5 Langkah Mudah Untuk Membuat Blog

0 Shares

Disebabkan ramai yang meminta Lisa untuk berkongsi bagaimana langkah atau cara untuk mula membuat blog, di entry post ini Lisa kongsikan tentang 5 langkah mudah untuk mula membuat blog dan semoga perkongsian ini dapat beri panduan anda yang baru nak berkecimpung dalam dunia blog.



Sebelum Lisa terangkan sedikit sebanyak tentang cara membuat blog, Lisa ingin perkenalkan diri kepada anda yang baru mengenali Lisa dan baru saja landing ke blog Lisa ini. Lisa adalah seorang freelance blogger sejak 8 tahun. Lisa sebenarnya menulis blog hanya suka-suka sahaja dan tidak pernah terfikir untuk menghasilkan pendapatan dari penulisan blog. Sehinggalah pada suatu hari, Lisa berkenalan dengan sepasang suami isteri yang serius menulis blog berkenaan produk kesihatan dan mereka kata, pendapatan utama mereka datangnya dari penulisan blog kerana ramai orang di luar sana membaca blog mereka dan terus hubungi mereka untuk mendapatkan produk kesihatan tersebut.

Dan sejak itu Lisa baru terfikir apa salahnya dengan penulisan blog ini, di samping kita berkongsi pengalaman hidup kita juga boleh menjana pendapatan. Dua tahun lepas Lisa serius dalam penulisan blog walaupun bukan sepenuh masa tetapi Lisa rasa gembira kerana dapat berkongsi pelbagai perkara tentang hidup dengan pembaca di samping dapat menjana pendapatan.

Baiklah, bagi anda yang baru dan ingin menulis blog, Lisa kongsikan dengan anda 5 langkah mudah ini supaya anda juga boleh menjadi penulis blog untuk memberi manfaat kepada pembaca di luar sana.

Tujuan Menulis Blog

Ini adalah langkah pertama yang perlu anda kenal pasti sebelum anda membuat blog. Jika tujuan anda menulis blog untuk menjana pendapatan maka anda perlu serius untuk melakukannya tetapi jika anda menulis blog hanya untuk berkongsi pengalaman hidup, anda boleh menulisnya secara santai. Anda perlu tahu apa yang ingin anda tulis bermaksud tentang apa blog anda. Jika anda suka memasak, anda boleh tulis mengenai blog berkenaan resepi dan tips di dapur. Jika anda suka travel maka anda boleh menulis mengenai pengalaman anda travel dan jika anda suka make up muka maka anda boleh tulis berkenaan kosmetik dan tutorial make up. Sebenarnya lebih dari 50 topik utama yang boleh anda tulis blog antaranya:

  • Resepi memasak
  • Parenting
  • Dekorasi rumah
  • Pengurusan Kewangan
  • Fashion
  • Politik
  • Keagamaan
  • Senaman
  • Diet
  • Resepi Makanan Sihat
  • Gosip Artis
  • Haiwan peliharaan
  • Info kesihatan
  • Lifestyle
  • Motherhood
  • Baking
  • Kereta
  • Relationship
  • Motivasi
  • Inspirasi hidup

Apabila anda sudah tahu apa yang anda mahu tulis dalam blog anda, maka anda sudah boleh kenal pasti niche atau target market/pembaca anda di kalangan siapa. Sebagai contoh jika anda tulis mengenai resepi memasak maka pembaca anda adalah terdiri daripada mereka yang suka memasak.

Artikel berkaitan: 6 Cara Buat Duit Dengan Blog

Memilih Platform

Platform ini bermaksud website apa yang anda mahu blog anda diletakkan sebagai contoh anda boleh pilih sama ada blogspot atau pun wordpress. Blogspot merupakan platform percuma dan manakala wordpress adalah platform yang berbayar. Hujung nama website anda akan tulis contoh abc123.blogspot.com tetapi jika anda pilih platform berbayar adalah seperti abc123.com. Sebenarnya, pemilihan blog berbayar lebih nampak blog anda lebih professional dan lebih diiktiraf berbanding menggunakan blogspot.com. Anda juga ada pilihan untuk mengubah nama/domain dengan menggunakan website NETKL.com. Di website ini, mereka akan bantu anda untuk daftarkan nama dan pilih domain apa yang anda mahu. Harga pakej untuk mendaftar domain serendah Rm45 setahun. Domain itu bermaksud nama website anda contohnya maria.com, cuticuti.com dan sebagainya. Anda perlu cek sama ada nama domain yang anda pilih sudah ada di pasaran atau pun belum. Boleh cek di sini.

Pilih Tema

Apabila anda sudah selesai memilih nama website anda dan telah pun memilih platform atau hosting, maka anda boleh memulakan untuk memilih tema blog anda bersesuaian dengan topik yang anda akan anda bwa di dalam blog anda. Sebagai contoh, anda menulis blog berkenaan memasak dan menyediakan pelbagai resepi hidangan. Mungkin anda boleh letakkan tema dapur dalam dekorasi blog anda supaya pembaca yang suka memasak akan selesa dengan tema blog anda. Pemilihan tema dan warna dalam blog sangat penting kerana ia akan membuatkan pembaca suka dan ingin datang lagi ke blog anda.

Jika anda tidak tahu tema apa yang sesuai dengan blog anda dan anda mahu freelancer menghiaskan blog, anda boleh pilih kepakaran tersebut di Fiverr.com. Alhamdulillah setakat ini Lisa sangat berpuas hati dengan kerja yang mereka lakukan.

Mula Menulis Content

Kini tibalah masanya tugas anda untuk menulis content dalam blog. Content is the king. Sebab itulah, anda perlu ada masa untuk merangka content anda sebelum menulis dan setiap content atau entry post dalam blog anda perlu ada tujuan kenapa anda tulis content tersebut. Content ini berkait rapat dengan point pertama yang Lisa sudah terangkan tadi.

Kongsikan di Media Sosial

Setelah anda siapkan penulisan content anda, jangan lupa untuk kongsikan di media sosial mahupun dengan rakan-rakan anda untuk menambahkan lagi pembaca dan page view untuk blog anda. Dengan adanya ramai pembaca bermaksud penulisan content anda akan dapat memberi manfaat kepada orang lain di samping itu, pendapatan anda juga boleh bertambah.

Lisa harap dengan perkongsian langkah mudah membuat blog ini, dapat membantu sedikit sebanyak buat anda yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging.

Share this post with your friends!!

0 Shares




Share:

2 Comments

  1. Sabihah
    July 20, 2019 / 2:31 pm

    Hi boleh tak. Lisa share lisa guna platform hosting apa dan berapa prifing bagi setahun?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 Shares
Share
Pin