Sudah hampir 5 bulan Lisa tinggal di negara yang dikatakan penduduknya terdiri daripada orang kaya dan berduit. Kehidupan mereka yang serba mewah memang merupakan tarikan utama pelancong untuk datang ke Dubai untuk melihat sendiri bagaimana dikatakan syurga dunia itu dimaksudkan. Itu belum lagi cerita tentang bangunan pencakar langit yang tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan dan sudah tentu anda sedia maklum tentang bangunan paling tertinggi di dunia adalah terletak di Dubai. Sebagai penduduk sementara di Dubai, Lisa ingin kongsikan dengan anda yang mahu travel ke Dubai tetapi tidak tahu di kawasan mana lokasi strategi serta harga hotel atau penginapan yang murah di Dubai.
Disebabkan Lisa dan suami jenis suka travel dan explore di satu-satu tempat, dan dah alang-alang kami tinggal di Dubai maka kami banyak membuat kajian serta mengembara di negara United Arab Emirates(UAE) ini. Kami suka untuk mengetahui tempat menarik di Dubai, tempat makan best di Dubai, tempat penginapan atau hotel budget di Dubai serta pelbagai perkara lagi berkenaan travel yang kami explore. Tidak kurang juga di Abu Dhabi iaitu negeri di sebelah Dubai.
Artikel berkaitan: Percutian singkat di Abu Dhabi
Pada tahun lepas, Lisa dan suami serta anak sulung kami, Fareeq melancong ke Dubai dan masa itu kami tidak pernah terfikir untuk dapat rezeki di sini. Kami datang ke Dubai untuk menyambut ulang tahun perkahwinan. Kami pergi ke Dubai pada bulan Januari dan pada masa itu adalah musim sejuk dan kemuncak ramai pelancong datang ke dubai. Maka harga hotel sangat mahal dan sebab itulah kami memilih Airbnb.com untuk dijadikan tempat penginapan kami. Kawasan yang kami pilih adalah di area Downtown Dubai. Ia terletak 5 minit sahaja dari Burj Khalifah dan kami hanya berjalan kaki sahaja. Tapi bagi Lisa kawasan downtown Dubai adalah kawasan yang sangat luxury dan high class. Harga makanan di restoran area situ agak mahal. Dan kami terpaksa membeli makanan di dalam Dubai Mall. Anda boleh baca Pengalaman Kami bercuti Di Dubai.
Artikel berkaitan: Tips bercuti di Dubai
Itu pengalaman travel kami dengan hanya menggunakan mr.google dan boleh dikatakan banyak juga duit terpaksa keluar dek kerana kurang pengetahuan tentang kawasan yang strategik dan hotel budget terletak di mana.
Pada bulan lepas, Alhamdulillah rezeki Lisa dapat hadiah dari CityMax Hotel yang terletak di Al-Barsha. Bila tiba di hotel ini, kami dapati banyak sangat hotel budget yang berdekatan. Sejak itu, baru Lisa tahu rupanya kawasan Al-Barsha ini merupakan kawasan pelancong yang mempunyai budget yang terhad bagi kos penginapan. Untuk pengetahuan anda, hotel budget ini sangat strategi kerana:
- Terletak di sebelah Mall of Emirates iaitu antara tempat pelancongan utama untuk dikunjungi.
- Hanya berjalan kaki 5-7 minit sahaja untuk ke MOE
- Kemudahan pengangkutan seperti bas, train dan Sight seeing bus juga disediakan di dalam MOE.
- Dengan menggunakan Sight seeing Bus(Anda boleh booking di sini) anda boleh melawat seluruh kawasan dan tempat pelancongan di Dubai termasuklah burj khalifah, Global Village, Burj Al-Arab dan sebagainya.
- Di bawah hotel, terdapat berpuluh-puluh kedai makanan termasuklah kedai makanan Arab yang sangat sedap( Bait Al-Mandi), makanan jepun, Italy, Turki dan lain-lain lagi.
- Kedai runcit juga berdekatan.
Pendapat Lisa, jika anda mahu travel ke Dubai, anda boleh masukkan kawasan Al-Barsha, Bur Dubai dan Deira ini sebagai kawasan penginapan anda. Kerana tiga lokasi ini sangat strategi dan harga hotel juga sangat berbaloi.
Tips di atas adalah untuk anda yang mempunyai budget tidak banyak bagi kos penginapan, tetapi jika anda yang mempunyai lebihan budget anda boleh menginap di Downtown Dubai dan Palm Jumeirah. Dua lokasi ini juga strategi tetapi kos penginapannya agak tinggi berbanding 3 lokasi yang Lisa sebutkan tadi.
Harga hotel di Dubai bergantung kepada musim iaitu musim sejuk dan musim panas. Jika musim sejuk, boleh dikatakan harga hotel akan mencanak naik dan dua tiga kali ganda dari harga asal. Manakala pada musim panas, harga hotel sangat rendah sehinggakan pelbagai tawaran yang mereka beri untuk menarik pelancong pada musim panas ini.
Diharapkan perkongsian Lisa dapat membantu anda dalam merancang perjalanan serta itinerary ke Dubai.
Untuk anda yang ingin melihat sekitar citymax hotel sebelum buat booking, boleh scroll down.