Blog post

6 Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog

January 16, 2019

Waktu pertama kali Lisa mula menulis blog pada tahun 2009, tulis hanya untuk suka-suka sahaja. Orang kata bila kita tulis blog seperti kita tulis diari kehidupan kita, sebab itulah Lisa banyak kongsikan pengalaman hidup dalam blog. Dan Lisa tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti Lisa boleh buat duit dengan penulisan seperti mana yang bakal lisa kongsikan tentang 6 cara mudah buat duit dengan blog ini.



Pada tahun 2016, ada seorang sahabat Lisa menulis blog dan dia promosikan produk kesihatan dalam blog beliau. Dia boleh menjana pendapatan ribuan ringgit dengan menulis manfaat produk kesihatan tersebut dan promosikan blog beliau di laman sosial. Bakal pelanggan akan menghubungi beliau melalui google search. Sejak itu, Lisa baru sedar rupanya dengan menulis blog dapat menjana pendapatan dan mudah buat duit. Cuma pada masa itu, Lisa lebih fokus untuk promosikan produk kecergasan dan kesihatan kerana Lisa merupakan ahli dan agen bagi produk tersebut. Lisa akui ramai pelanggan menghubungi Lisa apabila membaca blog tersebut dan mereka tertarik dengan penulisan yang dapat memberi manfaat kepada mereka. Dari situ juga, alhamdulillah Lisa dapat menjana pendapatan hanya dari blog tersebut.

Kemudian, pada tahun 2018, Lisa lebih serius melebarkan sayap menjana pendapatan dan buat duit lebih dengan blog melalui pelbagai cara ini.

Baiklah, Lisa di sini ingin kongsikan beberapa cara mudah buat duit dengan blog. Mungkin dengan perkongsian ini dapat memberi idea kepada anda yang baru berkecimpung dalam dunia penulisan blog.

Ads/Iklan

Ada beberapa cara untuk anda buat duit dengan iklan antaranya anda boleh sign up di Google Adsense dan anda boleh letakkan iklan tersebut diruangan blog anda sama ada di atas artikel, di bahagian tepi mahupun di bahagian bawah artikel penulisan anda.

Untuk pengetahuan anda, Google akan bayar anda melalui 2 cara pengiklanan iaitu:

Pay per click

Bermaksud, apabila pengunjung blog anda klik di ruangan iklan maka, google akan bayar mengikut rate yang telah ditetapkan.

Pay per Impression

Google akan bayar mengikut berapa kali pengunjung melihat iklan tersebut di laman blog anda.

Semakin banyak pengunjung datang ke blog anda, semakin tinggi peluang anda untuk membuat duit dari laman blog tersebut.

Sewa Tapak Iklan

Anda boleh menyewakan tapak iklan di blog anda kepada mereka yang mempunyai perniagaan sama ada besar mahupun kecil. Bagi kos sewa tapak ini, anda boleh berbincang dengan bakal client anda mengikut sewa bulanan mahupun tahunan. Penyewaan tapak iklan ini sebenarnya seperti billboard yang anda sering nampak di tepi jalan raya. Contohnya produk Alif Syukri, Dherbs, beliau menyewa tapak iklan billboard di tepi jalan dan dibayar kepada pihak tuan tanah atau tuan yang memiliki papan iklan tersebut. Situasi ini adalah win-win situation di mana pihak client dapat promosikan produk mereka di blog anda dan pada masa yang sama anda juga dapat duit dari hasil sewaan tapak tersebut.

Lisa juga ada buat service penyewaan tapak iklan di ruangan blog Lisa dan alhamdulillah dapat sambutan yang baik dari pengunjung blog dan dari pihak client tersebut. Tapi nasihat yang boleh Lisa kongsikan adalah biarlah pihak client tersebut sama niche dengan blog niche anda, sebagai contoh jika anda tulis blog berkenaan parenting maka pihak client tersebut perlu juga menjual produk yang berkaitan parenting, maka ramailah pelanggan yang akan menghubungi pihak client tersebut untuk mendapatkan produk mereka. Janganlah pula anda menulis mengenai parenting tetapi pihak client yang ingin menyewa tapak, menjual produk berkenaan service betulkan kereta. Maka ia tidak sesuai untuk diiklankan di blog anda.

Sponsored Post

Sponsored post ini bermaksud penulisan satu artikel di laman blog, anda akan dibayar mengikut rate yang dipersetujui oleh pihak client dan pihak anda sendiri. Selalunya, pihak client akan meminta beberapa syarat atau point yang mereka ingin anda tuliskan sebagai contoh mereka mahu promosikan produk mereka dan ingin anda tekankan mengenai kelebihan produk tersebut serta mengapa bakal pelanggan perlu memiliki produk tersebut.

Kebiasaannya, jika pihak client mempunyai produk fizikal maka mereka akan membekalkan produk tersebut secara percuma kepada anda untuk anda merasai terlebih dahulu produk tersebut dan barulah anda boleh promosikan produk tersebut dalam penulisan artikel anda di laman blog.

Ia sebagai tarikan supaya pembaca blog anda juga akan membeli produk atau servis tersebut. Perlu diingatkan bahawa anda perlu jujur dalam penulisan tersebut kerana pembaca yang setia akan percaya apa yang anda tuliskan dan jika ada unsur penipuan dalam penulisan anda, maka pembaca setia tidak akan berkunjung lagi dalam blog anda.

Untuk mendapatkan sponsored post ini, anda boleh sertai beberapa website yang menawarkan perkhidmatan sponsored post antaranya Sushivid, Komaci, dan sebagainya. Pada masa yang sama, anda juga boleh mengambil inisiatif sendiri untuk mendekati jenama-jenama yang mengambil sponsored post ini tetapi dengan syarat anda perlu ada media kit iaitu seperti resume yang mohon pekerjaan.

Berikut merupakan contoh sponsored post yang ada dalam blog Lisa:

 

Affiliate Marketing

Ini adalah antara favourite Lisa untuk membuat duit lebih dalam blog. Kerana apa? Kerana ia sangat mudah dan Lisa sudah buat affiliate marketing ini sejak 3 tahun yang lalu. Cumanya, Lisa banyak promosikan affiliate marketing ini lebih kepada percutian sebab Lisa suka bercuti secara percuma. Sejak tahun 2018, barulah Lisa ambil langkah untuk sertai affiliate marketing yang betul-betul boleh buat duit dan masuk terus ke akaun bank kita.

Mungkin anda yang baru belajar berkenaan blog, masih tidak tahu apa itu affiliate marketing ini. Affiliate marketing adalah anda perlu generate link yang mempunyai id/code anda kemudian promosikan ia dalam media sosial mahupun dalam blog anda.

Di luar negara, ramai suri rumah menjana pendapatan 4 hingga 5 angka sebulan hanya dengan promosikan affiliate marketing ini. Apabila pengunjung klik di link anda dan mereka membuat pembelian di website itu, maka anda akan menerima sedikit komisen dari hasil pembelian tersebut.

Katakanlah 1 produk yang anda promosikan link itu boleh memberi komisen dalam Rm5 maka jika 100 orang membeli dari link tersebut maka, anda sudah boleh membuat duit sebanyak Rm500 tanpa anda perlu membungkus barang tersebut. Anda hanya perlu promosikan produk dengan menggunakan link yang telah diberikan oleh website tersebut.

Berikut antara contoh Affiliate Marketing dalam blog Lisa:

Ini antara website yang boleh anda daftar untuk menjadi affiliate marketing mereka:

Ini adalah contoh weekly report dari Involve Asia untuk anda keep track performance anda setiap minggu.

Jual Produk atau Barangan Sendiri di Blog

Seperti yang Lisa ada kongsikan di atas tentang pengalaman Lisa sendiri promosikan produk kesihatan dan kecergasan di dalam blog ketika Lisa menjadi coach untuk produk tersebut. Sebenarnya, dengan adanya blog anda boleh juga menjual produk atau barangan anda sendiri. Sebagai contoh anda menulis blog berkenaan penjagaan bayi, maka anda boleh menjual baju bayi yang dijahit oleh anda sendiri atau anda juga boleh menjadi dropship/agen bagi produk bayi. Di sampaing anda menulis berkenaan penjagaan bayi, anda juga boleh menjana pendapatan melalui penjualan produk bayi tersebut.

Para pembaca akan menghubungi anda apabila mereka tertarik dengan promosi yang ditawarkan dan ia sangat menarik untuk membuat duit lebih dari blog.

Promosi Servis Anda

Selain anda boleh promosikan produk fizikal di blog, anda juga boleh promosikan servis anda seperti menjadi Virtual Assistant, pemasangan website, design blog dan sebagainya lagi. Berita baiknya di sini, anda tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk menawarkan servis tersebut, ia hanya perlukan kepakaran dan kemahiran yang anda ada.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda serta memberi idea bagaimana untuk menjana pendapatan sampingan dalam dunia blogging ini. Lisa pun sebenarnya masih banyak ilmu yang perlu dipelajari dalam dunia penulisan blog dan masih merangkak. Tetapi dengan sedikit perkongsian ini, Lisa harap ia memberi satu ulangkaji untuk diri Lisa sendiri untuk perbaiki mana yang perlu.




1 Comments

  • Mazuki

    May 22, 2019 at 1:29 am

    Kalau traffik betul-betul tinggi kat blog.. main ads memang masyuk…

    kalau trafik tak berpa nak banyak lagi… memang main affiliate jela dulu…

    btw, tq for sharing tips

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Share
Pin
+1