Part 2: Pengalaman Bercuti di Cappadocia

Mengikut perancangan awal tentang naik hot air ballon, hari pertama adalah giliran husband Lisa akan naik dan Lisa akan jaga Fareeq di bilik. Hari kedua pula, Giliran Lisa untuk naik hot air balloon dan husband jaga Fareeq di bilik. Untuk pengetahuan anda, kami buat rancangan ni sebab kanak-kanak bawah 12 tahun sebenarnya tidak dibenarkan naik hot air balloon. Mungkin mereka risaukan dari segi safety.



Tapi tak sangka pula perancangan ALLAH lebih baik dari apa yang kami rancang. Host Airbnb kami kata disebabkan cuaca dan udara sangat baik, kami dibenarkan bawa anak kecil sekali. Alhamdulillah syukur sangat waktu tu. Akhiranya, dapat juga Fareeq naik hot Air balloon. Rezeki dia.

Seawal 4.30 pagi kami diminta untuk berkumpul di lobi dan driver akan ambil kami di situ. Ramai juga yang sertai group hot air balloon kami. Kebanyakannya adalah pasangan yang honeymoon. Kalau tak silap hanya dua keluarga sahaja yang ada anak kecil, yang lain semuanya datang secara couple.

Sarapan ringan disediakan sebelum kami naik hot air baloon.

Tepat pukul 5.30 pagi, kami dah kena sedia untuk masuk dalam bakul hot air balloon. Mula-mula rasa berdebar juga tapi bila tengok orang lain relax je, so Lisa pun relax jugalah. Fareeq bangun bila kami dah nak naik dalam bakul. Muka teruja betul budak ni. 15 minit juga lah dorang berhempas pulas untuk naikkan hot air balloon ni.

 

Bila kami turun, segulung sijil diberikan dan mereka meraikan kejayaan kami dengan segelas champagne…Hahaha… so sebagai muslim kitaorang memang tak ambil minuman tersebut. Adeh sabar jelah. Tapi alhamdulillah selamat mendarat.

Sarapan yang simple and healthy.

Sambil bersarapan dapat menikmati keindahan bumi cappadocia dan udara yang sejuk.

Kemudian kami dibawa balik ke hotel untuk sarapan pada pukul 7.30 pagi dan bersedia untuk Green Tour pukul 10.00 pagi. Di cappadocia, ada beberapa pakej yang sangat glamour iaitu antaranya adalah Green Tour, Red Tour, Blue Tour, Gold Tour dan Premium Tour. Anda boleh pilih nak ambil pakej tour yang mana.

Untuk hari ini, kami pilih green tour dan keesokan harinya adalah red tour. Pendapat Lisa 3 hari di cappadocia sudah cukup untuk cover area di sini. Sebenarnya anda boleh menyewa kereta dan ia lebih convenient tetapi trip kali ni kami ambil pakej tour dalam cappadocia kerana malas nak serabut untuk driving and cari jalan lagipun untuk kos lebih kurang sahaja. Jika driving kepenatan pun akan bertambah.

Cuma kelemahan ambil pakej tour ni, kita perlu ikut masa tourist guide. Kami selalu ketinggalan dibelakang almaklum kami sahaja yang ada anak kecil so nak layan perangai Fareeq yang suka exploring pun ambil masa. Nasib baiklah group tour kami semua spotting, sampaikan dorang yang dukung Fareeq bila dia dah tak larat nak jalan.

Green tour dan Red Tour banyak sangat berjalan, so anda tak perlu pakai high heel na, nanti tak pasal-pasal ada kaki yang melecet. Pakai sport shoes yang selesa untuk antiviti tour ni.

Pemandangan dari bawah, setelah kami turun sedalam 600m dan berjalan kaki 3.5km.

Fareeq sempat mandi di sungai Ilhara Valley

Jalan yang perlu dilalui sepanjang 3.5km

Sepanjang jalan anda akan jumpa mulberry, so kami petik dan terus makan. Seriously, sedap.

Perjalanan 3.5km bermula di sini.

Underground city. Memang unik. Tempat persembunyian orang christian pada masa dahulu.

7 level ke bawah dalam tanah. 

Pomegranate Lake

Lunch provided dalam pakej. Selalu kita makan nasi goreng atau mee goreng tapi di sini ada barli goreng. First time Lisa makan. Seriously rasa macam pelik sikit tapi layan je sebab lapar..Huhuhu…

On the way balik, our tourist guide kami singgah di tepi jalan untuk beli strawberry segar terus dari ladang. Sekilo Rm7 sahaja. Rasa macam nak beli 10kg je. Tapi disebabkan husband Lisa jenis tak makan sangat strawberry, so Lisa beli 1kg je untuk makan 2 hari di sini. Strawberry cepat tak elok, so kena cepat makan dan habiskan.

Kemudian kami dibawa ke Pigeon Valley. Di sini banyak pigeon berkeliaran dan pemandangan di sini sangat cantik dan nyaman.

Habis green tour ni dalam pukul 5.30 petang. So dapat rehat sebelum pergi ke Turkish Night Show.

Penarinya terdiri daripada lelaki dan perempuan. Tarian tradisional dipersembahkan dan tarian moden pun ada cuma agak seksi. So Lisa sarankan anda jangan tengok sampai habis sebab bahaya, hahahha….. Kebetulan Fareeq pun nak tidur dah, lepas tarian tradisional kami pun berangkat pulang.

Makan malam disediakan termasuk dalam pakej turkish night show ni. Yang bestnya restoran ni pun bawah gua.

Sambung…. Part 3 : Pengalaman Bercuti di Cappadocia

https://www.youtube.com/watch?v=r3rZsRHwn0A




6 thoughts on “Part 2: Pengalaman Bercuti di Cappadocia”

  1. Pingback: Part 1: Pengalaman Bercuti di Cappadocia, Turki - Blog Mama Lisa

  2. Pingback: Itinerary dan Budget untuk 3 hari di Cappadocia dan 4 Hari di Istanbul - Ladylisaa.com

    1. Base on my experience, kalau pergi dalam small family is better backpack. Easy to move and we can follow our own style tapi kalau ramai better guna tour or agent. Dari segi costing mmg banyak jimat guna backpack.

  3. Sy merancang utk travel ke Istanbul/cappadocia/Pamukale/konya/Analya/kusadasi bersama keluarga seramai 6org. Plan selama 12 hari d sana. Buat itenery sendiri.. Istanbul InsyaAllah sbb pernah ke sana 5thn lepas. Cuma tempat2 lain tu semua kami x pernah pegi. Pertanyaan sy adakah brbaloi jika sy sewa kenderaan utk perjln ini? Sy brcadang pergi dlm stuasi santai2 shj. Drive fr istanbul to this places.. Jika ada idea bole ke tlg berikn tempat kediaman yg sesuai utk kami.. Ank 2 lelaki & 2 pempuan.Remaja.

    Terima kasih..

    1. Thanks encik zul for stopping by my blog. bagi saya memang berbaloi sewa kereta sebab ahli travel dalam 6 orang tetapi perjalanan mengambil masa lama dan agak jauh, dari satu tempat ke tempat yang lain. Jika ada 2 pemandu, insyaALLAH ia sesuai. bagi tempat penginapan, saya sarankan tuan boleh booking di kawasan Garome, ia sangat selesa dan di kawasan banyak kemudahan. Untuk pamukale, konya dan kusadasi saya tak pasti kerana tidak pernah lagi sampai di kawasan sana. Maaf ye.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top