macam tu. Yang penting berbelanja secara hikmah. Huhuh….

 

 

 

 

 

SOUQ WAQIF

Souq waqif terkenal dengan bangunan lama dan sekrang dijadikan sebagai tempat membeli belah. Dalam souq waqif ni boleh dikatakan seperti kawasan pasar malam sebab ia sangat meriah ketika malam. Ia mempunyai lorong kecil dan setiap lorong menjual barangan yang berbeza. Ada lorong yang jual jubah dan abaya sahaja, ada lorong yang jual bahan rempah ratus, ada lorong yang jual haiwan ternakan dan ada juga lorong untuk makanan dan restoran sahaja. Kawasan ini sangat besar mungkin satu malam tidak puas untuk berjalan.

Di sini anda boleh beli barang cenderahati untuk keluarga mahupun orang yang terdekat untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Dapatkan diskaun Rm106 untuk penginapan anda 

First time Lisa datang sini, suhu agak tinggi dalam 47 darjah. So kami cepat-cepat je berjalan dan tak menikmati pun sangat suasana malam di souq waqif. Waktu tu, kepala macam nak pitam sebab tak biasa lagi dengan suhu tersebut. Dan hanya sempat membeli rempah ratus je. Yang bestnya boleh beli cili kering di sini sebab di pasaraya memang susah nak jumpa jual cili kering. Almaklum lidah melayu, mesti nak rasa pedas dan masak masakan sambal.

 

 

 

 

 

 

 

Jangan lupa merasai kesedapan cheese crepe. Harga dalam 5qr. Ini antara street food of qatar yang anda kena cuba.

 

Melihat Keunikan Bangunan di Qatar 

Bila jalan malam dan melihat keunikan dan kecanggihan struktur bangunan di Qatar seperti anda berada di planet lain je. Setiap bangunan mempunyai keunikan design nya yang tersendiri. Tak pernah jemu pun tengok bangunan keliling kita. Tambahan pula di waktu malam, memang best sebab sangat meriah dengan cahaya lampu.

 

 

 

 

 

 

Banyak lagi sebenarnya gambar keunikan design bangunan di Qatar cuma Lisa dapat jamu anda dengan gambar-gambar di sini sahaja. InsyaALLAH, Lisa akan update untuk gambar yang cantik untuk bangunan tersebut. First time tiba di Qatar, benda first yang Lisa rasa sangat menarik dan kagum adalah bangunan di Qatar. Sangat cantik.

The Mall of Qatar

Qatar kaya dengan pusat membeli belah. Mula-mula Lisa rasa hairan juga sana sini tempaat beli belah dan ia seperti satu keutamaan bangunan yang perlu ada setiap kawasan. Rupanya bila musim panas yang melampau, pusat membeli belah adalah tempat utama kunjungan bagi penduduk di Qatar kerana ia agak sejuk berbanding di luar dalam suhu lebih 40 darjah. Di sini tempat untuk bawa keluarga dan bersosial dengan rakan-rakan.

Mall of Qatar sangatlah besar sampaikan sehari pun kami tak habis jalan. Kami pergi ke kawasan yang utama seperti gambar di bawah. Ia tempat tarikan utama pengunjung. Ia seperti anda berada di dreamland yang penuh dengan kehijauan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Setakat ini sahaja yang Lisa dapat kongsikan dengan anda. InsyaALLAH, Lisa akan menulis lagi tentang tempat menarik di Qatar dan apa keunikan di sini sehingga anda patut datang ke sini. Masukkan Doha,Qatar ini sebagai salah satu bucket list anda.




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top