Part 4: Pengalaman Bercuti di Istanbul, Turki

Kami sampai di Istanbul pada pukul 9 pagi. Dari Airport Sabiha Gokcen ambil masa 50 minit ke Istanbul. Anda ada pilihan untuk naik Bas Havatas, kemudian turun di Kadakoy dan naik feri menuju Eminonu. Dari Station Eminonu anda boleh naik tram ke Sultan Ahmed. Mula-mula kami rancang nak naik public transport tapi mengenangkan bag semakin bertambah dan nak bawa Fareeq dan stroller lagi so agak susah nak turun naik public transport. End up kami call Careem. Apps seperti Uber. Ok juga dapat merasa naik kereta mewah di sini. Heheh… sekali sekala rasai nikmat dunia.. Tapi nak ikutkan dari segi kos, hanya beza beberapa lira sahaja jika anda naik public transport.



Seperti di Cappadocia, kami memilih AirBNB untuk menempah hotel. Lisa sarankan anda memilih hotel di kawasan Sultan Ahmed kerana walk distance sahaja untuk pergi ke Sultanahahmet Square di mana terletaknya Masjid Sultan Ahmed, Haghia Sophea, Topkapi Palace dan Basilica Cistern. Serta public transport untuk anda pergi ke mana-mana pun mudah nak access. Semuanya walking distance sahaja.

Dan waktu memilih hotel, pilihlah hotel yang ada menyediakan sarapan pagi di rooftop. Anda akan menikmati sarapan anda penuh nyaman sambil melihat burung-burung beterbangan dan udara laut.

Ini adalah bilik hotel yang kami menginap dan ia terletak dalam Sultanahahmet Square.

Kawasan sekitar hotel kami.

Disebabkan hari ni adalah hari Jumaat, maka selepas kami check in Hotel , husband Lisa dah siap-siap untuk solat Jumaat di Masjid Sultanahahmet.

Ini adalah taman yang terletak di antara Masjid Sultan Ahmed dan Haghia Sophea

Di kawasan tengah Masjid Sultan Ahmed.

Semasa kami pergi ke Istanbul, ramai sangat orang dan kebanyakannya adalah pelancong dari negara Turki sendiri, tak ramai pelancong luar.

Tempat membeli museum pass 5 days atau tiket entry ke Haghia Sophea.

Jika anda peminat sejarah dan suka untuk masuk museum, maka disarankan anda membeli museum pass ini berharga 85 Lira dan anda boleh masuk ke 8 Museum di sekitar Istanbul. Ia valid untuk 5 hari sahaja.

Gambar di atas adalah sekitar dalam Haghia Sophea iaitu bekas Church dijadikan masjid kemudian atas arahan Atarturk, Haghia Sophea kini menjadi sebagai Museum. Anda boleh lihat lukisan dan ukiran dari sentuhan kristian kepada Islam. Banyak sejarah dan cerita yang boleh dipelajari dalam Haghia Sophea ni.

Anda mungkin meminati: Pengalaman Bercuti di Cappadocia, Turki

Kemudian kami berjalan kaki ke Topkapi Palace yang terletak tidak jauh dari Hgahia Sophea, hanya 5 minit berjalan sahaja. Di sini anda dapat lihat tembok tinggi dan bangunan sejarah di dalamnya. Masuk sini boleh menggunakan Museum Pass.

Dalam kawasan Topkapi Palace banyak kawasan tanaman bunga yang cantik-cantik. Penduduk Turki kata siapa yang pergi musim bunga lagi best sebab boleh tengok banyak bunga-bunga tumbuh di taman tersebut.

Di hadapan Topkapi Palace

Ini adalah jalan short cut dari Sultan Ahmed Square pergi ke Gulhane Station Tram. Lepas ni kami ingin pergi ke Bhosporus Tours. Sepanjang berada di Istanbul kami banyak menaiki public transport terutamanya tram dan bus. Sebab ia sangat convenient di sini.

Seronok naik feri sambil menikmati pemandangan di waktu petang di sini.

Setelah penat seharian berjalan, malam tu kami bertiga tumbang kepenatan. Esok paginya lebih banyak tempat untuk kami nak pergi dan explore.

Dari Gulhana Station Tram kami pergi ke Eminonu dan ambil Bus 97 dan ia akan bawa anda terus ke miniaturk. Bila anda menaiki tram, Kabatas dan Bagcilar adalah 2 perkataan yang anda kena familiar sebagai guidline anda untuk pergi ke sesuatu tempat. Ke Kabatas adalah tempat menuju area Taksim dan Ke Bagcilar untuk anda pulang ke Sultan Ahmed Square.

Tempat pertama yang kami pergi adalah Miniaturk. Ia taman replika kecil bangunan yang cantik di Istanbul dan ada replika 7 kejaiban di dunia antaranya tembok besar China dan lain-lain lagi. Sebenarnya, Lisa teringin sangat nak pergi sini sebab pernah tengok Hanis Zalikha buat shooting kat Miniaturk dalam Romantika Cinta. Haha…inilah bahananya kalau suka sangat tengok Tv, kan dah menjangkit.

Mula-mula husband Lisa macam malas nak pergi sini sebab dia kata if pergi sini, maksudnya tak perlu dah pergi seluruh Istanbul sebab datang sini seolah-olah anda dah menjejak kaki di bangunan-bangunan cantik. So esok kita duduk diam dalam hotel. Tapi Lisa insist juga nak pergi sebab konon nak buat shooting macam Hanis Zalikha. Hahaha.. Husband pun terpaksa juga layan karenah isteri dia yang giler tengok Romantika Cinta tu.

Bila sampai di Miniaturk, nak tahu tak siapa yang paling excited? Papa ke Mama ke Fareeq?

Mestilah Papa….Hahaha…. Sampaikan we spend almost 2 hours here. That’s my husband. Fareeq pula sepanjang kami di sini dia boleh tidur je. Bila nak balik baru lah dia bangun.

Nampak tak muka papa paling excited. heheh….

Kami meneruskan perjalanan dengan menaiki Bus menghala ke Museum Transport yang mengambil masa 5 minit dari Miniaturk.

Terdapat 3 jenis kenderaan iaitu kenderaan di laut, udara dan darat, Kenderaan tersebut semuanya digunakan pada zaman dahulu. Memang klasik,unik dan cantik.

Di sinilah kami kenal dengan pasangan dari Turki berasal Cappadocia. Mereka sangat baik dan peramah. Rupanya husband dia, pernah bekerja di Malaysia selama 2 tahun sebab tu dia boleh tegur husband Lisa yang tengah cakap Melayu dengan Fareeq. Kami saling menukar no phone dan plan nak dinner sama malam tu.

Kami meneruskan perjalanan menaiki Bus menuju ke Taksim Square dan Galata Tower.

Jika anda merancang nak ke Galata Tower, bersedialah untuk mempunyai tenaga luar biasa kerana jalan menuju ke sana adalah berbukit dan ketinggiannya seperti 45 darjah. Memang terpaksa menonggek, inikan pula kami kena tolak stroller Fareeq. Huaaa…. Allah je yang tahu tahap kepenatan di sini.

Sementara nak naik Galata Tower, kami sempat beli chicken wrap di sini, sebab sangat lapar. Huhuhu… Sedap sangat.

Ini adalah area Taksim Square.

Pergi Galata Bridge wajib makan Fish Sandwich di bawah jambatan ni. Restoran ni terletak betul-betul bawah jambatan. 1 sandwich berharga 10 Lira. Ikan fresh dari laut. Waktu kami datang ramai sangat orang. Mungkin sebab cuti Raya Haji.

Time petang anda akan nampak ramai yang memancing di atas Galata Bridge.

Disebabkan kami dah berjanji dengan pasangan dari Turki untuk minum sama time malam, so kami keluar dalam pukul 9 malam. Sampailah pukul 12.30 malam. Syok pula sembang dengan dorang ni.

Antara soalan yang Lisa tanyakan pada mereka adalah tentang sejarah Atarturk dan agama.

Sebab Lisa tengok di sini ramai yang tidak pakai tudung, badan bertatoo dan cara lifestyle mereka tidak menggambarkan negara Islam.

Rupanya, Emrullah kata sebenarnya 99% percent adalah orang Islam tetapi sejak pentadbiran Atarturk mereka menjadi Sekular iaitu mengamalkan gaya hidup bebas tanpa panduan.

Restoran di sini boleh dikatakan semuanya halal, Emrullah kata. Cara mereka sembelih ayam dan daging memang mengikut syariah Islam serta tak silap beliau daging babi tidak dibenar bawa masuk. Cumanya penjualan arak makin berleluasa.

Alhamdulillah Allah temukan kami dengan insan bertiga ini.

Sambung … Part 5: Pengalaman Bercuti di Istanbul, Turki

 

 




5 thoughts on “Part 4: Pengalaman Bercuti di Istanbul, Turki”

  1. Pingback: Part 3: Pengalaman Bercuti di Cappadocia, Turki - Blog Mama Lisa

  2. Pingback: Checklist 36 Perkara yang Wajib Anda Lakukan di Turki - Blog Mama Lisa

  3. Assalam Puan,
    untuk Cappadocia, overall expense memang 300 euro inclusive hot air balloon ye? nak deal dengan sape ye untuk arrange for the tours?
    untuk Istanbul, mcm mana nk tau if host AirBnB tu provide breakfast at rooftop? Kalau dapat , can u share tempat u stay dkt instanbul? 🙂

    terima kasih
    Nadia

    1. wslam cik nadia, 300 euro adalah untuk pakej hot air balloon 2 org dewasa dan green tour pakej termasuk makan tengahri semasa di green tour. Host airbnb yang arrange utk pakej tersebut dengan company hot air balloon tersebut. Nama hotel kami adalah caldera hotel. Untuk penginapan di istanbul, kami pilih di airbnb yang ada gambar orang breakfast di rooftop. nama hotel kami apls hotel,sultanahahmet. Semoga info ini dapat membantu cik. 🙂

  4. Pingback: Checklist 36 Perkara yang Wajib Anda Lakukan di Turki - Ladylisaa.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top