Cara Mendaftar Airbnb Malaysia Dan Dapatkan FREE $40

5 Shares

Jika ditanya mengenai Airbnb di kalangan traveler, mereka mungkin sudah biasa dengar mengenai Airbnb dan suka akan konsep Airbnb diperkenalkan. Airbnb Malaysia baru sahaja berkembang dan semakin dapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Kalau ditanya mengenai konsep Airbnb ini bagaimana, Lisa boleh katakan bahawa Airbnb ini seperti anda datang ke rumah orang dan tumpang menginap. Segala kemudahan dalam rumah tersebut boleh digunakan dan ada juga mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak host. Di si ni Lisa nak berkongsi cara mendaftar Airbnb Malaysia dan boleh dapatkan Free $40. Lisa tulis $40 sebab currency kita sentiasa berubah jadinya dalam ringgit malaysia ia adalah tidak tetap.



Klik di sini untuk mendaftar akaun Airbnb. Anda perlu klik di link yang diberikan supaya anda layak untuk mendapatkan Free $40.

sign up airbnb

Kemudian, klik di Sign up to claim your credit.

Ada 3 pilihan yang boleh anda daftar sama ada menggunakan akaun facebook, google mahupun email. Terpulang kepada pilihan anda.

Kemudian, anda sudah boleh ‘search’ penginapan untuk destinasi percutian anda. Lebih 100000 properties yang menawarkan Airbnb untuk anda menginap. Di bahagian atas, terdapat ‘filter’ untuk anda mengecilkan lagi skop pilihan property Airbnb di destinasi anda.

Anda boleh lihat di sebelah kanan, terdapat peta yang menunjukkan property lain juga yang menawarkan Airbnb. Maka mudah bagi anda untuk memilih property yang mana mengikut budget dan citarasa anda.

 

Selepas anda sudah decide untuk pilih property yang mana untuk menginap, anda boleh lihat berapa harga untuk keseluruhannya. Kebiasaannya, Airbnb mempunyai cleaning fee dan service fee tetapi ia tidak tinggi. Dan semasa anda booking, anda sudah boleh menggunakan credit $40 untuk tempahan anda yang pertama.

Jika anda ingin menanyakan soalan lebih terperinci mengenai property tersebut, anda boleh message host terlebih dahulu sebelum membuat tempahan. Dan ada juga host yang anda perlu meminta izin dahulu dan jika host setuju barulah pembayaran akan dikenakan, jika tidak anda masih tidak di charge lagi.

Pengalaman Lisa dan suami menggunakan Airbnb sebenarnya hampir 4 tahun. Dan lebih 7 destinasi percutian kami menggunakan Airbnb. Sebabnya anda boleh klik di sini. Percutian kami yang paling menyeronokkan menggunakan Airbnb adalah semasa di Ipoh dan di Turki.

 

 

5 Shares




33 Comments

  1. February 12, 2018 / 10:49 am

    Boleh cuba daftar nih

  2. February 15, 2018 / 4:10 am

    Pernah juga buka air bnb ni tapi tak pernah lagi buat penempahan. Banyak juga tu penjimatan yang ditawarkan tu kredit 40 tu. Kalau nak pilih penginapan kena pilih yang senang akses ke tempat makan dan pengangkutan awam.

    • Lady lisa
      Author
      February 15, 2018 / 6:00 am

      ya betul tu.

  3. February 15, 2018 / 4:11 am

    Wah… Dah banyak tempat guna airbnb! Saya belum pernah lagi menggunakan servis ni sebab belum lagi berkesempatan. Hihi. Apapun memang suka dengan konsep airbnb. Bukan setakat selesa, bahkan dapat rasa macam lokal bila bercuti, kan?

    • Lady lisa
      Author
      February 15, 2018 / 5:59 am

      ya betul tu. kami skeluarga mmg guna airbnb bila travel.

  4. February 15, 2018 / 4:46 am

    Banyak jugak lokasi guna airbnb ni erk..SA jarang travel so kurang tau..dah baca entry ni baru tau pasal ni…well boleh try daftar ni…mana tau bertuah kan…

    • Lady lisa
      Author
      February 15, 2018 / 5:59 am

      bila cik suria register di link tersebut dan buat tempahan boleh terus dpt diskaun $40

  5. February 15, 2018 / 4:46 am

    Menarik konsep Airbnb ni.. berbaloi juga daftar dapat duit, biasanya kena bayar utk daftar atau free je. Bagus juga daftar ni sbb nampaknya sgt memudahkan klu nak ke mana2 cara ni.. thanks sharing 🙂

    • Lady lisa
      Author
      February 15, 2018 / 5:58 am

      you are welcome.

  6. February 15, 2018 / 5:17 am

    Emi takd epun akaun airbnb ni. Tak pernah guna sebelum ni. InshaAllah lepas ni boleh slow2 guna airbnb ni, dah alalng-alang boleh dapat diskaun, Siapa tak suka kan? Hihi

    • Lady lisa
      Author
      February 15, 2018 / 5:58 am

      boleh emi register di link tu dan dapat potongan $40.

  7. Hilma
    February 15, 2018 / 5:32 am

    Airbnb ni mcm menarik la..senang dah nak travel cari tempat tinggal mcm ni

    • Lady lisa
      Author
      February 15, 2018 / 5:57 am

      aah, sekrang malaysia pun dah banyak register airbnb ni.

  8. February 15, 2018 / 5:44 am

    wow thank you for sharing this kalau I rasa nak travel ke apa I akan reconsider menggunakan servis aplikasi ni.. lagi pun first time I guna air bnb ni wooo

    • Lady lisa
      Author
      February 15, 2018 / 5:57 am

      yup, airbnb memang bagus.

  9. February 15, 2018 / 6:41 am

    Thanks share tentang air bnb ni. Boleh lah cuba daftar nanti

  10. February 15, 2018 / 7:07 am

    Saya guna air bnb ni masa trip pegi busan. Memang puas hati. Yes! kalau rajin refer boleh je dapat kurangkan kos travel sendiri.

  11. February 15, 2018 / 7:11 am

    Saya bukan kaki travel memang tak familiar dengan airbnb ni.bila baca entry nih baru tahu apa tu airbnb..kalau org duk cerita pasal nih mahu sy blur.

  12. February 15, 2018 / 9:27 am

    I always wanted to try airbnb but always chicken out the last minute because I’m afraid I will get some bad experience. After reading your blog I think I will give it a try my next trip since I have bigger family now, I think I just need to be careful with my choices.

  13. February 15, 2018 / 11:37 am

    Dah register juga dengan airbnd tapi masih belum ada peluang nak guna. Dah book hotel utk travel bulan 3 ni, tapi setelah tahu apasal airbnd. Nanti next trip bolehlah cuba book guna airbnb.

  14. February 15, 2018 / 12:32 pm

    First time dengar Airbnb lagipun belum pernah travel luar negara heee..

    • Lady lisa
      Author
      February 17, 2018 / 6:55 am

      dalam negara pun boleh booking airbnb. kami pergi bercuti di melaka guna airbnb.

  15. February 15, 2018 / 2:22 pm

    Huda pernah cuba booking guna AirBnb ni,tapi campur dengan additional cost dari host, jadi mahal pula. last2 tempah hotel biasa jer. tapi ni dapat baucer, nak try la juga menempah penginapan dengan AirBnb

    • Lady lisa
      Author
      February 17, 2018 / 6:55 am

      ya kena guna voucher baru best. heheh..

  16. February 15, 2018 / 4:32 pm

    Setakat ni tak pernah guna lagi perkhidmatan Airbnb ni tapi tau juga la pasal perkhidmatan ni sebab pernah berborak dgn pemilik property yg menggunakan perkhidmatan airbnb. Katanya lebih mudah untuk berurusan terutama bila di luar negara

    • Lady lisa
      Author
      February 17, 2018 / 6:54 am

      ya betul tu dik bee. Ramai yg dah menggunakan airbnb ni untuk sewa dan menywakan property.

  17. February 16, 2018 / 2:04 am

    Biasa kawan je uruskan semua hal penginapan. Nampaknya lepas ni nk kena belajar buat sendirilah.

  18. February 16, 2018 / 8:05 am

    TB baru kali ni tahu tentang Airbnb ni.. sebelum ni tak pernah dengar lagi tentang ni.. tapi bagus juga ada ni.. baru orang seronok nak travel guna aplikasi ni

    • Lady lisa
      Author
      February 17, 2018 / 6:53 am

      ya betul , nanti TB boleh register Airbnb thru that link nnti boleh dpt diskaun sehingga Rm120

  19. February 23, 2018 / 2:52 am

    Bagusnya dapat discount.. belum try airbnb lagi.. terasa nak try sekarang…

  20. Betty
    February 25, 2018 / 12:36 am

    Airbnb worth when come to a group of people travelling and need a place to stay. I have booked with Airbnb before.

  21. Miranad
    August 24, 2018 / 9:40 am

    Nak tanya. Saya mencari penginapan di Korea melalui airbnb. Dengan harga yang tertera, adakah saya perlu membayar guna currency MYR atau KRW?

    Terima kasih.

    • Lady lisa
      Author
      August 24, 2018 / 10:03 am

      slalonye, sy mmg menggunakan currency MYR. Dia akan convert kan kpd currency kite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Shares
Share5
Pin