Part 3: Pengalaman Bercuti di Cappadocia, Turki

Sebelum bersarapan, kami naik ke Uchisar Castle yang terletak tidak jauh dari hotel kami. Hanya 3 minit jalan kaki. Bila naik di atas, seluruh bandar cappadocia anda akan nampak. Subhanallah bentuk muka bumi di sini memang cantik dan unik.



Turun dari castle, jangan lupa singgah beli kekacang dan buahan kering di sini. Harga sangat murah. 1 paket 5Lira.

Disebabkan kami terbangun lewat, maka tak dapat nak tengok pemandangan hot air balloon dari Uchisar castle ni. Kalau tak mesti lagi cantik. Nak naik atas ni memang agak tinggi tapi jangan risau ada tangga disediakan.

Sebelum meneruskan red tour kami dan hari ini merupakan hari terakhir kami di sini, sempat bersarapan dan host Airbnb sendiri yang menyediakan sarapan pagi.

Datang sini wajib rasa cay/tea Turkish. Sodap. Tapi cawan yang disediakan sangatlah comel. Kalau anda rasa tak puas boleh tambah lagi. Normally, ia dijual dalam 3.5 Lira secawan kecil ni.

Tak pernah lupa nak bersarapan dengan shake herbalife dulu. My shakie wakie in cappadocia.

Kami meneruskan aktiviti hari ni dengan Red Tour. Ia dimulai dengan Open air museum. Di sini anda boleh belajar sikit sebanyak tentang Christian dan Jesus. Dan ia tak banyak beza sebenarnya dengan ajaran Islam. Terdapat ukiran unik dan gambar pegangan agama mereka di sini. Banyak church dalam open air museum ni.

Dalam cave museum ni anda akan nampak lukisan-lukisan berikut berada dalam cave. Tourist guide kami kata ada yang masih original dan ada yang mereka perbaiki sikit.

Kepada yang ada anak kecil, anda boleh bawa stroller datang ke sini tetapi stroller akan mudah rosak kerana jalan di sini adalah berbatu batan dan tidak rata.

Kami sempat ambil gambar kenangan dengan costume orang Turki zaman dulu-dulu. Kemudian kami pergi ke Goreme Natinal Park dan di sana anda dapat lihat small cave berbentuk mushroom. Sangat unik. Tapi kali ni kami tak naik atas, sebab ia lebih kepada pemandangan dan kebetulan Fareeq lebih berminat dengan unta berbanding kena hiking.

Sejam kami di National Park, kemudian kami dibawa ke tempat agak tinggi untuk melihat pemandangan keseluruhan area di Urgup dan Pasabag.

Jika anda ambil pakej tour, selalunya makanan tengahari dah included so anda jangan risau untuk bawa bekalan makanan sepanjang perjalanan. Kami langsung tak bawa bekalan makanan pun sebab memang niat nak makan dan merasai makanan tradisional temapatan mereka.

Kali ni kami dapat lunch secara buffet. Boleh makan sampai lebam..Heheh… Yang bestnya masa ni lah dapat rasa makanan tempatan. Sedap juga. Makanan mereka kebanyakannya simple, rasa masam dan manis. Nak cari masakan pedas dan masin memang susah. Sebab tu, di atas meja ada botol kecil berisi chili flakes dan garam untuk sesiapa yang suka nak tambah rasa pedas dan masin.

Waktu petang, kami minta driver turunkan kami di centre iaitu di bandar Goreme.

Datang sini wajib rasa Turkish Delight tapi kebanyakannya seperti manisa. Seriously, manis sangat. Sesiapa suka makanan manis, this is for you guys.

Lisa sarankan jika anda datang ke cappadocia dahulu kemudian Istanbul, lebih baik shopping barang souvenir di cappadocia sebab harga jauh lebih murah berbanding di Istanbul. Di sini anda boleh shopping sakan shawl dan barangan souvenir.

Ejaan bagi Cappadocia di sini adalah kapadokya.

Deretan kedai souvenir di bandar Goreme. Jangan risau anda boleh tawar harga di sini.

Sementara mama shopping, Fareeq sempat main pedang dengan owner kedai.

Fareeq pun sempat shopping baju Cappadocia. Macam Lisa suka beli baju yang ada tulis perkataan tempat yang kami travel untuk Fareeq sebagai kenangan.

Disebabkan hari ini last day kami di sini, so masa ni lah nak shopping barang souvenir dan barang kenangan. Malam ni flight kami pukul 3 pagi so tak boleh tidur lewat sangat. Habis shopping kami terus pulang ke hotel.

Sambung… Part 4: Pengalaman Bercuti di Istanbul, Turki




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top