Sebelum ini saya ada kongsikan itinerary travel ke Jepun selama 10 hari dan 9 malam, ia termasuklah kami pergi ke tiga negeri yang utama di negara Jepun iaitu Osaka, Kyoto dan Sapporo,Hokkaido. Dalam itinerary tersebut saya ada tulis secara terperinci tempat mana yang telah kami lawati cumanya tidak dimasukkan jenis pengangkutan yang kami naik sepanjang kami di sana. Untuk blog post tentang kos bajet travel ke Jepun tahun 2024 ini selama 10 hari 9 malam ini, saya kongsikan terus tentang kos pengangkutan yang kami gunakan. Blog post ini ditulis untuk djadikan panduan untuk anda dapat merancang dan mengagak berapa jumlah keseluruhan yang diperlukan sepanjang kita travel di Jepun, supaya anda boleh buat perbandingan yang lebih baik.
Untuk pengetahuan anda, kos bajet travel ke Jepun sebenarnya bergantung kepada musim apa yang bakal anda pergi, pada tarikh bila anda mula membeli tiket penerbangan dan penginapan serta jenis pengangkutan apa yang anda lebih suka untuk digunakan sepanjang anda travel ke Jepun nanti.
Kami mula merancang untuk travel ke Jepun pada tahun 2024, adalah pada bulan Julai 2023. Ketika itu, memang saya mula menyuarakan kepada suami untuk merasai pengalaman baru iaitu bermain salji dan Sapporo, Hokkaido adalah destinasi impian saya sejak dulu lagi. Apabila kami berbincang dan mula survey harga tiket penerbangan pada musim sejuk, saya dapati bulan 1 dan bulan 2, harganya lebih rendang berbanding pada bulan 12. Mungkin sebab bulan 12 ada sambutan christmas dan mempunyai pelbagai sambutan ketika itu. Maka harga tiket penerbangan ke Jepun lebih mahal dari biasa.
Ada yang tanya saya berapa harga tiket penerbangan ke Jepun dikira murah dan berapa harga dikira mahal. Melalui pengalaman saya sendiri, jika anda dapat harga tiket ke Jepun( Osaka atau Tokyo) dalam Rm900-1200, itu dikira murah dan jika anda dapat harga lebih Rm2200 bermaksud harga tersebut agak mahal. Ia bergantung kepada kemampuan masing-masing.Ini pendapat peribadi saya sahaja.
Selalunya yang membuat kos travel kita tinggi atau rendah adalah disebabkan kos penerbangan. Sebab itulah perlu tahu tips untuk beli harga tiket penerbangan murah supaya kita dapat jimat mana yang boleh.
Berikut pecahan yang saya sediakan untuk kos bajet travel ke Jepun pada tahun 2024
- Tiket penerbangan pergi balik KLIA-Osaka Rm1900
- Tiket penerbangan pergi balik Osaka-Sapooro Rm600
- Airbnb 1 malam average Rm350-450
- Klook Pakej 1 Day Tour di Sapporo Rm230
- USJ Osaka Rm250
- Train pergi balik Osaka-Kyoto Rm70
- Bas dari Sapporo Airport ke Bandar Sapporo Rm40
- Icoca Card Rm100(Sekali dengan topup)
- Perbelanjaan harian termasuklah makanan, permainan anak dan pelbagai. Rm300-500 sehari
Bajet di atas anda boleh ubah mengikut kesesuaian dan pilihan masing-masing. Ini hanyalah perkongsian saya tentang apa yang telah kami belanjakan sepanjang travel di Jepun. Kos ini juga akan berubah-ubah mengikut tahun juga.
Tiket penerbangan di Jepun jika anda mahu lihat pilihan yang anda, saya sarankan untuk tengok flight AirAsia dan Philipines Airlines. sebabnya dua flight ini antara flight yang menawarkan tiket penerbangan murah berbanding flight yang lain.
Kebanyakan aktiviti dan pengangkutan seperti train, saya lebih suka beli lebih awal sebagai contoh 2 bulan sebelum kami ke Jepun, saya sudah belikan tiket train dari Osaka-Kyoto serta tiket USJ dan beberapa tiket yang lain sebabnya harga lebih murah dan kadang-kadang app KLOOK menawarkan banyak voucher dan diskaun. Jadinya ketika itu saya terus ambil peluang untuk dapatkan harga yang berpatutan.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam merancang trip anda ke Jepun. Selamat Bercuti!!!