Blog post

10 Cara Mompreneur Jana Pendapatan Sampingan Dari Rumah

August 1, 2018
14 Shares

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan berita adik Adam Rayqal yang didera oleh pengasuhya ketika ibunya sedang bekerja di Hospital. Sedikit sebanyak berita ini memberi kesan kepada ibu-ibu bekerja yang mempunyai dilema untuk menghantar anak kepada pengasuh tetapi pada masa yang sama ada tanggungjawab yang perlu digalas oleh si ibu untuk membantu menambah pendapatan sampingan dalam keluarga. Percayalah, bahawa bukan anda seorang sahaja yang mempunyai dilema tersebut, Lisa dan wanita yang lain juga menghadapi dilema tersebut. Pelbagai persoalan yang bermain diminda bagi memikirkan perkara yang terbaik untuk kita lakukan kepada anak-anak kita. Ya, sebagai seorang ibu kita mahukan yang terbaik buat anak-anak kita tambahan pula di usia mereka yang baru mahu mengenal erti kehidupan.



Di sini, Lisa ingin kongsikan 10 Cara mompreneur jana pendapatan sampingan dari rumah berdasarkan pengalaman Lisa sendiri dan pengalaman ibu-ibu lain yang sudah melakukannya. Jika anda tanya, besar mana pulangannya setelah anda lakukan, maka ia akan terjawab apabila anda sudah melakukannya secara bersungguh-sungguh dan mengikut cara yang betul dan berilmu.

10 Cara Momprenuer Jana Pendapatan Sampingan Dari Rumah

Dropship atau Ejen

Pada tahun 2018, Lisa yakin perkataan dropship dan ejen sudah menjadi kebiasaan di kalangan suri rumah, pelajar mahupun golongan yang mencari peluang pendapatan sampingan kerana pada tahun 2012, perkataan dropship dan ejen ini dikira sesuatu perkataan yang baru di kalangan kita. Apakah itu dropship dan ejen? Dropship ini adalah seperti orang perantaraan di antara penjual dan pembeli, mereka ini membantu penjual untuk promosikan barang tanpa memegang stok tetapi mereka akan dapat sedikit komisen hasil dari jualan tersebut. Manakala ejen pula adalah mereka yang mengambil stok dari pembekal atau penjual dan mereka juga melakukan urusan promosi. Komisen yang diterima agak tinggi berbanding dropship kerana risiko yang mereka ambil lebih tinggi. Hari ini, banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan dropship dan ejen antaranya produk pakaian, produk kesihatan, produk kecergasan dan sebagainya.

Bisnes Dari Rumah Tanpa Modal

Apakah itu bisnes dari rumah? Bisnes dari rumah adalah bisnes yang anda lakukan hanya dari rumah sahaja sebagai contoh mengambil tempahan kek, kuih, makanan sarapan pagi dan tenghari dan menjahit, membuat barang hantaran. Bisnes ini perlu dilakukan berdasarkan minat atau kemahiran sedia ada. Jika anda minat membuat kek atau bakeri tetapi anda tidak tahu bagaimana mahu memulakan bisnes tersebut maka anda boleh belajar dari mereka yang sudah berjaya melakukannya. Antaranya anda boleh belajar secara online seperti belajar di sini dan belajar secara offline. Bisnes dari rumah ini sebenarnya tidak memerlukan modal kerana ia berdasarkan tempahan. Jika ada pelanggan menempah maka barulah anda membuatnya.

Anda mungkin meminati: 4 Bisnes Yang Perlukan Modal Rendah Pulangan Tinggi 

Multi-Level marketing

Ada segelintir mereka yang masih tidak tahu mengenai multi-level marketing dan ada juga yang memandang serong kepada mereka yang melakukan multi-level marketing ini, tapi tahukah anda bahawa multi-level marketing ini antara bisnes yang paling diiktiraf di luar negara kerana mereka yang melakukannya dapat menjana pendapatan yang lumayan. Mengapa dipanggil multi-level marketing? Kerana bisnes ini dilakukan oleh perseorangan dan mereka akan mengajar rakan yang lain juga untuk melakukannya, selalunya bisnes ini tidak menggunakan bahan marketing seperti pengiklanan di Kaca TV. Bagusnya MLM ini adalah mereka mempunyai support system yang kuat dari HQ syarikat mereka yang bertempat di luar negara dan produk yang mereka keluarkan adalah produk yang diiktiraf oleh badan berkuasa seperti IFANCA(bagi produk Herbalife) . Antara syarikat MLM yang boleh dipercayai adalah Herbalife, Mary Kay dan Shaklee.

Pengasuh atau Baby sitter

Sekiranya, anda suka kanak-kanak mahupun bayi maka anda sangat layak untuk menjadi pengasuh atau baby sitter untuk ibu yang bekerja. Namun ia bukanlah mudah kerana ia juga perlukan sedikit ilmu penjagaan kanak-kanak. Di sini Lisa ingin tekankan, janganlah mahu jadi pengasuh semata-mata inginkan bayarannya sahaja kerana ia adalah tanggungjawab besar kepada anda untuk menjaga seorang nyawa yang berharga kepada ibu bapa mereka. Lakukanlah dengan ikhlas, insyaALLAH para ibu yang bekerja juga tidak akan berkira untuk memberi lebih bayaran atas penjagaan baik buat anak mereka.

Affiliate

Mungkin ada dikalangan anda tidak familiar mendengar perkataan affiliate ini. Sebenarnya, affiliate ini sudah menjadi kegilaan para ibu di luar negara yang bekerja hanya dari rumah sahaja dan dapat menjana pendapatan sehingga 5 angka. Affiliate ini adalah, anda hanya perlu promosikan link yang mempunyai id anda di media sosial mahupun di website anda. Sebagai contoh, anda daftar affiliate pakaian muslimah dan anda promosikan link tersebut di facebook. Setiap pembelian dari rakan anda yang klik di link tersebut maka anda akan dapat komisen. Ini juga dinamakan passive income. Untuk permulaan, anda boleh daftar di Involve Asia , Motherhood di mana website ini membantu anda untuk menjadi affiliate bagi jenama-jenama yang terkenal di Malaysia antaranya Lazada , Fashion Valet .

Baca: Cara Buat Duit Dengan Involve Asia 

Mengajar

Jika anda ada kelebihan dan kemahiran mengenai sesuatu perkara contohnya anda mahir mengaji al-Quran dan mampu untuk mengajar orang lain, maka anda boleh melakukan perkara ini untuk menjana pendapatan dari rumah. Anda hanya perlu memberitahu rakan-rakan dan jiran terdekat bahawa anda buka kelas pengajian di rumah dengan berapa bayarannya. Di samping anda mendapat pendapatan sampingan anda juga mendapat bonus pahala apabila mereka mengamalkannya.

Penulis

Pada zaman ini, ramai yang suka membaca penulisan di alam maya berbanding pada buku mahupun surat khabar. Berita baiknya, banyak website yang menawarkan untuk anda yang ingin menjadi freelance writer untuk memenuhi slot website mereka. Dari segi kategori ia bergantung kepada minat dan kemahiran anda. Tetapi tidak dinafikan, masih ramai lagi melayani novel dan cerita kisah cinta dan berunsurkan pengajaran. Mungkin anda juga boleh mencuba nasib untuk menjadi penulis. Lisa sarankan anda boleh belajar bagaimana untuk menjana pendapatan sampingan melalui penulisan dengan menuntut ilmu di sini. 

Sewa Bilik untuk Airbnb

Baru-baru ini, Lisa pergi travel bersama suami dan anak Lisa ke negara Europe. Kebanyakan penginapan kami menggunakan servis Airbnb dimana ia jauh lebih murah berbanding penginapan di hotel. Konsep Airbnb ini mudah sahaja ia seperti konsep kita tumpang rumah orang. Semasa berada di Rotterdam, kami tinggal bersama tuan rumah yang mempunyai 2 orang anak dan suaminya. Kami diberi satu bilik khas dan kami juga boleh menggunakan barang dan peralatan di rumah tersebut seperti mesin basuh, bilik air, dapur masakan, peti ais dan sebagainya. Bagi Lisa konsep ini juga boleh dilakukan oleh anda yang mahu menjana pendapatan sampingan. Bayangkanlah, 1 malam kami membayar rm250 dan jika hanya 10 malam sahaja mereka menerima tetamu, maka setiap bulan paling kurang mereka akan mendapat rm2500. Sebab itu lah, keluarga Lisa pun sudah melakukan perkara yang sama dan anda juga boleh lakukannya dengan daftar di sini.

Jika anda mahu belajar tentang pengurusan airbnb atau homestay, anda juga boleh belajar di sini. 

 

Freelancer

Freelancer ini ia berdasarkan kemahiran yang anda ada sebagai contoh anda mempunyai kemahiran graphic design, video animation, programming dan sebagainya maka anda boleh mendaftarkan diri di sini untuk menjadi sebahagian freelancer website tersebut. Untuk pengetahuan anda, blog lisa ini banyak menggunakan khidmat dari fiverr.com. Ini kerana website ini sangat dipercayai dan hasilnya pun bagus.

 

Photographer

Jika anda pandai mengambil gambar maka anda boleh menjadi fotographer dan boleh jual gambar tersebut di website seperti shutterstock, stockphoto dan sebaginya. Bayaran yang diberikan adalah matawang usd maka bila ditukar mata wang Malaysia maka ia agak tinggi. Ada seorang sahabat facebook Lisa, beliau suka ambil gambar makanan yang beliau masak dan gambar yang diambil semuanya cantik-cantik. Beliau jual di website stockphoto dan setiap hari boleh dikatakan ada yang membeli gambar-gambar masakan beliau.

 

Baiklah, sekadar ini sahaja yang Lisa boleh kongsikan dengan anda tentang 10 cara mompreneur menjana pendapatan sampingan dari rumah sahaja. Dengan perkongsian ini, diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak idea kepada anda untuk menjana pendapatan sampingan dan pada masa yang sama dapat menjaga kebajikan keluarga.

14 Shares




1 Comments

  • Bhanu

    August 2, 2018 at 8:06 am

    Great tips! I some of this tips can work for students who are looking for extra income as well.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Share13
Pin1
+1
14 Shares